https://www.facebook.com/photo.php?v=444252691934&set=o.123584487699092&type=3&theater
Wednesday, 26 September 2012
MENJEJAK CAHAYA - DIALOG FIKSYEN (TRACING THE LIGHT - A FICTIONAL DIALOGUE)
https://www.facebook.com/photo.php?v=444252691934&set=o.123584487699092&type=3&theater
Saturday, 15 September 2012
MEDIA ART & HERITAGE
Fragments of insights from
1MCAT Media Art & Heritage Workshop,
in conjunction with the "reGENEratiON", 1Malaysia Contemporary Art Tourism Penang, September, 2012, Muzium & Galeri Tuanku Fauziah (MGTF) USM, in collaboration with Tourism Malaysia and DA+C (Digital Art & Culture).
With form 1 students from the St. George Primary School, Balik Pulau, Penang.
Conducted by
Hasnul J Saidon
Suzi Sulaiman
Sarah Ameera
Sofwan
With teams from
MGTF USM and DA+C
![]() |
| Session 1 : How Creative R U?. Playing 'Zip-Zap-Boing!! Game to break the ice and make sure that everybody brings his/her mind, body and soul to the workshop |
![]() |
| Session 1 : How Creative R U? Playing 'Trust Your Friends' to build trust amongst the team members. |
![]() |
| Session 1 : How Creative R U? Playing catch and run to activate mental alertness and physical fitness. |
![]() |
| Session 3 : How To Make A Storyboard. |
![]() |
![]() | |
| Most of the time, we speaks through our body more than through our mouth. |
![]() |
| Session 4 : Garden of Sound |
![]() |
| Session 2 : How To Take Digital Photo? |
Friday, 14 September 2012
SESAT DI KUALA LUMPUR
![]() | |
| Camera snap of a 'reflection' on Yee I Lan, "Horizon Series : Fencing (editiion 7/8), 2003, Black & White Digital Print on Kodak Professional Paper, 45.5cm x 91.6cm, Collection of USM |
Sesat di Kuala Lumpur
malaikat dan setan bertempur
mencari bantah dalam akur
antara yang bangun dan yang tersungkur
Sesat di Kuala Lumpur
hitam dan putih berbaur
dalam gersang mencari subur
di celah penjara membebaskan tutur
Sesat di Kuala Lumpur
nafsu dan hasrat berterabur
mencari bersih dalam kotor
membuka hijab membunuh takbur
![]() |
| Tan Hui Koon, "Pure Fat Crazy Corn Party", 2006, Digital print on paper and mouse traps, 27.9cm x 19.1cm (9 pieces), Collection of USM |
13 September, 2012
Pasca singgah semalam
Hotel Impiana yang menghilangkan impian,
Tanjong Limited Co., Menara Maxis, KLCC
dan Publika
Kuala Lumpur
Dengan ucapan terima kasih kepada
Nazli Aziz
Jailani Abu Hassan
Dr. Kim Phek Lah
Lawrence Loh
Elizabeth Cardosa
Wairah Marzuki
Fauzan Omar
Fatma, dan semua adik-adik tersayang yang berkampung dan berkebun di Publika

Tuesday, 11 September 2012
MEMBACA KEBUDAYAAN (BAHAGIAN 2)
Berbeza dengan teori tradisional di Eropah, teori kritikal membaca kebudayaan sebagai konstruk sosial, satu bentuk pengetahuan yang dibina oleh pertimbangan kuasa (politik, ekonomi, sosial, budaya dll). Kebudayaan bukanlah satu evolusi yang berurutan, dan bukan juga satu proses yang natural atau semulajadi.
Kebudayaan dilihat sebagai satu rangkaian, atau struktur perhubungan kuasa. Rangkaian atau struktur perhubungan kuasa ini pula bertindak membentuk nilai-nilai, kepercayaan dan pengetahuan untuk dilanggan.
Dalam konteks penguasaan dan pengaruh kapitalisma abad ke 20, para intelektual dari sekolah Frankfurt mengatakan bahawa budaya massa kini muncul sebagai mekanisma baru untuk menguasai sesebuah masyarakat. Ia menjadi saluran eksploitasi ekonomi. Proposisi ini dipegang oleh Horkheimer (1941), Marcuse (1941), Horkheimer dan Adorno (2002).
