Thursday, 11 July 2019

KARYA2 MUTAKHIR

Satu malam 5 julai yg bawa suara aku pulang ke uitm.

"Karya2 saya yg mutakhir adalah dlm. bentuk bercerita, selalunya  ditayang dan dipersembahkan di kampung2. Ke mana2 saya pergi, jika ada kesempatan, saya persembahkan karya saya. Audien saya yg terkini majoritinya org2 biasa, bukan mereka yg berkaitan dgn bidang seni halus je. Karya2 saya majoritinya boleh diakses atas talian. Karya terbaru saya versi pegun dan offline, ada di Sedim Kulim Kedah. Yg tu kena pergi ke sana utk alami. Dah setahun saya layan, tak termasuk berpuluh2 tahun melakar dan berangan. Saya bercerita dgn bentuk, imajan dan bunyi. Kandungannya dipetik dari pelbagai sumber primer - catatan, refleksi, lakaran, lukisan2 & catan2 saya sejak zaman sekolah dulu sampai kini, komik, himpunan foto lama dan baru, video atau filem pendek, senikata, gubahan & nyanyian lagu2 sendiri, bunyi-bunyian alam dan input dari audien sendiri. Kadang2 saya jamming atau berkebun bunyi dgn audien. Cerita saya pun mudah2 je. Banyak tentang mak dan bapak saya, terutama pesan2 mereka yg simple2. Dah 5 tahun saya terokai pendekatan begini, terasa lebih dekat dan mesra dgn org kebanyakan, terutama yg di kampung2. Maafla saya takda contoh karya2 mutakhir utk galeri dan jualan pada kolektor. Saya juga takda sebarang statement deep2 atau manifesto artistik-politik yg edgy2. Tunggulah bila saya dah jemu jadi artis kampung, mungkin saya kembali menggantung karya di galeri2. Buat masa ni, izinkan saya bercerita, nyanyi beberapa lagu dan tayangkan 2 filem pendek. Takpa, kalau nak keluar dan balik pun ok. "

Throwback 5 Julai 2018  UiTM Shah Alam.


3 comments:

  1. Prof. We met in Pulau Daya Bunting at Barakat Chalets. Trying to contact you. please drop me a mail on victor.duncker@gmail.com Thanks

    ReplyDelete
  2. ada 8 permainan poker menarik di AJOQQ :D
    ayo segera bergabung dan dapatkan bonusnya :D
    WA : +855969190856

    ReplyDelete

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...