CINDERELLA MENJERIT. Cinderella jerit dari menara pd aku mlm tadi, "Duhai sedara Hasnul. Saya faham kamu jemu. Saya akur kamu tahu. Ya, benar, ini adalah istana saudagar mimpi. Ya betul, aku hanyalah fiksi. Ya, saya akur, bahawa para saudagar mimpi itu cukup handal menganak-tiri & mengkosumerkan makhkuk sebumi. Mereka pencuri hati & penjangkit zombie. Jampi mereka memukau warga sebumi. Ramai yg tersantau terpukau. Ramai yg melanggan lupa dlm dunia buatan yg mengajar pura2. Hasilnya dikaut oleh mereka yg kurang dari 1% penduduk sedunia. Sedang kamu & berbilion yg lain tetap dibawah sana mabuk dlm lupa. Hanya mampu mengkagumi mahligai kuasa & tahta dari bawah saja. Duhai Hasnul, saya nak tinggalkan pesan. Tak perlu mengejar nama dan dikejar benda bertahta utk membina makna. Belas kasih bukan boleh ditanda-tanda dgn harga. Hidup bukan tentang siapa yg terbaik. Hidup adalah tentang berbuat baik. Saya, snow white, aladdin & jasmine, mickey & miney, pluto, donald, rapunzel, ucapkan 'selamat bermimpi'. Kami yg fiksi ini mendoakan agar kamu sekeluarga bermimpi dlm sedar. Kami gembira dpt menjadi sebahagian dari keceriaan anak-anak kamu. Kirim salam pd semua rakyat malaysia. Luv u all. Mmuah " @ Tokyo Disneyland
Monday, 19 August 2019
Saturday, 10 August 2019
TADAH & KIRIM CINTA
TADAH & KIRIM CINTA
Hari ini cerah, kawan kita jernih & mengalir lembut. Tadah rahmat cinta. Kirim doa. Biar mengalir serata bumi, jadi penawar semua insan.
HOLDING & SENDING LOVE
Today is sunny, our friend is cystal clear & flowing softly. We hold the blessing of love. Sending prayer. Let it flow everwhere, to heal all.
@rumahtokcu

SOFT IS STRONG
“En. Hasnul, camna nak faham teori gelombang kuantum?“
“Alami perangai air."
(“Mr.Hasnul, how to understand quantum wave theory?“
“Experience the behavior of water")
@Rumahtokcu
GELOMBANG (WAVES)
"GELOMBANG" oleh @delly.adeela, dgn suntingan oleh ayahandanya. Direnung & dirakam di Sungai Sedim berhampiran @rumahtokcu. Ini satu lagi hasil menekuni alam di multiversiti alamiah. Ia menyubur jiwa, mengidup rasa, menghilang sombong dlm cahaya Belas Yg Maha Pencipta. Dalam air sungai yg jernih & pada telapak tangan kita sendiri, ada tanda2 yg boleh dibaca dgn akal yg tajam & mata hati yg halus. Dalam salam ada alam.
Segalanya adalah gelombang2 tenaga yg bergema, dari yg sehalus2 partikel sub-atomik hingga sebesar2 galaksi. Semuanya berputar, berkitar, beralun, bertaut, bersilang, bertembung utk mencorakkan apa yg kita sebut sebagai pengalaman jasad & benda. Adakah pengalaman itu penuh dgn disonan (bercelaru, tidak stabil, tidak selaras, melupus) atau resonan (bercorak, stabil, berselaras, menghidup & menggema)? Adakah kita berdisonan dgn gelombang kuantum makroskopik, (medan kuantum) yg lebih luas? Atau kita bergema seiring dengan medan yg luas itu?
"WAVE" by @delly.adeela, editing by her father. Observed & recorded at Sedim river close to @rumahtokcu. This is another result of studying nature in natural multiversity. It nourishes the soul, makes us feel lively, and dissolves our arrogance with the Compassionate Light of The Creator. In the clear water and in our own palms, are signs that can b pondered and read by a sharp mind and fine heart. In peace is nature.
All are echoing energy waves, from the sub-atomic particles to galaxies. All are spinning in cycles, waving, entangling, intefering, and interfacing to form what we call a physical and bodily experience. Is the experience full dissonance or resonance? Are we in dissonance with the larger macroscopic quantum waves or field which we a part of? Or are we in resonance with the field?
Thursday, 11 July 2019
KARYA2 MUTAKHIR
Satu malam 5 julai yg bawa suara aku pulang ke uitm.
