Friday, 5 October 2018

INGAT TAK LAGI TITIK ITU?

TAJUK KULIAH: INGAT TAK LAGI?
Matapelajaran: Kenal Diri. "Anak2, ingat tak semasa kita hanya titik yg sgt halus atas dinding rahim ibu kita? Tak sesiapa pun nampak. Ingat tak semasa kita hanya titik CAHAYA kasih antara ibu & bapa? Kasih itu tak boleh dilihat dgn mata kasar, tapi boleh dirasa dgn mata hati?  Dlm atom yg setitik tu kan ada partikel2 yg berputar bergetar dgn cas + & -. Ingat tak semasa kita yg setitik tu diRAHIMi (dibelas) selama 9 bulan utk menjadi 'CAHAYA' mata? Kita yg dulunya satu titik cahaya, kini menjadi cahaya mata. Kini ada byk titik2 pd diri kita, menjadi TANDA2 utk ingatkan kita. Jom kita ingat balik. Jom gerakkan titik2 cahaya pada badan kita. Jom bina garisan2 cahaya yg mewajahkan pengalaman jasad, ruang & masa kita. TIAP GARIS ADALAH TITIK CAHAYA YG BERGERAK. GERAK ITU MEWAJAHKAN RUANG. Jom gerak & wajahkan ruang yg boleh mengingatkan kita pada titik cahaya asal. Titik, garis, ruang & masa hadir dari kita. Ia hadir dari lubuk sedar yg paling halus, dari satu titik cahaya yg sgt halus. Kitalah titik tu. Jom ingat balik.
Sekian. "
#didikjiwahalus


No comments:

Post a Comment

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...