Pusat kepada budaya massa ini adalah industri hiburan dan budaya. Ia menjadi kilang pembikinan pelbagai amalan budaya atau cara dan gaya hidup.
Menurut Horkheimer dan Adorno, industri 'keseronokan yang dimanipulasikan' ini menjadikan filem, buku-buku laris dan kegiatan membeli-belah sebagai kegiatan sosial yang membina otonomi dan keperibadian seseorang. Menerusi industri hiburan dan budaya, imejan dan budaya tontonan menjadi candu yang memujuk orang-ramai untuk membina selera peribadi yang menguntungkan sistem kapitalis itu sendiri. Industri yang berkait dengan hiburan, keseronokan dan amalan budaya popular menjadi saluran bagi mencapai idealisma kapitalis.
Herbert Marcuse umpamanya, menghuraikan bagaimana orang-ramai membina identiti diri menerusi barang-barang yang dilanggani dan dibeli. Secara sinis, beliau menyindir bagaimana mereka menemui 'kerohanian' mereka menerusi kenderaan yang dibeli, menerusi set hi-fi, rumah, perkakasan dapur dan sebagainya.
Produk-produk budaya, komunikasi dan aneka jenis komoditi dari industri hiburan dan budaya mengandungi sikap dan tabiat yang ingin ditanam, baik secara halus mahupun secara langsung. Ini termasuklah hasil karya-karya seni kontemporari yang semakin giat dijadikan sebahagian dari komoditi pasaran yang lumayan. Sikap dan tabiat ini megikat orang-ramai atau sebahagian dari anggota sesebuah masyarakat menjadi 'konsumer' yang taat (jika tak pun, obses).
Produk-produk industri hiburan, santai dan budaya membawa doktrin yang memanipulasi dan mengeksploitasi cara dan gaya hidup, meresapi minda agar diterima sebagai antara cara dan gaya hidup yang ideal dan diidamkan oleh semua.
Komoditi dan konsumsi menjadi mekanisma utama untuk menghasilkan dominasi kapitalisma yang lebih 'maju'. Ia menyerap individu dalam satu rangkaian atau struktur yang kemudiannya mengunci individu tersebut dalam apa yang dikatakan sebagai 'perubahan sosial', atau 'kemajuan'.
Individu ditiruskan menjadi konsumer atau pelanggan yang berfungsi sebagai 'ejen perubahan' atau 'kemajuan', dalam sebuah sistem dominasi yang tidak kelihatan secara nyata.
Analisa kritikal terhadap indsutri budaya menyiasat lapangan budaya sebegini untuk mendedahkan apa yang dikatakan sebagai 'pembacaan yang dipilih' atau 'preferred readings'. Istilah ini diperkenalkan oleh Stuart Hall. Dalam bahasa mudahnya, menanam selera, sikap dan tabiat dalam sesuatu produk dan amalan budaya.
'Pembacaan yang dipilih' ini ditanam dalam pelbagai bentuk produk dan amalan ciptaan industri hiburan dan budaya. Produk budaya popular yang pelbagai ini dibaca sebagai satu bentuk 'teks budaya' yang ada sistem bahasanya tersendiri. Setiap satunya mengandungi saranan halus yang memujuk konsumer atau pelanggan tetapnya untuk memakai 'pembacaan yang dipilih'. Pembacaan yang dipilih ini ditanam secara halus agar konsumer atau pelanggan dapat dijadikan konsumer atau pelanggan sesuatu amalan dan produk budaya yang taat dan tidak banyak menyoal. Ia menjadi satu cara dalam mana sesuatu ideologi dan struktur sosial dibentuk, diamal, dibudayakan, diterima (sebagai natural atau lazim) dan diiktiraf. Pada masa yang sama, pihak yang berkuasa dibelakang segala 'permainan bahasa' ini selalunya tidak jelas kelihatan.
Oleh itu, teori kritikal bersikap curiga terhadap sebarang bentuk pernyataan yang mengaitkan sesuatu produk dan amalan budaya itu sebagai 'cantik', 'menghiburkan', 'menarik', 'menawan', 'mengkagumkan' dan banyak lagi. Kesemuanya sudah ditanam dengan 'pembacaan yang dipilih', yang menguntungkan pihak yang memiliki kuasa terhadap rangkaian atau struktur perhubungan ekonomi, politik dan budaya.
