Friday, 24 February 2017

UBAH & HIJRAH

Orang jahat yg frekuensinya tak stabil hanya boleh disembuhkan dengan frekuensi yg stabil. 

Macam mana nak berdepan dengan ketidak-stabilan jika yg nak jadi hero tu frekuensi dia sendiri pun tak stabil. Patutlah asyik kalah dan emo(royan) je selalu. Frekuensi yg tak stabil, tak boleh menyembuhkan kejahatan dan penyakit, malah hanya lebih merebakkan lagi keduanya. Jadilah, 'keadaan sekarang tidak stabil.'

Org Islam, kestabilannya ditegakkan oleh solat, zikir dan doa. Oleh itu sayang oi, stabilkan frekuensi diri sendiri dulu, dan ajak semua orang buat perkara yg sama beramai-ramai. Barulah ada gelombang transformasi yg boleh kalahkan orang jahat. 

Janganlah dimaki pulak mereka yg mengajak pulang kepada kestabilan diri. 

Penat la kalau asyik kalah je, lepas tu emo dan kecoh suruh semua org berdrama. 

Jom la ubah dan hijrah, diri sendiri dulu. 




No comments:

Post a Comment

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...