Friday 12 June 2020

DUHAI HERO JADIAN


Ada ramai hero2 belakang tabir, yg tak didendang. Banyak kebaikan yg timbul. Byk hikmah. Tapi engkau tak nampak.

Yang engkau nampak adalah segala yg bebal. Lepas tu kau bahan, kecam, kongsi & sebar. Kau guna dalil amal makruf nahi mungkar. Kau hero jadian.

Kalau kau nampak dgn mata kepala kau seorang melakukan kemungkaran, kau sendiri halang dia. Nampak & saksi depan mata tau, bukan dari internet atau dari sumber2 yg tak sahih. Halanglah dgn kebaikan, dgn sabar, dgn kebijaksanaan, dgn ilmu, dgn hikmah, dgn budi & belas. Kalau boleh kau buat senyap2 orang lain tak tau. 

Kalau dia tak mahu dengar juga, & kau dah cuba mcm2 cara berkali2, kau serah pada Allah sebab kau dah berusaha. Dlm hati kau tetap tak setuju dgn perbuatan mungkar dia. Bukannya kau jadikan dia bahan grup whatsap, facebook, twitter & lain2 media mengecam & menyebar keaiban. Bukannya kau tuduh org yg tak ikut serta mengecam sebagai berdiam diri, tak menghalang kemungkaran. Kononnya kemungkaran terjadi sebab orang baik tak buat apa2. Kau pasti ke. Orang yg benar2 baik tak heboh2 bila dia buat baik, dan bila dia halang kemungkaran.






1 comment:

  1. Numpang promo ya gan
    kami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*

    ReplyDelete

DENAI PULIH

Tidak semua tentang rawatan, pemulihan dan penyembuhan itu bergantung pd sains perubatan semata-mata, atau ilmu yg bersifat empirikal sj. Ia...