Al-Ghazali sering dipetik oleh almarhum ayahanda dari kitab2 kuningnya. AlGhazali berpesan bahawa alam fizikal ini adalah alam khayal, rendah, kasar, bayang, gelap. Jika terpanggil, rujuklah renungan AlGhazali dlm 'Misykat Cahaya'. Einstein yg totok fahaman lojik fizik berkiblat bukti2 empiris itu, pernah berpesan bahawa realiti fizikal itu ilusi yg degil. Ya, ilusi persis holografi. Yg kita alami sebagai realiti fizikal adalah fenomena cahaya. Atom, atau partikel yg membina pengalaman fizikal itu diungkap sebagai 'cahaya yg dipegunkan' oleh David Bohm. "Alam semesta itu wujud semata-mata dlm bentuk gelombang yg bergerak...tiada ada apa pada alam semesta selain getaran," kata Walter Russell.
Moga usaha kita merenungi alam fizikal, terutama alam semulajadi dgn akal jernih dan hati cerah bersyahadah, dapat memandikan kita dalam kesembuhan cahaya Kasih dan Belas. Moga dalam cahaya sedemikian, penjara bayangan diri yg gelap pekat dgn hijab nafsu dan ego itu lupus. Moga cahaya yg sudah ada dlm diri semua yg sedang membaca ini, bersinar. Moga kita semua didakap oleh tenang dan aman di minda dan hati, walau apa jua cabaran dan dugaan perlu didepani.
#senafassenadi @rumahtokcu dalam #OASIS2022sensoria @Mgtf.usm
No comments:
Post a Comment