Tuesday, 30 August 2016

Sunday, 28 August 2016

Tuesday, 16 August 2016

POKEMON ART FESTIVAL


Bukan zombi Kampung Pisang. Mereka semua masih hidup. 


Ini adalah adegan seni aksi atau persembahan jalanan (street performance) pemburu Pokemon di Lebuh Acheh, George Town. Semua dlm keadaan 'trance', 'asyik', 'lupa diri', 'naik syih' jika nak guna istilah2 tradisi dlm warisan seni persembahan tempatan. Lagipun, semuanya kelihatan seperti org tempatan. 


Mungkin ini satu contoh penyertaan komuniti dan 'performers' tempatan (Org2 Pulau Pinang) sekaligus dlm suatu seni persembahan spontan (performance art).

Jika ini sebahagian dari George Town Festival, saya ucapkan tahniah & syabas!


DUHAI ILMU, KENALLAH AKU.

DUHAI 'BENDA', KENALLAH 'MINDA'
DUHAI 'RUPA', KENALLAH 'JIWA'.

Duhai akal, kenallah kalbu
Duhai fikir, kenallah zikir
Duhai tahu, kenallah lalu
Duhai lalu, kenallah ilmu
Duhai ilmu, Kenallah 'Aku'.

Susulan pembentangan 'Mendepani-semula Tradisi' dlm Simposium 'Membaca Ismail Zain' tempoh hari. Juga susulan terperangkap dgn kelip2 yg 'ada aku kesah!' & 'buat tak kesah!' semasa acara 'mengesahkan' Ismail Zain. Syukur alhamdulillah, masih ramai yg nampak 'ambil kesah'.

BALADA 'GENTRIFIKASI' ATAU 'HIPSTERISASI'?


Rakan saya Anderson mengusik saya dgn link di atas. Link tersebut berkisar hasil dapatan kajian tiga tahun tentang beberapa variasi projek yg berasaskan komuniti, dan yg berpegang kpd andaian bahawa seni dapat membawa faedah secara langsung dan kesan yg dpt disukat pada masyarakat. Hasil kajian ini seakan mengajak kita menyoal andaian malas ini. 

Seperti seorang Zen master, Anderson sesekali 'membangkit'kan saya dari lena atau tidur dengkur yg keluo air lior basi (lupa dan lalai). Apabila kita terlalu lama berkubang dlm sesuatu 'environment' (persekitaran, kerja, tingkah-laku, amalan, rutin, ideologi) kita boleh lupa yg kita dah jadi 'environment' itu, atau 'environment' itu dah jadi kita. Sesekali perlu bangkit, keluar, dan jadi sedar.

Saya respon begini. 

Anderson Ee, niat tak boleh disukat secara empirikal. Ni la akibat saka paradigma positivisme sains totok dipaksa-rela dlm bidang yg berasaskan paradigma interpretif yg subjektif. Yg 'get it wrong' adalah meletakkan paradigma yg tak kena pd tempatnya. Guna sains utk sukat seni dan budaya, memangla tak jadi. Malah dlm aplikasi geran penyelidikan pun ada yg perlu jawab 'xpected outcome' - kalau dah tau outcome (jawapan) tak payahlah nak research, eksperimen dan cari jawapan lagi dah. Geran projek lagilah kena kenalpasti outcome. Gitu juga dgn 'course outline' termasuk utk kursus2 seni. Kajian atau projek seni lebih ke arah 'penerokaan', 'eksperimentasi', 'percubaan', 'mencari hipotesis atau andaian baru', 'mengalami', 'merakakamkan pengalaman' dll terma yg berlainan dgn kajian dan projek sains. Keadilan adalah meletakkan benda dan perkara pada tempatnya'. Jika benda dan perkara berada pd tempatnya, barulah ada 'resonance'. Kalau tak jadilah mcm ni, 'dissonance'. Tapi kan ramai juga yg suka pd yg 'dissonance' walaupun tau ia merosakkan getaran diri (hormon cortisol) dan boleh bawa penyakit bila dah masuk umur 40. Mak gua ckp 'ikhlas tu kalis setan'. Buat la apa pun, buatlah dgn niat yg ikhlas. Memang tak boleh sukat, tapi hasilnya confirm osem.

