Foto sebelah kanan adalah ayahanda dan bonda Niranjan, kawan saya. Saya tanya Niranjan, "bro, kenapa you tak bawak appa dan amma duduk dgn you di Vancouver. Mrk dah tua." Niranjan jawab, "bawak dah, tapi mereka tak boleh duduk lama. Kalau lama je, mrk resah. Mereka tak mau mati di negara org. Mereka mau mati di tanah air sendiri".
Appa masuk hospital. Amma tolong jaga. Tak lama lepas tu, Amma meninggal. Seminggu sebelum itu mereka berdua datang dalam mimpi saya. Niranjan sempat balik Malaysia. Beberapa hari selepas Amma pergi, Appa menyusuli. Sehidup-semati. Senafas-senadi. Meninggal di bumi Malaysia, tanah-air sendiri.
Foto sebelah kiri adalah karya instalasi saya. Saya menyalin-semula tulisan tangan arwah ayahanda ketika dia di hospital. Mulutnya ditutup alat bantuan pernafasan. Dlm keadaan yg amat lemah, dia minta pen dan kertas utk menulis pesan. Dia menulis, "panggil isteri saya", "pesan tok syeh kuat" (pesan pd bonda saya agar sabar) dan "salam pd anak2". Beberapa hari selepas itu dia meninggal.
Denai2 neural (neurual pathways) kita adalah saling bertaut. Denai2 ini membina 'innernet'. Fizikalnya adalah sistem saraf & darah. Mental dan emosinya adalah aliran kesedaran (flow of consciousness). Itulah 'madya' atau perantaraan. Itulah makna 'media'. Mrk yg sibuk hari2 guna media termasuk 'media sosial' harapnya faham makna ini. Denai perantaraan yg bawa kpd kesedaran paling tinggi dan halus adalah.... kasih & belas.
Tapi biasalah, kita selalu disibukkan berlumba mcm tikus2 eksperimen dan dihijab hingga lebih byk terpenjara dlm kesedaran rendah yg memisah-misah dan sering berbalah.
Mgtf Usm