Inilah yang menyebabkan teori kritikal berminat untuk menyelongkar dan mendedahkan bagaimana sistem atau aturan struktur dan rangkaian ini berfungsi sebagai lanjutan dari dominasi ekonomi, politik dan sosial.
Sekiranya teori kritikal diacukan pada produk-produk dan pelbagai amalan yang melingkari dunia seni moden dan seni kontemporari di Malaysia, apakah yang bakal didedahkan?
Hasil pendedahan ini mungkin dapat dikesan menerusi kecenderungan beberapa penulis tempatan dalam menghuraikan tentang implikasi yang timbul dari dasar kebudayaan kebangsaan. Ini termasuklah sikap dan reaksi para karyawan seni rupa dan pelbagai pihak terhadapnya. Rangkaian dan struktur perhubungan antara subjek (pengkarya dan karya-karyanya sebagai contoh), dengan pelbagai pihak termasuk kolektor, penaja, kurator, penulis, pengkritik, penerbit (buku dll), pemodal dan pemilik galeri, pengikut/peminat, institusi media massa, media baru, dan banyak lagi, perlulah diambil-kira dan diselongkar. Struktur dan rangkaian hubungan ini lah yang membina wacana dan menanam 'pembacaan yang dipilih' atau preferred readings tadi. Pembacaan yang dipilih juga membina sistem nilai dan apa yang patut diterima-pakai dan diiktiraf (atau tidak).
Oleh itu, perbincangan tentang pembinaan identiti kebangsaan dan negara-bangsa dalam konteks amalan seni rupa di Malaysia perlu mengambil kira perspektif teori kritikal juga. Ia memerlukan pendekatan rentas-disiplin yang tidak lagi terkepung oleh teori-teori tradisional.
(Berdasarkan esei oleh Dr. Izmer Ahmad, "An Introductory Lecture on Critical Theory" dalam "Transdisciplinarity As Research", suntingan Dr. Sarena Abdullah, Dr. Aris Ahmad dan Dr. A.S. Hardy Shafii, Pusat Pengajian Seni USM, Pulau Pinang, 2012)
Sebagai contoh, klik :
http://hasnulsaidon.blogspot.com/2011/12/living-brands.html

MEMBACA KEBUDAYAAN (BAHAGIAN 1)
Kebudayaan dibaca dari sudut teori-teori tradisional di Eropah sekitar abad ke 18 dan 19 sebagai perantaraan dalam mana manusia menjadi sebahagian dari sejarah. Kebudayaan dilihat sebagai domain manusia yang terpisah dari alam. Ia merangkumi nilai-nilai etika, keagamaan, politik, falsafah dan teknologi yang mengizinkan manusia mencapai ketamadunan.
Perkembangan sesuatu budaya itu dilihat dalam konteks ini sebagai usaha manusia untuk membebaskan diri dari kekangan alam semulajadi, termasuk kekangan jasadnya sendiri. Ini bagi membolehkan manusia menguasai alam semulajadi. Kebudayaan juga dibaca sebagai wahana untuk membangunkan dimensi kerohanian, yang dapat membebaskan atau 'mencerahkan' manusia.
Oleh itu, bentuk-bentuk kebudayaan dilihat sebagai hasil ekspresi kerohanian dan pencerahan jiwa. Lojik ini membenihkan pandangan yang membezakan antara budaya popular dengan kebudayaan tinggi. Pembangunan kebudayaan tinggi dilihat sebagai matlamat dan hasil utama sesuatu proses sejarah kerana kebudayaan tinggi menjadi wahana kegiatan kerohanian.
Seperti yang dinyatakan tadi, kebudayaan adalah wahana dalam mana sejarah diberikan bentuk. Kebudayaan adalah objektifikasi sejarah. Kebudayaan tinggi menjadi pra-syarat bagi manusia mencapai kebebasan dan pencerahan rohani.
Kebudayaan tinggi pula memerlukan kelompok manusia membentuk konsep kenegaraan. Negara dalam konteks ini difahami sebagai wahana sebenar semangat kebudayaan dan kebangsaan bagi sesebuah kelompok masyarakat. Dalam kerangka kenegaraan inilah maka seseorang ahli masyarakat dapat menjadi sebahagian darinya, atau sebahagian dari intipati etika yang membina identiti sesebuah masyarakat. Konsep kenegaraan menjadi cara dalam mana kelompok masyarakat menerima kesedaran tentang identiti dan halatuju mereka.
