Arwah ayahanda aku byk tuliskan doa. Antaranya doa cahaya. Memanglah aku boleh ambil dari buku. Tapi jika ambil dari dia, dpt berkat berguru, sebab diambil bersekali dgn kuliah. Doa2 inilah agaknya, bila diamali dan diimani, telah byk mengimbangkan getaran aku yg kapla angin, tak stabil dan rock kapak. Aku byk disonan, bukan resonan (gema). Apatah lagi bila obses berfikir. Di @rumahtokcu , aku cuba balik ke resonan. Resonan cahaya. Ia dibuka oleh diam. Bila diam, aku perhatikan saja apa yg aku fikir. Bila buka resonan cahaya, ilmu yg ditarik masuk pun melimpah, saling-terkait utk memberi alami yg mencerah. Ya, hati kita selalu dipalit tompok2 hitam. Arwah ayahanda aku selalu pesan agar hati hitam tu tekun dibasuh agar tompok tu tak keras, lekat dan kekal. Ayahanda sering guna metafora kaca pelita Al-Ghazali, dari kitab2 kuning lusuh dia yg penuh dgn 'arakian', 'syahdan' dan byk kata2 klasik. Moga hati kita jernih dan cerah, walau mcm mana pun susah. Kita kini berdepan dgn perubahan dari benda kpd informasi. Informasi, baik yg gelap mahupun terang kini tersebar dlm kelajuan cahaya. Ia dibaca dgn medium yg bercahaya (skrin hp kita ni). Ia menyelimuti kita dlm bentuk gelombang, getaran, frekuensi. Frekuensinya tersangat byk. Moga kita diberi cahaya petunjuk utk memilih frekuensi yg sihat utk kita. InsyaAllah kediaman dan wajah kita berseri tanpa touch up tebal2.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
AYAHKU & NELAYAN
(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...
-
Langkah mula Lam Alif di atas merupakan satu langkah permulaan langkah Silat Titi Batang. Penanda reflektor pada pergelangan tangan d...
-
Adiguru lukisan saya, Amron Omar. Esei ini panjang, sesiapa yang ada short attention span , dinasihatkan banyak berselawat. P...
No comments:
Post a Comment