Friday, 24 April 2020

ADA APA KAT TELUK INTAN?



Ni bagi aku cerita sikit utk jawab soalan hipster jadian & urbanite prasan yg aku sayangi. Bapak aku ustad. Bapak dia cikgu. Kedua2 mereka mengajar di sekolah yg sama. Dua2 garang giler. Mereka hantar kami ke tadika tepi gereja, cikgunya mcm2 bangsa. Kami menari 'ball dance' sama2. Sekolah rendah bersama dari darjah 1 sampai darjah enam. Tingkatan 1 dia pergi sekolah asrama penuh (sekolah budak2 pandai yg dpt 5A, STAR ipoh). Aku dpt 2A, 2B, 1C tak cukup pandai. Dia pergi luar negara sambung belajar, aku pergi lewat. Dia ambil bidang kejuruteraan, aku seni lukis. Bapak dia guru disiplin, pernah rotan aku. Tapi bapak dia juga bapak angkat aku. Rumah tu rumah kedua aku. Aku main hoki kayu batang ubi di padang tu. Masa kecil, padang tu rasa mcm stadium. Dgn bapak dia, aku belajar melukis, kenal cat minyak, tarpentin, minyak linseed, pelet, berus,...dan rokok dunhill. Bila berada di rumah ini, segala riak angkuh sombong prasan hebat dah jadi pelukis karyawan urban kontemporari rebel dasyat konon, boleh cair hilang dan lupus. Ini tapak asal aku minat melukis, yg telah membuka denai hidup dan karier kerja bermodalkan 'suka melukis'. Rumah dia dekat je dgn rumah aku. Selepas solat Raya, kawan aku ni selalu ada depan rumah dtg beraya. Dia anak sorang. Keluarga aku 8 orang. Dia jadi kontraktor berjaya, aku jadi sejahterawan bahagia ok juga. Anak dia enam orang, aku tiga dah cukup. Sekarang, dpt jumpa 2/3 tahun sekali pun, syukur. Ayat lazim dia tiap kali jumpa, 'balik la oiii'. Itulah antara yg ada di teluk intan. Takda apa2 yg glamor. Tak pelik2, giler2, art2, konsep2. Takda mesej yg deep deep pun.

1 comment:

  1. Numpang promo ya gan
    kami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*

    ReplyDelete

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...