Monday, 13 February 2017

ALAMI KEHADIRAN 'YG MAHA BIJAKSANA' & 'YG MAHA MENGASIHI',

Yg paling menyedihkan adalah orang yang menggunakan masanya utk memberi respon terhadap tindakan orang yg 'confirm' bodo dan penuh kebencian. Disebarkan pulak respon meroyan tu sampai lebih ramai kena sampuk sama-sama. Akhirnya kebodohan dan kebencian makin popular. 

Orang yang otaknya pandai macam mana pun, jika hatinya sibuk buka, layan dan sebarkan frekuensi bodo dan kebencian, bolehkah mengalami kehadiran kebijaksanaan dan kasih sayang dalam hidup? Isshhhh...ish..ish....kena byk doa ni. 

Ginilah duhai semua yg disayangi...alangkah baiknya jika masa kita diisi dengan memberi tumpuan kepada kebijaksanaan dan kasih sayang, yang boleh ditemui jika hati kita di'dail' ke frekuensi kebijaksanaan dan kasih sayang; yang selalunya ada di depan mata.  InsyaAllah kita akan dapat mengalami kehadiran 'Yg Maha Bijaksana' dan 'Yang Maha Mengasihi' dalam setiap detik,' setiap saat dan setiap sekarang'. 

Demi masa, alangkah osemnya gitu. Sekian pesanan tanpa penaja.


No comments:

Post a Comment

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...