"Karya2 saya yg mutakhir adalah dlm. bentuk bercerita, selalunya ditayang dan dipersembahkan di kampung2. Ke mana2 saya pergi, jika ada kesempatan, saya persembahkan karya saya. Audien saya yg terkini majoritinya org2 biasa, bukan mereka yg berkaitan dgn bidang seni halus je. Karya2 saya majoritinya boleh diakses atas talian. Karya terbaru saya versi pegun dan offline, ada di Sedim Kulim Kedah. Yg tu kena pergi ke sana utk alami. Dah setahun saya layan, tak termasuk berpuluh2 tahun melakar dan berangan. Saya bercerita dgn bentuk, imajan dan bunyi. Kandungannya dipetik dari pelbagai sumber primer - catatan, refleksi, lakaran, lukisan2 & catan2 saya sejak zaman sekolah dulu sampai kini, komik, himpunan foto lama dan baru, video atau filem pendek, senikata, gubahan & nyanyian lagu2 sendiri, bunyi-bunyian alam dan input dari audien sendiri. Kadang2 saya jamming atau berkebun bunyi dgn audien. Cerita saya pun mudah2 je. Banyak tentang mak dan bapak saya, terutama pesan2 mereka yg simple2. Dah 5 tahun saya terokai pendekatan begini, terasa lebih dekat dan mesra dgn org kebanyakan, terutama yg di kampung2. Maafla saya takda contoh karya2 mutakhir utk galeri dan jualan pada kolektor. Saya juga takda sebarang statement deep2 atau manifesto artistik-politik yg edgy2. Tunggulah bila saya dah jemu jadi artis kampung, mungkin saya kembali menggantung karya di galeri2. Buat masa ni, izinkan saya bercerita, nyanyi beberapa lagu dan tayangkan 2 filem pendek. Takpa, kalau nak keluar dan balik pun ok. "
Throwback 5 Julai 2018 UiTM Shah Alam.

Saturday, 15 June 2019
TOK AMBAK
Yang sedikit itu sudah cukup.
Tok Ambak( rumah tenun johor 1946)Kebun Jiwa HalusNormah NordinRohana Ismail
Wajah nya yang runcing, mata berkelopak luas, kening yang lebat tanpa celak, hidung mancung dan kulit sawa matang, bibirnya yang nipis kesamaran dengan tulang pipi yang sedikit meninggi ditarik oleh sanggul bulat berhias bunga Tanjung dan Kenanga bersama penyucuk sanggul runcing . Wajah yg polos cuma berbedak batu cina yg rata sekadarnya.
Berbaju kurung kain kapas berkanji potongan berpesak, leher teluk belanga dijahit tulang belut bersembat halus separas lutut, berkain batik lipat berbunga sebelah kiri ala johor. Manis segak dibadan yg tinggi lampai.
Sepatu baldu ala baba cina bertumit setengah inci, beselendang jarang berkerawang lepas didada dan ditolak kedua hujungnya bersilang. Sesekali seakan lipatan wanita Minang bila ia semakin berusia. Berkartu jinjit bersegi, ala bangsawan.
ROZANA MOHAMED
A LETTER TO PROF
A LETTER TO PROF π¨π½
Dear Prof Hasnul, you are simply... beyond!π First, having you as my FYP supervisor was a blessing in disguise. When all things (my major, minor, works, commitments) seemed like falling apart, you believed in me. I must say thank you for the time and patience you have taken to groom me towards RINTIS 2019, graduation and the better version of myself. π©πΌπ
With your immense support and guidance, "Mirror Mirror • Embrace Love" has been sucessfully executed to instil awareness about the impact of social media towards beauty standards and mental health among women and also to embrace love and kindness. The project was also intended for me to discover my inner self and believe in it, once again! π
Frankly, you did more than what was required as a teacher. You taught me good values, told me remember to love my parents (your words can touch people’s heartπ), to see the world positively and differently, to say to my heart and believe that great things are going to happen...... You brought out the best in me!
I will never forget your simple yet profound words of wisdom.
Last but not least, here's a mini shout-out on Prof's message when Lisa, Jason and I were somewhat feeling lost during our fyp journey, π¨π½: "say & believe in your heart, many2 times until it becomes your echo to the Universe. The Universe will instantly conspire to make it happen." π©π»π±π»♀️π±πΌ♂️:"I AM enjoying the abundance flow of fantastic & exciting discoveries on ........................... (topic)."
Take care, prof. We are going to miss your jokes and laughter. π May our paths cross in the future.
