Tadi aku singgah #kebunDsedim. Ia tapak cairnya saka modenis yg baku membeku. Ia menundukkan faham benda yg hanya meletakkan nilai pada yg boleh disukat-sakat. Ia gelanggang melenyapkan seni yg bersuku-suku. Ia juga medan melupus suku seni suku sains, menyatu keduanya dlm bahasa yg akur pada fitrah. Nahu catan, cetakan, arca dan lukisan tidak lagi dipasung zaman. Nahu sains dan seni bersatu menuju ke-diam+aman. Mitos dua darjat dgn martabat seni tinggi dan rendah, kontemporari dan tradisi telah dilupuskan. Ruangnya tidak lagi ditawan pasaran dan komoditi prasan. Hasilnya adalah hamparan cahaya yg membangunkan kita dari hijab permainan bayang. Pantulan cahayanya jadi zikir dan tasbih yg berulang-ulang. #didikjiwahalus
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
AYAHKU & NELAYAN
(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...
-
Langkah mula Lam Alif di atas merupakan satu langkah permulaan langkah Silat Titi Batang. Penanda reflektor pada pergelangan tangan d...
-
Adiguru lukisan saya, Amron Omar. Esei ini panjang, sesiapa yang ada short attention span , dinasihatkan banyak berselawat. P...
No comments:
Post a Comment