Gitupun, kita boleh belajar dari dapatan kajian ini. Paling terkesan sekali adalah bahagian ini: "Take the idea of using the arts as a tool for regenerating rundown inner-city areas. This has led to huge and often impressive capital projects. But the results of plonking a swanky new arts centre into a poor area aren’t always entirely beneficial. As the report points out: “The regeneration of places is usually accompanied by gentrification… and the exclusion of communities who live there [as they] are forced out by rising property prices.” In short, the people who were supposed to benefit from inner-city cultural investment can no longer afford to live near the arts centres that were built for them."

Petikan di atas tempiasnya rasa amat dekat dgn kota bersejarah di tanah tumpah kuah nasi kandaq, rasa je la. Selain 'gentrification' ada tak istilah 'hipsterification'? Tanya je la.

Tapi kalau banyak tanya, nanti kena tanggung akibatnya, seperti yg tertulis dalam esei tu, "From being a daring idea of a few marginalised “community artists” back in the Seventies, the notion that art has social benefits and should be taken out into the world is a received wisdom – which you question at your peril."

Kesimpulannya, buat projek kecil-kecilan fardhu kifayah tanggung sendiri, tulus ikhlas kongsi bahan yg takda sebarang bidaah seni ngada2, cari audien sasaran sendiri dan lokasi sendiri tanpa mengemis utk tampal logo penuh poster (atau isi borang dgn 'expected outcome'), tanpa perlu bertenggek pd isu-isu panas utk naikkan indeks 'visibility', tolong sesiapa yg patut ikut kemampuan, utk alami sesuatu pengalaman tanpa perlu disuku-sukat-sakat, lagi afdal dan bahagia. Dalam realiti kini, ini satu perjuangan yang walaupun getir, tapi boleh jadikan kita bahagiawan.




Sunday, 14 August 2016

AL-KESAH

Hari tu aku terperangkap dgn kelip2 yg 'Ada Aku Kesah'.

Nasib baik, syukur, ada byk kelip2 yg 'Ambil Kesah'.

Saturday, 13 August 2016

DARI PEMETAAN VIDEO KE TAUKE BURGER YG BERJAYA

Lebih kurang 7 tahun dulu (2009/10) brader ni antara makhluk awal di Malaysia yg buat indoor projection video mapping (utk ruang pameran di MGTF USM), lepas tu dia buat outdoor projection video mapping utk projek tahun akhir di UNIMAS, antara yg terawal juga di Msia. 

Sekarang, bila projection video mapping sudah sering digunakan utk mcm2 acara termasuk Sukma dan OlimpikRio, dia dah jadi tauke burger yg hebat. 




Video mapping di Muzium & Galeri Tuanku Fauziah USM,
2009.














Projek tahun akhir utk ijazah sarjana muda: Pemetaan video di dinding bangunan kampus UNIMAS









Projek pemetaan video sebagai sebahagian dari penyelidikan tesis sarjana. Tesisnya tertumpu kpd meninjau keberkesanan pemetaan video sebagai medium utk membawa naratif warisan binaan kepada masyarakat umum. 









http://hasnulsaidon.blogspot.my/2011/04/closer-to-heart-than-any-biennale.html?m=1

INTER-TEKS 'ADA AKU KESAH'.

"Al-Kesah" 1988 cetakan dot matrix kolaj digital oleh Ismail Zain. 

Keluarga Ewing dgn kekayaan limpahan minyaknya di Dallas, bergambar depan rumah kampung di Melaka.

"Yg ingin ambil Kesah" (ada juga segelintir yg "Ada aku Kesah!"), 2016.

Keluarga simposium 'Membaca Ismail Zain' bergambar di depan skrin dlm bangunan Petronas yg terbina atas limpahan minyaknya. 