Teori-teori tradisional di Eropah melihat pembangunan negara-bangsa sebagai matlamat utama sesuatu kebudayaan tinggi. Ia mentakrif kebudayaan sebagai proses pembinaan identiti antara kalangan rakyat dalam membina negara-bangsa. Ia membina intipati etika sesebuah komuniti negara-bangsa.
Proses mencapai penguasaan terhadap alam-semulajadi, menuju dari budaya rendah dan kasar kepada budaya tinggi dan halus, ke arah pembinaan identiti negara-bangsa ini, dilihat secara linear atau berurutan oleh teori-teori tradisional di Eropah.
Pandangan begini begitu berkuasa hingga ia menjadi sesuatu yang tidak dipersoal, malah dianggap sebagai proses yang natural, atau mengikut fitrah manusia.
Pandangan terhadap kebudayaan seperti ini dipersoal oleh teori kritikal.

Monday, 10 September 2012
APA JADAH TEORI KRITIKAL NI? (BAHAGIAN AKHIR)
Tanya : Ok la, banyak crita tak guna! Apa sebenarnya faedah yang boleh dimanfaatkan dari teori kritikal ni?
DR : Ia boleh digunakan untuk menerangkan fenomena sosial dan budaya yang tertentu, disamping menyoal secara spekulatif fenomena tersebut untuk membentuk asas atau tapak bagi tindakan konkrit yang selanjutnya. Ia boleh dijadikan alat untuk kita memahami sesuatu fenomena secara lebih praktikal. Sebab tu lah, teori kritikal bersifat rentas disiplin kerana ia perlu mengambil kira pelbagai dimensi kehidupan sosial. Sebab tu lah juga teori kritikal sangat tekun menyoal sikap dan pandangan manusia terhadap pembinaan ilmu ciptaan manusia itu sendiri, termasuklah yang dikatakan kemutlakan ilmu sains.
Tanya : Apa pula sikap teori kritikal dalam soal Ketuhanan. Sebelum ini DR kata teori kritikal ni boleh pukul semuanya, termasuk apa yang saya percaya. Saya perlu berhati-hati kalau macam tu.
DR : Baguslah, memang kita perlu begitu, selain dari memohon Petunjuk dan Hidayah. Mungkin awak perlu tanya, adakah apa yang awak tahu itu boleh disamakan dengan Tuhan atau apa yang awak percaya?
Tanya : Tentulah tidak tuan DR. Pengetahuan yang digarap oleh otak dan akal saya ni hanyalah alat dan denai. Tapi teori kritikal ni juga seolah-olah menyoal konsep beragama.
DR : Memang teori kritikal menyoal banyak perkara, termasuk juga menyoal para pemuka teori yang menolak kewujudan Tuhan secara ekstrem dan mutlak seperti Richard Dawkins (dan yang sealiran dengannya). Penolakan kewujudan Tuhan untuk digantikan dengan kebenaran 'saintifik' yang mutlak, juga dikatakan oleh teori kritikal sebagai satu bentuk dogma. Ini adalah kerana sains, walau macam manapun ia ingin mendabik tentang objektivitinya, juga dikepung oleh sejarah dan ideologi. Teori kritikal membaca pengetahuan manusia sebagai bersifat plural dan tidak semestinya teratur dan monolitik, kerana manusia itu sendiri memiliki pelbagai kepentingan dan minat yang saling bercanggah. Pengetahuan dibaca sebagai amalan yang dialami, yang kemudiannya menyingkap pengalaman realiti seseorang manusia. Sebarang bentuk pengetahuan ciptaan manusia yang mendabik diri sebagai mewakili kebenaran hakiki, mutlak dan tunggal, yang ingin dipaksa sebagai konklusif, yang dianggap objektif dan 'bebas' dari sebarang motivasi subjektif manusia, akan dikritik dengan keras oleh teori kritikal. Dalam konteks teori kritikal, kebenaran hakiki dianggap sebagai sesuatu yang tidak boleh dijangkau oleh pengetahuan manusia. Sebab itulah teori kritikal bersifat curiga terhadap sebarang bentuk hasil pengetahuan atau budaya ciptaan manusia yang dianggap sebagai kebenaran tunggal, mutlak dan hakiki, terutama sekali yang telah diterima dalam sesebuah masyarakat tanpa banyak soal. Tujuannya untuk mencetuskan bentuk-bentuk pengetahuan alternatif dan mengelak sebarang bentuk penindasan dan untuk membina pengetahuan yang boleh membawa kepada keadilan sosial.
