Monday 26 March 2012

MEDAN KUANTUM DARI BAYANGAN KARYA-KARYA AMRON OMAR

Kerdil di dalam bayangan seorang 'Amron'.
Mari kita buka tabir hijab fikir dan rasa agar terpancar 'cahaya' yang menghadiahkan sebuah bayangan himpunan karya-karya seorang Amron Omar. 
 
Bersama Musrizal dan Alizam dari BSVN dan orang kuat saya Adi dan Sham (MGTF USM) ziarah Pameran Solo adiguru saya Amron Omar. 


Untuk Alizam (bekas pelajar di UNIMAS dulu) yang saya kasihi, ada banyak yang saya nak kongsi tentang aspek kuratorial pameran ni. Nanti kita jumpa, saya buat secara 'one to one', lebih afdal.

Memaknakan kebun awal (lakaran-lakaran persediaan) Amron Omar. Saya dah kongsi panjang lebar wacana tentang Amron Omar dalam blog entry sebelum ini. Sisi teknik, bahan, peralatan, perkakasan, termasuk adab, disiplin dan tertib melukis yang saya kutip dari Amron boleh buat satu lagi khazanah ilmu. Sisi ini lebih baik buat cara 'alami' (praktis) dari bertulis atau berteori.
 
Berkebun - Kongsi khazanah ilmu Amron dengan Musrizal (BSVN) dan Afzanizam (kurator muda di MGTF USM)

Nilai terang-gelap (ton) boleh menipu persepsi (tak tetap, bergantung pada sumber cahaya). Yang penting adalah kefahaman terhadap struktur dalam membina bentuk. Ramai yang melukis 'orang' dengan 'menyalin-semula' sifat ton , menggaya, mendrama, mementas kesannya dengan gah (jadi 'visual spectacle'). Kata Pak Mail (Ismail Zain, adiguru yang lain), lukisan yang dilukis cara cetek dan jalan pintas ini, rapuh.


Dalam bayang ada banyak warna, bukan hitam dan gelap je.


Lihat cara Amron baca satah (rupa dalam ruang tiga dimensi). Dalam satah besar (makro) ada satah kecil (mikro). Ini sebahagian dari penzahiran hukum kuantum, seperti yang terdapat pada rekabentuk skimatik dan arabueque seni Islam.



Dalam gelap pun ada satah. Sebab tu 'form' atau bentuk dalam lukisan Amron tak mati atau rata ('flat'). Ia 'hidup'.

  
Alizam yang dikasihi. Jadi Kurator mesti ada 'hormat', 'kasih' atau 'cinta' pada khazanah ilmu yang ingin disampaikan (dalam kes ini, menerusi seorang Amron Omar). Jagalah pencahayaan dan kemasan pemasangan. Kita hormat ilmu, ilmu jadi berkat.
(Maaf, gambar kabur) 


  
Tak perlu terlalu banyak karya dipamerkan, agar tidak menjadi pameran gambar orang bersilat. Mungkin boleh fokus pada beberapa lukisan ikonik terpilih saja agar lebih enak dihadam jadi ilmu.



Masa saya belajar dulu, saya datang ke Balai Seni Lukis Negara (Bangunan Majestic yang lama tu), duduk depan lukisan ni berjam-jam. Siap bawa oil pastel untuk cari warnanya dan kaji macam mana Amron pecahkan satah bentuk.


Ini lagi satu karya ikonik, Catan Diri. Saya banyak belajar tentang 'bayang' dari karya ini. Saya juga belajar ilmu membaca 'bahasa badan' dari karya ini. Manusia berbicara menerusi bahasa badan jauh lebih banyak dari bahasa tutur. Bahasa badan adalah penzahiran halus dari getaran batin. Dalam duduk, Amron masih sedia untuk 'bertarung'.


Warna tak tetap dan bukan terletak pada permukaan. Sifat warna asal dari cahaya, ia memantul/refleksi. Alam jasad adalah refleksi alam batin (medan kuantum). Warna jasad adalah pantulan warna batin. 

Saya belajar teknik 'glazing' untuk hasilkan kesan warna yang 'melayang-layang' atau 'bergetar', agar warna tidak 'mati' atau 'flat'. Teknik 'glazing' menuntut kesabaran, perlu tunggu warna di bawah kering betul-betul sebelum meletakkan lapisan warna separa lutsinar (dengan kadar tebal-nipis berdasarkan gerak hati). Warna lutsinar dihasilkan dengan minyak linseed. Nak tunggu kering, lama. Lepas dah betul-betul kering, sapu lagi lapisan warna nipis atasnya. Warna yang terhasil tidak sama dengan warna yang dipalit terus dari tiub. Warna yang terhasil lebih 'masak' dan 'berangin'. 

Saya belajar ilmu mengenal sifat cahaya dari catan ini.

 
Bersama Afzanizam (Kurator dari MGTF USM) di depan catan diri.


Nama dan karier hanyalah 'bayangan'.
Berkebun dengan para pelajar USM (dan anakanda sulung Delly) yang dikasihi. Kongsi sejarah dalam mencari arah untuk mencipta masa depan pada hari ini. Mari kita 'mengenang' masa depan. Menanam, membenih, menyubur medan kuantum berbekalkan bayangan dari karya-karya seorang Amron.  


Adi (MGTF USM) dengan gaya futsalnya, seakan bakal kena terajang dari belakang.



Ini namanya rezeki dan jodoh. Dijodohkan bertemu Koon (bekas pelajar di USM dulu) dan U-Wei (sifu/adiguru filem saya) bersama dengan 'buah hati kami' (Dulu dan Delly).

Secara batinnya, kita semua dibertaut halus dalam medan kuantum yang universal. Jika bijak mencari frekuensinya, kita menjadi bayangan jasad (penzahiran atau manifestasi) Yang Maha Bijaksana (Supreme Intelligence). 

Seni rupa adalah laluan, bukan destinasi. Nama dan karier hanyalah tanda-tanda yang tidak kekal dan bersifat baru (transient, everything passes). Di sebalik segala bayangan permainan mimpi benda (kehidupan material atau fizikal), kita carilah 'cahaya' yang mengizinkan segala rencah bayang ini di
SAKSIkan.

Mari kita bersyahadah.

3 comments:

  1. Hi, my name is Cheng Gaik from George Town Festival. My festival's director,Mr.Sidek,would like to contact Mr.Amron Omar. May I have Mr.Amron Omar's contact? Do not hesitate to contact me through email-cg.koe@georgetownfestival.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. I don't have his contact number. U may want to check with the National Visual Art Gallery.

      Delete

DENAI PULIH

Tidak semua tentang rawatan, pemulihan dan penyembuhan itu bergantung pd sains perubatan semata-mata, atau ilmu yg bersifat empirikal sj. Ia...