Sincerely, your student Adelyn. ☺️
©2019 Adelyn Yeap Yi Jing, Hasnul J Saison & Universiti Sains Malaysia @ Universiti Sains Malaysia
Saturday, 1 June 2019
Monday, 13 May 2019
DUHAI PEMINJAM CAHAYA
DUHAI PEMINJAM CAHAYA.
50 trilion sel dlm badan. Setiap sel terkandung dlmnya atom2 yg tak terkira. Dlm setiap atom ada partikel2 bercaj positif & negatif berputar dlm frekuensi (orbit) yg telah difitrahkan tanpa henti, dlm simetri (imbangan). Rahsia dualiti (berpasang-pasangan), putaran & imbangan telah diwahyukan utk mereka yg mahu menggunakan akal & kalbu. Putaran yg bergetar ini mencipta simfoni fitrah yg indah penuh Kasih & Belas. Semuanya ada getaran tersendiri. Semuanya peminjam cahaya. Semuanya, dari sekecil2 partikel sub-atomik hingga ke fenomena kosmik, dizahir dari Cahaya Medan Kearifan Infinit Yg Tunggal. Semuanya saling-bertaut. Semuanya akur pd Hukum Resonan, Hukum Polariti, Hukum Relativiti, Hukum Sebab & Akibat, Hukum Pertumbuhan, Hukum Infinit. Hukum2 inilah yg dimuliakan sebagai fitrah. Pilihlah utk bertaut & getarkan SALAM SEJAHTERA. Biar getaran itu terus bergema melimpah tanpa henti. Mula dgn SALAM kiri & kanan utk 50 trilion sel yg memberi kita pengalaman berjasad. Moga yg membaca ini bergetar dlm limpahan Cahaya Yg Sejahtera. Moga ia merebak menular menjadi limpahan cahaya atas cahaya. Lailatulqadar.

Thursday, 14 March 2019
KAU BAGI OKSIGEN, AKU BAGI RACUN.
Hubungan manusia dgn alam sekitar telah digambarkan dgn pelbagai ragam rupa oleh manusia sejak dari zaman pra-sejarah.
Para seniman tradisi catan China contohnya, menterjemahkan falsafah Taoism menerusi gambaran landskap. Gunung-ganang dan banjarannya dijadikan metafora utk cabaran mencapai puncak ilmu & darjat kemanusiaan yg tinggi. Alam dilukis dlm gubahan menegak. Ruang lukisan dibahagi pd 3, bawah, tgh dan atas utk memberi ilusi pengembaraan keilmuan manusia, dari bawah ke atas. Puncak gunung dilengkapi gambaran tempat ibadat atau premis pertapaan tertinggi. Jln menuju puncak itu dilukis berliku2. Imej manusia dikerdilkan jika dibanding dgn keluasan & kehebatan alam sgb sumber ilmu & kemanusiaan. Dlm tradisi catan landskap China ini, alam dialami & dibaca sbg buku terbuka yg penuh rahsia utk didaki, ditekuni & diteroka, baik dari sisi sains mahupun seni & budaya.
Aliran2 seni moden & pasca moden, terkait secara langsung dgn perkembangan teknologi serta kemunculan teori2 sains. Semuanya memberi kesan terhadap bagaimana manusia mentafsir hubungannya dgn alam sekitar.
Bagaimana pula hubungan manusia dgn alam ditafsir oleh warisan budaya & tradisi visual Melayu di wilayah Nusantara ini.
Peradaban yg dipacu oleh kosmologi Melayu Islam Nusantara adalah sistem pandangan hidup yg melestarikan hubungan sesama manusia, manusia dgn alam & yg paling asas, manusia dgn Yg Maha Pencipta. Asas Peradaban Melayu-Islam Nusantara ada tiga, pengesaan yg Maha Pencipta, melaksanakan amanah sbg khalifah yg mensejahterakan alam & yg ketiga, menjaga adab dlm hubungan sesama manusia serta alam.
Kosmologi ini diterjemahkan dlm sistem hidup & budaya benda yg kaya dgn kearifan, baik dari segi saintifik mahupun seni. Kosmologi ini memuliakan alam sbg tanda2 kasih & belas yg Maha Belas. Tanda2 ini dijadikan subjek utk direnung, difikir, ditekuni, dikaji, dari segala sudut ilmu baik sains mahupun seni.
Nahu visual pd tradisi Nusantara menyantuni antara yg zahir dgn yg batin, yg kasar dgn yg halus, otak kanan & kiri, lojik & intuisi, tahu & lalu, minda & rasa, sains & seni, fikir & zikir, pintar & belas, bijak & budi, langit & bumi, dunia & akhirat. Kedua pasangan ini didepani secara komplimentari atau saling-melengkapi, utk membina satu ketrampilan peradaban & khazanah warisan yg wajar disegani & dialimi.
