Tuesday, 6 November 2018

SEDAR ADANYA CAHAYA, BUKAN HILANG DLM BAYANG.

Duhai 'orang2 muda' yg dikasihi. Sebelum anda dijangkiti oleh ingatan jangka-pendek & lupa terpilih yg serius, izinkan saya menawarkan pesanan seposen. Bayangkan anda sedang melihat projeksi atau tayangan video. Cuba fokus & sedar adanya 'sumber cahaya', bukan imajan yg tertera. Imajan datang dan pergi, tapi cahaya, terus ada. Cahayalah yg membentuk imajan. Cuba tukar fokus dari 'imajan' kpd 'cahaya'. Imajan mungkin akan mengelirukan kesedaran anda terutama sekali  jika anda membina identiti diri menerusinya semata-mata, atau terlampau bergantung sepenuhnya kpd imajan, atau menjadikan imajan sebagai realiti mutlak. Anda hanya akan terperangkap dlm dunia imajan, dunia bahasa atau bayangan, atau salinan, atau representasi, atau penerangan. Sebaliknya, cuba faham sumber cahaya, sentiasa sedar dgn kehadirannya yg membolehkan imajan wujud utk dialami. Kuasai kesedaran itu hingga anda sendiri yg menjadi cahaya itu sendiri, yg memancar menerusi lensa yg suci, bersih dan jernih. Hanya setelah itu berlaku, anda akan menjadi saksi dan alami apa yg selalunya dipanggil 'gambaran sebenar'. Oleh itu duhai orang2 muda yg disayangi, sedarlah tentang adanya cahaya, bukan imajan.


No comments:

Post a Comment

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...