Tanya : Fuyoooo, panjangnya DR. Terima kasih lagi sekali. Sekurang-kurangnya saya tidaklah jahil sangat tentang teori kritikal ni. Tapi, bukankah ini juga bermaksud bahawa kebudayaan yang telah diterima-pakai dan diamalkan dalam sesebuah masyarakat tanpa banyak soal, termasuklah di Malaysia ini umpamanya, boleh juga dipersoal dengan keras oleh teori kritikal.
DR : Kalau berdasarkan sentimen teori kritikal, jawapannya adalah ya. Kebudayaan juga adalah produk sejarah, produk manusia. Tapi menyoal tidak sama dengan membantah, menentang, melawan, apatah lagi membenci, meluat dan yang seangkatan dengannya. Menyoal adalah pintu yang membuka ilmu pengetahuan, menjentik penggunaan akal sebagai denai menggapai hikmah, agar sesuatu amalan itu tidak diikut secara khinzir buta.
Tanya : Kalau begitu, apa pula sikap teori kritikal terhadap konsep kebudayaan itu sendiri?
DR : Haaaaa......itu kita kena buat tajuk baru, dalam dialog yang baru pula ok.
(DENGAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA YANG DIJADIKAN RUJUKAN, TERUTAMA DR. IZMER AHMAD DAN NUKILANNYA BERJUDUL "AN INTRODUCTORY LECTURE ON CRITICAL THEORY" DALAM KITAB "TRANSDISCIPLINARITY AS RESEARCH" TERBITAN PUSAT PENGAJIAN SENI USM, DISUNTING BUNGA-BUNGANYA OLEH DR. SARENA ABDULLAH, DR. ARIS AHMAD, DAN DR.A.S HARDY SHAFII. DOAKAN PUSAT PENGAJIAN SENI USM DAN MEREKA NI KEBERKATAN)

APA JADAH TEORI KRITIKAL NI? (BAHAGIAN 3)
DR : Semalam tertinggal otak, hari ni apa pulak tertinggal?
Tanya : Heeeee....tapak kaki je, otak saya bawak hari ni.
DR : Bagus la tu. Jangan bawak je, mesti digunakan sebaik-baiknya juga, selain dari mohon Petunjuk agar tak sesat melarat.
Tanya : Terima kasih, saya akan gunakan sebaiknya.Saya nak sambung tanya tuan DR. lagi ni.
DR : Silakan....
Tanya : Setakat ni, saya asyik dengar sekolah Frankfurt ni asyik mengkritik doktrin positivisma je, membangkang kaedah empirikal dan kuantitatif. Apa sebenarnya gagasan yang mereka nak bawa? Boleh jelas lebih lanjut tak?
DR : Mereka membawa gagasan teori yang lebih spekulatif dan kritikal. Mereka menggunakan prinsip dialektik. Asalnya prinsip dialektik ni diperkenalkan oleh Hegel.
Tanya : Pulak dah.......dialektik ni apa jadah?
DR : Maksudnya, sesuatu perkara itu hanya dapat difahami menerusi lawannya. Lawannya berfungsi untuk melengkap dan mengekalkannya. Hilang pahit, takda la manis. Bahasa canggihnya sublation.
Tanya : Lagi satu istilah pelik! Apa pulak sublation ni.
DR : Secara mudahnya, sesuatu perkara itu hanya boleh difahami menerusi lawannya. Sesuatu realiti itu hanya boleh difikir secara sedar menerusi sesuatu yang bertentangan, berlainan atau luaran darinya. Ia bergantung pada lawannya untuk kekal relevan, atau lupus. Oleh itu to sublate boleh membawa dua maksud, mengekal dan menamatkan. Ini menjadi asas kritikan terhadap apa yang dikatakan sebagai fakta dan 'kebenaran objektif'. Kebenaran objektif dan fakta tidak boleh wujud atau berdiri sendiri dalam minda seseorang subjek yang berfikir tanpa ada kesedaran tentang lawannya. Malah, kebenaran mutlak dan objektif tentang sesuatu bentuk yang dianggap realiti itu dianggap tidak boleh wujud. Sekolah Frankfurt menolak kepercayaan puak positivis bahawa manusia memiliki otonomi sepenuhnya dalam membentuk realiti. Bagi para pengikut setia Marx dikalangan puak Frankfurt, kesedaran seseorang manusia ditentukan oleh totaliti sosial yang sukar digapai atau dijangkau oleh fikirannya.
