Herbert Marcuse pernah menghuraikan bagaimana kita membina identiti diri yg palsu menerusi barang-barang berjenama yang dilanggani dan dibeli. Ada yg menemui 'kerohanian' menerusi jenama.
Jenama mengandungi sikap dan tabiat yang ingin ditanam, baik secara halus mahupun secara langsung. Sikap dan tabiat ini boleh mengikat kita untuk menjadi 'konsumer' dan 'peraga/penjual/pemasar' percuma yg tidak banyak soal.
Mencipta konsumer jenama yg tegar dan fanatik adalah mekanisma utama untuk menjamin dominasi kapitalisma. Ia juga berlaku dalam jenama parti2 politik. Mekanisma ini boleh memenjara kita dalam rantaian dan kitaran ketagihan tegar yg sukar untuk dipulihkan. Sebenarnya yg ditekankan adalah 'bottom line' pemodal2 dalam dan luar negara serta para pemacu globalukasi yg benci dgn GST.
Perlu dikaji lapangan budaya sebegini untuk mendedahkan apa yang dikatakan sebagai 'pembacaan yang dipilih' atau 'preferred readings'. Istilah ini diperkenalkan oleh Stuart Hall. Dalam bahasa mudahnya, menanam selera, sikap dan tabiat dalam sesuatu jenama yg dilanggan.
'Pembacaan yang dipilih' ini ditanam dalam pelbagai bentuk produk berjenama dgn pelbagai cara. Ia boleh dibaca sebagai satu bentuk 'teks budaya' yang ada sistem bahasa dan sistem nilai tersendiri. Setiap satunya mengandungi saranan halus yang membolehkan kita dirasuk 'pembacaan yang dipilih' (contohnya, membeli sesuatu produk berjenama boleh membuat kita dihormati) Pembacaan yang dipilih ini ditanam secara halus dalam kehidupan seharian hingga kita tidak menyedarinya (keterbalikkan dari 'informed consumers').
Puncaknya adalah apabila jenama yg merasuk itu, meresap sepenuhnya hingga menjadi satu dgn hamba. Hamba itu jenama, jenama itu hamba. Ketika itu, jenama menjadi identiti palsu untuk hamba, mengambil alih jiwanya. Ketika itu, hamba sudah tidak lagi mampu memerdekakan diri untuk kembali kpd fitrah dirinya yg asal.
Itulah hikayat metanaratif perca moden norma baru.
Intailah bagaimana jenama merasuk anak2 kita.
(Ini dari tugasan kursus Rekabentuk Antarabudaya yg pernah aku kendalikan dari 2005 hingga 2013.)
XTRA:
Here, the premise is that language (in many different forms, including visual) and the way it is used (in a discourse) by its users, create meanings. Active users may dominate and regulate meanings. Meanings here, are not stable, unless they are institutionally regulated such as in the army, or police unit, or even political parties, or certain groups of scholars, etc.
In the case of brands, meanings are constructed and regulated by those with large capitals, such as big corporations/brands for examples. It is called, developing consensus and taste. These meanings are not natural at all, but created, constructed, regulated, dominated, sustained and controlled by such corporations. In social media platform, troopers are hired to do this.
Those working in the advertising field, including those involved in developing brands, managing public opinions and perceptions (sometimes through deceptions), those working with a political party or a leader in spinning news or events online as cyber troopers (to work for their political masters), those working in planting communication strategies for a country (USA for example), know very well how to create, regulate, dominate, sustain and control discourses, thus meanings related to so many dimensions of our life, including cultural dimension.
All these work very well in sustaining 'egos' (false sense of self) to feed mostly economic or commercial ends.
Where will all of us or humanity at large be heading to in this whole scheme of language and discourse, including all the 'brands' that are inhibiting our life?
Are we living, or are we living the brands?
What brands are we identifying our false sense of self with? (be them social, political, ideological, philosophical, economic, cultural, educational, technological, etc)?
RESPON:
Setiap objek yang direka dan dijual perlu ada jenama. Itu adalah salah satu syarat yang telah tentukan untuk dapat lesen perniagaan. Walaupun makcik Leha jual nasi lemak tepi jalan Chow Kit Road. Jadi tidak boleh pertikaikan adakah kita hamba kepada jenama yang ada.
Melainkan semua objek2 yg ada dipasaran kita cipta sendiri atau lebih dikenali Homemade atau diy.. namun pengakhirannya kita akan menjenamakan pula ciptaan itu sebagai satu bukti bahawa itu adalah ciptaan kita.
