Wednesday, 22 March 2017

JOM LA UBAH!

Kalahkan nafsu jahat dlm diri.....utk
ubah benci menjadi kasih-sayang
bodoh jadi bijak
racun jadi penawar
neraka jadi syurga. 

Jom jadi hero yg selamatkan diri sendiri dulu sebelum selamatkan orang lain. 

Luv u all! Stay cool & awesome. 


ILMU TAHU ILMU LALU

ILMU TAHU memberi tahu kita tentang sesuatu pengajaran, lepas tu menguji sejauh mana kita tahu.

ILMU LALU menguji sejauh mana kita mampu bersabar untuk beroleh pengajaran. 


Foto: Throwback dgn Bibi Chew. Sharmiza, Juhari dan Ahmad Fuad di Sonneratia Youth Art Camp 2002, Kuala Selangor.


Tuesday, 21 March 2017

I LUV U 2


Setiap sudut pada alam semulajadi berkata pada kita 'I luv u'. Jawabla balik 'I luv u 2'. Lepas tu sedut dalam2 oksigen yg pokok2 tu bagi pd kamu dgn rasa belas dan syukur.  Kalau asyik nak bergasak je buat bising, alam bagi salam pun tak jawab. Berjalan atas muka bumi dgn angkuh, mcm mana bumi nak respect. (Kem Seni Langkawi, 2014)



Sekali-sekala, buanglah sombong. Jawab balik 'I luv u 2' ketika berdiri, duduk, baring. (Throwback Kem Seni Langkawi 2014).


'Rasalah anakku getaran gunung...rima tangisannya terlalu sunyi.' (Throwback Kem Seni Langkawi 2014).

Kalau semua bersuara, takda yg diam mendengar, apa terhasil adalah 'kebisingan' yg 'stressful' dan boleh meracun (badan stress mengeluarkan cortisol yg toksik). Diam dulu. Cari frekuensi ketenangan, kasih-sayang dan kegembiraan. Ketiga2 frekuensi tu menghasilkan hormon yg sihat spt serotonin. Awak pilih penawar atau racun? (Throwback Kem Seni Langkawi 2014).

Monday, 20 March 2017

PAKAR TAKDA AKAR

Ramai pakar
ada zakar
takda akar. 

DIAM-TERIMA-CIPTA-KONGSI-PULIH

DIAM dulu, utk TERIMA.
Terima untuk CIPTA.
Cipta utk diKONGSI.  
Kongsi utk PULIH dan SEMBUH. 
(Komuniti Bestari Sains & Seni, Langkawi, Mei 2013
dan Kem Seni, Langkawi, 2014)






PIL(ih) PULIH

Ada byk pil - khayal, lupa, marah, geram, benci, tahan....

Ada byk janji.
Takda transformasi.

PILIHlah yg benar2 boleh PULIHkan kita.

Sunday, 19 March 2017

MERAJUK LAGI

Soalan:
Ustaz, semasa Nabi Muhammad s.a.w lari mengasingkan diri ke gua, ada tak yg kata pada dia, "Ya Muhammad, kau apahal, merajuk ke?"


BELASalam.

Tanya: Mcm mana nak 'merasai' pentingnya hubungan kita manusia dgn alam semulajadi?
Jawab: Cubalah jgn sedut nafas

THROWBACK KEM JIWA HALUS 2014 & BELASalam DARI AIK HUA 2017

Yg nampak memang la pokok-pokok, tapi yg ditanam dan tumbuh, ialah belas-kasih. Itulah yg kamu sedut semasa bernafas.(Kem Jiwa Halus, Dusun Pak Sarip, Gertak Sanggul, Teluk Kumbar, PPinang, 2014).












Setiap kita ialah pemimpin. Pemimpin yg 'tinggi' ialah yg mampu 'merendahkan ego' dan mengajak semua manusia agar kembali dekat pd fitrah alamiah, bukan mengajak manusia bergasak dan berperang.



Asyik nak naik atas je, sesekali cuba la turun ke bawah sentuh bumi ni. Kalau sentuh dgn dahi lagi osem, boleh buang semua toksik emoroyan dlm diri kita.












Di bandar ada byk tanda2 jalan, agar kita tak sesat. Di dusun, kebun dan hutan, semuanya adalah tanda2 utk minda berfikir, hati berzikir. Jika lupus tanda2 fikir-zikir ni, kita semua sesat dan lupus juga. Nak ke?



Kalau gelap, tak perlu emoroyan sgt tentang 'kegelapan' dlm media sosial. Sebaliknya, cari la suiz 'cahaya belas' dlm hati, tekan 'on'. Jika ramai buat mcm tu, kegelapan hilang tanpa byk drama swasta.



Jom, mari lah menuju kejayaan!!!



Berdamailah dgn alam (throwback BELASalam dari Aik Hua 2017)



















Alami....levitasi, chi, prana, semangat, reiki, nyawa, creative energy, 'the force'.... (throwback BELASalam dari Aik Hua 2017)




















Demi masa mu.  (throwback BELASalam dari Aik Hua 2017)

HERO(T)

Mereka yg nak jadi hero dlm sesuatu perjuangan, tapi masih belum mampu kalahkan nafsu sendiri terlebih dahulu, hanya akan jadi 'herot'. Perlu dilupuskan golongan yg mengherot dan menyemak ni. 

Sebelum sibuk nak lawan org lain, lawan la kejahatan dlm diri sendiri tu dulu, ok bradah and sistah semua. Luv u all, stay osem. 

Saturday, 18 March 2017

HISAP ROKOK

Kalau gua ketagih rokok, tapi tau merokok tu merosakkan kesihatan, gua takkan ajak semua orang hisap rokok, atau buat improvisasi hisap rokok beramai2. 

DEKAT DI JANTUNG YU XIN

DEKAT DI JANTUNG YU XIN Apa yang tersurat di wajah mungkin tak sama denga apa yang dibaca oleh ECG. Ini yang diterokai oleh Yang Yu Xin. Dia...