Tanya : Fuuuhhhhh....saya dah pening lagi. Takkan seseorang individu itu tiada langsung kemampuan dan peranan untuk menentukan realitinya sendiri, hubungannnya dengan orang lain, dan dengan alam sekelilingnya. Lagi satu, totaliti sosial ni amenda? dan kenapa para mereka terlalu menekankan totaliti sosial ni?
DR : Takpa, mula-mula kena pening dulu. Soalan awak tu bagus. Ia berkait dengan sistem atau struktur ekonomi serta produksi yang kompleks dalam sesebuah masyarakat industri dan pasca industri, yang kemudiannya menjadi struktur yang mempengaruhi kesedaran serta kegiatan sosial ahli-ahlinya. Dalam banyak keadaan, struktur ini lebih berkuasa dan menekan kehendak dan selera peribadi, malah, ia pula yang menentukan kehendak dan membentuk selera ahli-ahli masyarakat. Dalam bahasa orang pandai-pandai, disebut hubungan-hubungan produksi. Dari struktur ekonomi dalam sesebuah masyarakat, muncul pula struktur politik dan perundangan yang diguna untuk mengawal kesedaran dan kegiatan ahli-ahli masyarakat. Mengikut kerangka fikir ini, inilah yang menyebabkan mengapa seseorang manusia itu tidak mampu menentukan realiti kewujudannya sendiri. Malah, kesedaran dan kewujudannya ditentukan oleh kesedaran dan kewujudan sosial yang lebih besar dan kompleks.
Tanya : Tapi takkan seseorang itu tak boleh memilik kesedaran dan kewujudannya mengikut acuan dia sendiri? Tak boleh ke seseorang itu menjadi berkecuali, bebas dari apa saja bentuk totaliti sosial. Tak boleh kah dia menjadi pemerhati yang bebas dan objektif, yang terpisah dari struktur ini?
DR : Kerana dia telah menjadi sebahagian dari struktur ekonomi, politik dan sosial yang lebih besar dan kompleks darinya, atau, dia sendiri merupakan hasil atau produk dari struktur tersebut. Dalam konteks ini, fikiran dan subjektiviti dia sendiri ditentukan atau dibentuk oleh struktur atau totaliti sosial ini. Inilah sebabnya mengapa puak Frankfurt mengatakan bahawa sebarang pengetahuan itu tidak boleh berdiri sendiri secara bebas, mutlak dan objektif, kerana kewujudannya juga bergantung kepada totaliti sosial ini.
Tanya : Kalau begitu, apa kesan ambilan begini terhadap apa yang kita katakan sebagai pengetahuan dan ilmu itu?
DR : Dari sudut hujah teori kritikal, pengetahuan bukanlah fakta yang dah sedia ada sejak azali. Ia muncul ketika berlakunya detik keterlibatan dengan sesuatu fenomena. Detik itu sendiri sudah menjadi sebahagian dari totaliti sosial, bukannya bebas serta objektif sepenuhnya.
Tanya : Tapi ambilan ini hanya boleh dipakai jika kita mengatakan bahawa sesebuah masyarakat itu berfungsi secara berasingan dari ahli-ahli atau setiap individu masyarakat.
DR : Ya, kerana sesebuah kumpulan sosial itu melampaui ahli atau individu. Kehidupan sosial tidak lagi ditakrif sebagai ekstensi atau lanjutan dari kesedaran seorang manusia, ia melangkau kesedaran itu. Dan juga, sesebuah kumpulan sosial itu memiliki jaringan atau struktur perhubungan yang berbeza dengan sifat seseorang individu. Malah, jaringan atau struktur perhubungan itu sendiri boleh menentukan kesedaran, sikap dan perbuatan seseorang individu.
