Sunday, 1 January 2017

DALAM GERAK ADA ABJAD





"Dalam Gerak Ada Abjad, Dalam Abjad Ada Makna"
Oleh Dr Nur Zaidi

“Setiap pergerakan manusia ada abjad terbentuk disebaliknya”
(Dato Haji Hashim, Kuala Kangsar, Perak)

Bertitik-tolak dari pernyataan di atas, Dr. Nur Zaidi mengajak kita menyingkap abjad-abjad Arab yang terhijab dalam langkah lima Silat Titi Sebatang. Kerja menyingkap ini dilakukan dengan menggunakan teknologi 'motion capture'. Teknologi ini membolehkan kita melihat bagaimana titik-titik tertentu pada beberapa bahagian badan bergerak dalam ruang. Titik-titik yang bergerak ini meninggalkan jejak-jejak garisan melengkung yang boleh dibaca sebagai abjad-abjad Arab jika dilihat dari sudut-sudut tertentu. Setiap abjad persis pintu-pintu yang membuka kepada beberapa tafsiran makna. Singkapan Dr. Nur Zaidi ini mencadangkan bahawa pergerakan makro (pergerakan besar) pada tubuh manusia itu  boleh dibaca sebagai kerja menulis (atau melukiskan) abjad-abjad yang tidak boleh dicerap dengan mata kasar. Oleh itu, gerak-gerak tertentu pada tubuh manusia boleh dibaca sebagai tindakan mengingat (zikir) dan menanam makna-makna (getaran halus) yang baik dalam diri dan persekitaran.

No comments:

Post a Comment

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...