Wednesday, 10 August 2016

SEMPURNA


Takda siapa yg sempurna. 
Oleh itu, kalau nak alami kesempurnaan, cubalah dulu jadi 'takda siapa'. 

Nobody is perfect. 
So, if one wants to experience perfection, try to b 'nobody' first.

Monday, 8 August 2016

YG MEN'CORAK'KAN HIDUP


'Corak' digunakan dlm byk bentuk kesenian tradisi merata dunia, termasuklah tradisi visual Islam. Dlm byk keadaan, prinsip fraktal digunakan utk membentuk susunan corak yg infinit (takda mula takda akhir). Ada segelintir sarjana-durjana-wacana yg cuba merendahkan martabatnya dgn gelaran 'tradisi kuno' (bahasa kasarnya, bodo atau tak cerdik, tak saintifik). Ada yg sambil lewa menyebutnya sebagai 'sekadar corak je', atau 'bukan high art', dan 'tak kontemporari'. Ada yg menstereotaipkannya sebagai 'keje dan kesukaan org pompuan'. 

Ce tanya orang tua yg ni.

Sunday, 7 August 2016

LOSERS

Those who invest most of their time by looking and exposing the weaknesses of their enemies (instead of their own) will only do their enemies a favour. They give their enemies opportunity to correct and better themselves. 

Dont entertain such losers.

TIADA KAITAN DGN HUBUNGAN JENIS

Jenis org yg masanya byk dihabiskan dgn mencari, menunding dan membongkar salah org lain (yg dicop sebagai musuh hakiki) tak akan dapat memperbaiki diri sendiri. Salah yg sama yg dia buat, atau kroni2 dia buat, akan disapu diam2 masuk bawah karpet, buat donno. 

Jenis mcm ni, dan kroni2 mrk, tak layak dipilih sebagai pemimpin kerana mereka tidak akan memperbaiki kelemahan diri atau kumpulan utk berubah atau membawa apa2 perubahan ke arah kebaikan . 

Apa yg mereka berjaya ubah bukanlah diri sendiri dan kumpulan, tetapi musuh mereka. Mereka hanya akan membantu musuh mereka mengenal-pasti kelemahan dan kekurangan yg boleh diperbaiki dan diatasi. Musuh mereka yg akan berubah menjadi lebih baik, tapi mereka tetap mcm tu tak ke mana2. Malah, mereka mungkin akhirnya membuat segala kesalahan yg mereka tunding secara obses pd musuh mereka kerana tak pernah merenung kekurangan diri sendiri. 

Kesimpulannya, toksah lah layan jenis org yg masa dan kerjanya mencari, menunding dan membongkar salah org lain. Layanlah jenis org yg sentiasa mencari jln memperbaiki diri sendiri dulu. Tapi biasalah, jenis ni sekarang susah nak cari terutama dlm dunia politik.

2 JENIS

Jenis pertama: Yg lebih menonjol selalunya adalah yg rajin buat bising tentang sesuatu masalah atau isu. Mereka selalunya diangkat sebagai hero, walaupun ramai yg tak pernah pun berusaha menyelesaikan isu yg diriuhkan. Jika isu tersebut berjaya dirungkai, mereka selalunya dapat kredit.

Jenis yg kedua: Yg kurang menonjol selalunya adalah mereka yg istiqamah secara diam2 dlm menyelesaikan sesuatu isu. Apabila isu tersebut timbul, mereka selalunya kena hentam. Tapi apabila isu tersebut dirungkai, mereka selalunya tidak diberi kredit. 

Yg makin bertambah adalah jenis yg 1. 

Patutlah byk perkara yg 'pi mai pi mai masih tang tu juga'.  

Wednesday, 3 August 2016

NOBODY IS PERFECT

Mcm mana nak menegur dan mengkritik org lain menerusi karya kalau diri sendiri pun tak boleh terima teguran dan kritikan. Mcm tu ke 'seniman' atau 'bukan seniman'? 

Rilekle....gua pun bukan 'perfect', 'nobody is'. 

Oleh itu, kalau nak 'perfect', 'try' jadi 'nobody' dulu.

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...