Tanya : Kalau begitu, takkan seseorang individu itu tak boleh mempengaruhi sesuatu jaringan atau struktur yang lebih besar dari dia?
DR : Haaaa....itulah yang menjadi antara perkara yang diselidiki oleh puak Frankfurt ni, hubungan antara sesuatu subjek dengan struktur yang melingkarinya. Sebab itulah, teori kritikal digunakan untuk menumpukan perhatian kepada bagaimana hubungan antara subjek dengan struktur yang melingkarinya dirundingi. Pendekatan ini berbeza dengan pendekatan tradisi yang memberi tumpuan hanya pada subjek tanpa mengambil kira struktur yang melingkarinya.
Tanya : Cakap meleret tak guna, boleh bagi contoh tak DR.
DR : Contohnya, teori kritikal tidak berminat mengkaji makna-makna yang dianggap mutlak, atau objektif atau sedia ada, atau yang bersifat metafizik yang dimiliki oleh seorang pelukis seni kontemporari dan digambarkan menerusi karyanya. Teori kritikal lebih berminat mengkaji hubungan pelukis tersebut dan karya-karyanya dengan sistem atau struktur 'dunia seni kontemporari' yang melingkarinya. Teori kritikal lebih berminat mengkaji bagaimana makna-makna tertentu tentang pelukis tersebut dan karya-karyanya diwacana dan dibentuk, diregulasikan untuk pelbagai tujuan yang ditentukan oleh struktur ekonomi, politik dan sosial yang melingkari kewujudan pelukis itu. Dunia seni kontemporari umpamanya, dibentuk oleh struktur ekonomi, politik dan sosial serta rangkaian perhubungan yang kompleks. Ia melibatkan pelbagai pihak, termasuk pelukis, galeri (swasta dan kerajaan), pemilik galeri atau pemodal dan peniaga, pengurus, kurator, pembeli atau kolektor, peminat/pengikut/penyokong, promoter, ejen, media massa/media baru, institusi seni, pengajar dan pelajar seni, dan banyak lagi. Malah, kewujudan pelukis itu diberi 'makna' oleh struktur dan rangkaian ini. Dia tidak boleh wujud dalam vakum. Teori kritikal perlu mengkaji struktur dan rangkaian ini terlebih dahulu, dan hubungannya dengan subjek (dalam kes ini, pelukis). Hubungan inilah yang akan menentukan kesedaran, kewujudan dan kegiatan pelukis tersebut. Sebab tulah kajian menggunakan teori kritikal ni perlu bersifat rentas disiplin. Ok, sekarang faham tak?
Tanya : Boleh la sikit-sikit. Tapi saya musykil, kenapa perbincangan tentang seni kontemporari di Malaysia umpamanya masih lagi berkisar tentang pelukis dan aspek-aspek pengkaryaan seperti teknik, bahan, subjek rujukan, pengolahan formal, atau hanya terkepung dalam satu disiplin je, contohnya 'seni arca'? Takda pun disentuh struktur, rangkaian atau sistem yang melingkari mereka, contohnya seperti bagaimana galeri swasta beroperasi, bagaimana mereka berniaga, bagaimana mereka mempromosikan seorang pelukis, di mana fungsi atau peranan kurator dan penulis dalam struktur ekonomi atau pasaran seni kontemporari, dan hubungan struktur ekonomi ini dengan sistem pendidikan seni dan mereka yang terlibat dalamnya, atau macam mana struktur dan rangkaian hubungan ini membina makna tentang sesuatu amalan seni. Soalan-soalan sebegini macam tak da je, buat tak tau je, tak bincangkan pun? Macam mana tu?
DR : Yang ni, awak kena tanya DR, DR yang lain la.

Subscribe to:
Posts (Atom)
DEKAT DI JANTUNG YU XIN
DEKAT DI JANTUNG YU XIN Apa yang tersurat di wajah mungkin tak sama denga apa yang dibaca oleh ECG. Ini yang diterokai oleh Yang Yu Xin. Dia...
-
Adiguru lukisan saya, Amron Omar. Esei ini panjang, sesiapa yang ada short attention span , dinasihatkan banyak berselawat. P...
-
Langkah mula Lam Alif di atas merupakan satu langkah permulaan langkah Silat Titi Batang. Penanda reflektor pada pergelangan tangan d...