Jadi, adakah kita sendiri adalah jenama?
(Marni Zulkifli)
RESPON PD RESPON:
Marni Suhaela Zulkifli salam puan. Terima kasih atas komen yg osem.
Nama dan logo atau cop daftar perniagaan, tak sama dgn jenama atau branding. Itu adalah elemen2 jenama. Membina jenama bukan setakat memberi nama, membuat logo dan mendaftar lesen saja. Ia juga bukan setakat mencetuskan sesuatu yg viral buat seketika. Membina jenama, memakan masa dan kos yg amat besar. Ikuiti jenama yg tinggi contohnya, hanya boleh terkumpul setelah sesuatu jenama itu wujud lebih dari 5 - 10 tahun. Ia adalah proses panjang dlm membina persepsi masyarakat sasaran terhadap sesuatu - produk, servis, insan (ahli politik, artis dll). Persepsi itu termasuk nilai2, ideologi, perasaan, sikap, sentimen yg ingin ditanam, selalunya secara halus. Pihak yg punya modal2 besar dan kuasa atau pengaruh politik biasanya menjadi pemain dan pesaing jenama yg besar yg jangkauan atau kesannya meliputi seluruh dunia.
Ada perbezaan juga antara pengguna atau pelanggan jenama yg maklum (informed customers) dgn hamba yg taksub dan ketagih tegar dgn sesuatu jenama hingga memudaratkan diri dari byk segi (mental, emosi, fizikal/fisiologi). Menghambakan diri pd sesuatu jenama tanpa soal, tanpa mempertikai apa2 tentang jenama yg dilanggan, boleh membawa mudarat.
Informed customers itu yg
kita mahu, bukan hamba jenama yg boleh merosakkan diri, keluarga dan masyarakat.
Merenung kesan dan pengaruh jenama2 popular (terutama yg berasal dari luar negara) dlm kehidupan harian pada saya perlu digalakkan, agar kita menjadi konsumer yg bertanggungjawab atau pengguna yg bermaklumat dan tidak mudah diperdaya, ditipu atau dieksploitasi. Ini boleh menjadi usaha fardhu kifayah yg baik.
Saya tidak setuju jika fenomena menghambakan diri pd jenama 'tidak boleh pertikaikan'. Ini kerana ianya berlaku dan dlm kes2 tertentu, memudharatkan. Rujuk penerbitan CAP, Consumer Association Penang.
Mempertikai dan menpersoal itu bagus utk membuat kita merenung semula. Seperti juga puan mempersoal semula refleksi saya. Ia patut digalakkan krn boleh mencambah dan mencerah diri. Kita sama2 kongsi manfaatnya.
Salam.
RESPON PD RESPON PD RESPON:
Kebun Jiwa Halus waalaikumsalam Prof.. alhamdullilah dan terima kasih atas pencerahan, ilmu dan penjelasan yang jelas yang tuan Prof kongsikan.. Sesungguhnya dengan izinNYA, tanggungjawab sebagai penggiat ilmu adalah untuk dikongsikan bersama secara telus dan halus.. saya amat rs rendah diri dan bersyukur dapat merasa nikmat ilmu yg diberi.. alhamdullilah
Saya bersetuju dgn kenyataan Prof berkenaan menjadi konsumer yang bertanggungjawab dan tidak menjadi seorng pengguna yg mengabdi dan menghambakan dirinya dgn jenama.. yang satu hari akan merugikan dirinya sendiri. Saya pun salah seorang konsumer yg terkesan dan masih dalam proses belajar daripada kesilapan.. (doakan smoga terus istiqomah)
Saya juga ingin tambah dari sudut perspektif sebagai seorang pereka yang bertanggungjawab. Inilah cabaran2 yang sering pereka hadapi dalam menerima 'Jobs' yang memberi rezeki di pengakhir hari. Namun delima "client's needs & expectations" dengan realiti kualiti produk. Ia menjadi satu cabaran dan ujian, sejauh mana kejujuran, etika dan tanggungjawab seseorang pereka itu diletakkan.. maafkan saya sekiranya ia lari daripada topik yang dibincangkan, namun ia amat penting bagi pengetahuan para penyelidik dan pereka supaya sama2 bertanggungjawab dalam hal proses penjenamaan.
InsyaAllah, smoga diberi ruang dan peluang untuk memperkembangkan lagi pengetahuan dalam bidang ini dan terima kasih atas pencerahan ini. Wallahualam.. salam Prof dan smoga sentiasa dilindungi.. 🥰
No comments:
Post a Comment