Sunday, 4 March 2018

BERSIH HATI


Bersihkan hati. Bonda saya pesan, "ikhlas tu kalis setan".

NIAT


Getaran tinggi dan halus dtg dari niat dan hati yg bersih.

pemBANGUNan


'Pembangunan masyarakat' bermula dgn pertautan jiwa halus yg sihat antara dua manusia (dan makhluk).

TUN HANIF & HORLEY


Sebab dia bekas pelajar sekolah yg menyimpan khazanah bakti bapak (H3RO) aku. "Potret Tun Haniff Omar" (1995), bersama Toh Puan Hamidah (majalah Perempuan, September, 1998). Dilukis atas permintaan sekolah kebsngsaan Horley Methodist dan bekas guru seni lukis yg pertama dan saya dikasihi, Allahyarham Cikgu Aziz Osman. Dijumpai-semula oleh @yang_asiah .


"Portrait of Tun Haniff Omar" (1995), acrylic on canvas.

Saturday, 3 March 2018

TUKANG2 KEBUN


Jadi tukang kebun, tolong buka tapak kebun baru (program ijazah di ipta/kolej) memang la mencabar. Saya pernah lalui utk UNIMAS, Cenfad, UMS, ASWARA dan yg terakhir di USM. Tapi yg lebih menguji kecekalan adalah memastikan kebun2 itu terus subur dan lestari, bukan saja utk lahirkan manusia yg pandai, tapi berbudi. Tabek spring buat para tukang kebun pelapis, ada antaranya bekas pelajar saya sendiri. Saya amat bersyukur & tak putus berdoa utk anda semua. Ini adalah barisan tukang2 kebun yg sedang menyuburkan kebun Rekabentuk & Teknologi Media Baru di USM. Doakan mereka yg baik2.

MENEKUNI BELAS.

Mcm la mereka yg menekuni #belasalam #belaswarisan #belasinsan ni tak berdepan dgn isu2, topik2 dan cabaran2 berat, dgn segala politiknya bagai. Tapi lebih afdal tumpu pd kerja (aksi) mereka ni, dari tumpu pd org yg hanya tau bagi reaksi itu ini meroyan je. 

Isssh....mana obat darah tinggi aku ni....

Friday, 2 March 2018

Wednesday, 28 February 2018

MENTAL & EMOTIONAL INVESTMENT

Wierd, how some clever clever people can invest their thoughts and emotions on what they don't want and don't like. 

ZIKIR SETIAP SEKARANG


ZIKIR SETIAP SEKARANG
Duhai yang sedang membaca
apa jua fikiran yang tercetus semasa kata-kata ini dibaca
apa jua perasaan yang terbit semasa kata-kata ini dibaca
semuanya hanyalah gelombang

Gelombang fikiran dan perasaan datang dan pergi 
muncul dan hilang
yang jika dibiarkan terus berkocak tanpa 'disuluh'  'penyaksian kamu'
boleh menjadi ombak besar
yang berpura-pura menjadi kamu
hingga kamu hanyut dan lemas dalamnya.

Duhai roh yang sedar
cahaya tenang abadi
dalam dakapan Ada yang Hakiki 
pancarkan tempias cahaya 
agar segala pergantungan pada fikir
segala pertautan pada rasa
segala ketagihan pada identifikasi diri yang palsu
segala obsesi pada situasi, pada alami mimpi jasad dan benda
hilang lupus bersih lutsinar
persis hilangnya kotoran tompok hitam degil dan keras
di atas kaca pelita 
yang mengizinkan cahaya pelita menembusinya 

Duhai kebisingan gelombang fikiran dan rasa
yang terus degil mencipta ilusi diri yang palsu
menghijab cahaya
mencipta tompokan situasi demi situasi alami 
termasuk situasi 'membaca' kata-kata ini
Sekarang
dan
Setiap Sekarang

DIAM DAN HILANGLAH 
dalam cahaya zikir
setiap sekarang
yang abadi 

ANTARA TIANG TIANG BELUM BERDINDING


Antara tiang2 yg masih belum berdinding itu, saya nampak kasih dan belas yg merentas zaman. AfFatihah buat Usu yg comel. Rumah mu di Manjoi itu adalah sumber inspirasi yg byk membuka tabir. #kebunDsedim #didikjiwahalus

SENYUMAN DI TINGKAP RUMAH KAMPUNG


Apa istimewa rumah kampung? Lihatlah wajah comel bonda dgn Usu (yg dah pergi ikut abang dia, arwah ayahanda terbang ke syurga). Orang lain nampak tingkap rumah kampung, saya nampak senyuman bahagia dua insan ini. Saya nampak getaran kasih dan belas merentas jasad dan masa. Itu yg hati saya nampak bila saya merekabentuk rumah kampung utk #kebunDsedim #didikjiwahalus

DEKAT DI JANTUNG YU XIN

DEKAT DI JANTUNG YU XIN Apa yang tersurat di wajah mungkin tak sama denga apa yang dibaca oleh ECG. Ini yang diterokai oleh Yang Yu Xin. Dia...