Hubungan manusia dgn alam dibaca secara konseptual & abstrak sebagai satu simbiosis yg saling-melengkapi, bukan hairaki antara penguasa dgn hamba. Bukan juga hairaki antara pengeksploit keuntungan dgn alam sbg sumber dagangan berpaksi ketamakkan semata2. Manusia dan alam saling terpaut dlm medan kuantum yg tak henti berputar atau bertawaf dlm kadar yg telah difitrahkan, dari alam sub-atomik yg halus hinggalah kpd sistem planet & cakerawala.
Manusia dgn pokok2 misalnya adalah senafas & senadi. Manusia menghembus karbon dioksid utk disedut pokok2. Pokok2 menghembus oksigen utk disedut manusia tanpa sebarang bayaran mahupun SST.
Manusia dgn pokok2 misalnya adalah senafas & senadi. Manusia menghembus karbon dioksid utk disedut pokok2. Pokok2 menghembus oksigen utk disedut manusia tanpa sebarang bayaran mahupun SST.
Fitrah dan hukum alam telah diolah dgn begitu indah oleh para seniman awal Nusantara dlm bentuk motif2 berulang & berputar atau melingkar. Ia persis tasbih & zikir dlm frekuensi gelombang atau corak tertentu yg taat & akur pd fitrah. Keteraturan ini diterjemah menerusi simetri. Hukum alam, seperti yg diintai dlm dunia sub-atomik kuantum yg halus itu, bergerak dlm rahsia.
Tiga dari empat daya dasar yakni daya elektro-magnetik, daya graviti, daya kuat dlm atom menampilkan ciri2 keteraturan simetri, menurut Einstein. Simetri juga dpt dikesan pd struktur tema & susunan surah2 dlm AlQuran, dan pada beberapa ayat yg terkandung di dalamnya. Allahuakbar.
Terbukti, secara saintifiknya, bahawa kosmologi yg memuliakan alam ini membawa faedah kelestarian & kesejahteraan jangka panjang. Hidup yg belas alam bermandi hutan contohnya, diperakui secara saintifiknya boleh memanjangkan umur.
Kajian2 saintifik yg berkait dgn hubungan manusia dgn alam menemukan kita kpd makna dasar sejahtera itu sendiri. Rasa kekaguman terhadap kebesaran alam dpt meningkatkan kualiti hidup. Berkebun sambil menggauli tanah akan mengurangkan depresi & membuat kita lebih gembira. Tapak kaki yg menyentuh bumi atau 'grounding' membolehkan kita menjadi lebih sihat & sejahtera. Ada byk lagi contoh yg tak terjangkau oleh coretan ini.
Soalannya, apakah kita telah melaksanakan amanah utk mensejahterakan hubungan kita sbg khalifah dgn alam sekitar? Apakah belas alam itu tidak kita murnikan dgn belas insan? Apakah kita telah benar2 menggembeling segala kepintaran sains & kefasihan seni utk membawa kesejahteraan dlm hubungan kita dgn alam sekitar?
Mungkinkah peristiwa di Pasir Gudang baru2 ini satu tanda peringatan kpd kita bahawa mengejar & mencapai kepintaran semata2 tanpa belas, tanpa ihsan, tanpa budi, tanpa adab, boleh membakar, menghangus & menukar segala yg hidup menjadi debu?
Kepimpinan yg hanya berpaksi minda & pembangunan material semata2 tanpa pemanduan jiwa yg belas, hanya akan membawa bencana, bukan kesejahteraan & peradaban.
Di manakah kita dlm kancah hubungan dgn alam sekitar?
KEBUN JIWA HALUS
13 Mac 2019
7 Tingkat Permai
11700 Gelugor, Pulau Pinang.
13 Mac 2019
7 Tingkat Permai
11700 Gelugor, Pulau Pinang.
Subscribe to:
Posts (Atom)
DEKAT DI JANTUNG YU XIN
DEKAT DI JANTUNG YU XIN Apa yang tersurat di wajah mungkin tak sama denga apa yang dibaca oleh ECG. Ini yang diterokai oleh Yang Yu Xin. Dia...
-
Adiguru lukisan saya, Amron Omar. Esei ini panjang, sesiapa yang ada short attention span , dinasihatkan banyak berselawat. P...
-
Langkah mula Lam Alif di atas merupakan satu langkah permulaan langkah Silat Titi Batang. Penanda reflektor pada pergelangan tangan d...