Jenis org yg masanya byk dihabiskan dgn mencari, menunding dan membongkar salah org lain (yg dicop sebagai musuh hakiki) tak akan dapat memperbaiki diri sendiri. Salah yg sama yg dia buat, atau kroni2 dia buat, akan disapu diam2 masuk bawah karpet, buat donno.
Jenis mcm ni, dan kroni2 mrk, tak layak dipilih sebagai pemimpin kerana mereka tidak akan memperbaiki kelemahan diri atau kumpulan utk berubah atau membawa apa2 perubahan ke arah kebaikan .
Apa yg mereka berjaya ubah bukanlah diri sendiri dan kumpulan, tetapi musuh mereka. Mereka hanya akan membantu musuh mereka mengenal-pasti kelemahan dan kekurangan yg boleh diperbaiki dan diatasi. Musuh mereka yg akan berubah menjadi lebih baik, tapi mereka tetap mcm tu tak ke mana2. Malah, mereka mungkin akhirnya membuat segala kesalahan yg mereka tunding secara obses pd musuh mereka kerana tak pernah merenung kekurangan diri sendiri.
Kesimpulannya, toksah lah layan jenis org yg masa dan kerjanya mencari, menunding dan membongkar salah org lain. Layanlah jenis org yg sentiasa mencari jln memperbaiki diri sendiri dulu. Tapi biasalah, jenis ni sekarang susah nak cari terutama dlm dunia politik.
No comments:
Post a Comment