Wednesday 8 January 2014

BLUES TELUK INTAN (BAHAGIAN 2)

Baru-baru ini saya pulang seketika ke Teluk Intan, tanah tumpah darah saya. Rumah di Taman Sri Setia, Teluk Intan kini kosong, menakung memori yang semakin haus. Bersama dengan isteri dan tiga puteri saya, kami bercuti lima hari dengan Ayahanda dan Bonda, yang kini terpaksa menetap bersama dengan kakak saya Jamilah dan Abang Ipar Ibrahim di Nilai , Negeri Sembilan. 

Saya sempat juga melintas depan 318, Rumah Murah Jalan Padang Tembak, penginapan awal keluarga besar saya dan 'setting' zaman kanak-kanak saya dulu. Rumahnya sangat kecil, cuma ada dua bilik. Dalamnya dihuni sembilan orang adik-beradik. Ketika itu Bonda berniaga di Bangunan MARA dan Ayahanda mengajar di SRK Horley Methodist. Kenderaan rasmi keluarga adalah kapcai Boon Siew 50cc Bapak, dan bas awam. Selepas itu, Bapak beli kereta Peagout yang hanya boleh muat lima orang. Jadi boleh dibayangkan segala macam jenis drama yang berlaku dalam rumah ini. 

Apabila saya melintasinya, mata saya merakam masa kini, manakala minda saya merenung dan menjejak masa silam (lihat dua foto komposit masa kini dan silam di bawah). Walaupun macam mana 'rock' pun jiwa saya, kenalah juga mengaku, ada rasa campuran manis dan sayu dalam hati ini. 

Senyumlah pada kehidupan.

Saya (kiri) dengan abang saya Zaharul, dengan baju Hari Raya, yang dijahit sendiri oleh Bonda.
Saya (mencangkung, kiri) dengan geng zaman kanak-kanak - (dari kiri) Din, Amir, Usop (memegang Nizam adiknya), abang yg saya dah lupa namanya, Tam dan seorang lari Amir.
Saya(kiri sekali), Zaharuddin, Ayahanda Saidon, Zainal Abidin dan Zaharul.

No comments:

Post a Comment

BALADA MENARA CONDONG & WIRAWATI YG DIPINGGIR LUPA.

BALADA MENARA CONDONG & WIRAWATI YG DIPINGGIR LUPA. Tentang tapak niaga wanita cekal, 'tanah' asal tumpah darah, rumah, pulang k...