Friday, 22 March 2013
YANG TER'BUKU'
https://m.facebook.com/4oh4.php?id=100001014620306&_rdr
Yg lama terbuku dah tertunai. Kebun Rupa MGTF sedang diisi. Kalau sudi, nak berkebun minda dan rasa, silalah singgah. Kalau pemurah, silalah sedekah buku buku berfaedah. Kalau ada ilmu, dtglah bagi kuliah. Boleh saya dan anak anak buah dpt barakah. Bahan bacaan dan rujukan di Kebun Rupa adalah pelengkap khazanah Koleksi Seni Halus USM. Koleksi ini sudah dirangkai secara digital dan atas talian dgn laman web MGTF(Muzium & Galeri Tuanku Fauziah), pangkalan data dan sistem multi-pengurusan 'real-time' dipanggil reMMS. Ia memudah dan meningkatkan lagi kualiti pengurusan koleksi dan kerja kerja penyelidikan berkaitan Koleksi Seni Halus USM dan seni visual. Dua tahun mengusahakannya, kini dlm peringkat ujian, hasil ihsan dana penyelidikan jangka pendek yg takkpun mencecah ratusan ribuan RM. Juga dirangkai dgn penerbitan 'flip book' atas talian di ISSUU, sebagai strategi menjimatkan kos dan meluaskan akses ilmu. Kalau masih tak cerdik juga para pelajar seni visual di IPTA, tak tau la nak buat apa lagi. Masa utk saya 'offline', menyingkap 'cahaya' 'in between the lines'. Salam kasih utk bakal pekebun rupa yg harapnya dpt membenihkan taman ilmu yg lestari.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
AYAHKU & NELAYAN
(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...
-
Langkah mula Lam Alif di atas merupakan satu langkah permulaan langkah Silat Titi Batang. Penanda reflektor pada pergelangan tangan d...
-
Adiguru lukisan saya, Amron Omar. Esei ini panjang, sesiapa yang ada short attention span , dinasihatkan banyak berselawat. P...
No comments:
Post a Comment