Monday 30 May 2016

SUTUNG UMAR

IMBAS
Enam belas tahun dulu, usia saya 35. Zaman panas. Angin. Byk hal yg tak puas hati. Ada je yg tak betul di sekeliling, nampak je yg dirasakan tak betul tu. Org lain semua salah je. Segala hal nak dibetulkan (kecuali diri sendiri! Hahahhh....biasa la, zaman melawan). 

Sepanjang tercampak ke Sarawak ketika itu, saya 'serah jiwa raga' melayan idealisma dan 'mengejar mimpi yg tak pasti'. Waktu tu saya rajin menulis. Nafsu laju. Jiwa batu, kata-kata keras kematu. 

Namun, jiwa muda masih tercari-cari pentas utk lebarkan suara hati dan fikir. Kalau tulis utk katalog pameran dan buku seni visual je, kalau duduk terkepung dlm kampus je tunjuk hero depan anak-anak murid, tak ke mana. Hanya terhad dikalangan kelompok seni visual yg kecil dan mereka yg sebau sekentut dengannya saja. Tak 'brutal' la. Saya nak satu Malaysia jadi pentas tulisan saya. 

"Seluruh Malaysia kena baca apa yg aku tulis ni!" 

Fuuuh, nafsu besor. 


YG DITEMUKAN
Allah Maha Besar, menemukan saya tanpa rancang, tanpa duga, tanpa agenda, tanpa promoter dan penaja politik, dgn seorang insan yg sudi memanjangkan hajat saya. Itulah jodoh. 

Saya syak, dia ni cukup faham 'kepala angin' saya, walaupun dia tak cakap banyak. Waktu tu dia di akhbar Berita Harian, ntah lupa dah apa pangkat rasmi dia - Ketua Editor kot. Saya cuma tahu dia memang terkenal dlm dunia penulisan dan sastera. Saya tak anggap diri saya org sastera. Saya tak belajar sastera dan penulisan secara formal. Saya segan. 


YG LAYAN 'ANGIN' SAYA
Saya pos artikel pendek kepada dia. Mula-mula saya hantar satu artikel sebagai respon kpd artikel Hir Haneef tentang Amron (otai dan guru saya) yg diterbitkan dlm Berita Harian. Waktu tu,  saya cuma nak 'promo' Amron dan 'test power' je. 

Artikel diterbitkan. Tak banyak disunting oleh editornya yg tahu layan cara saya menulis. Lepas tu saya dapat cek, lebih kurang dlm RM120 mcm tu. Saya tunjuk artikel yg tersebut pada Bonda dan Ayahanda saya. Ayahanda diam je, Bonda pesan,

"Sebelum tulis, baca bismillah dan salawat dulu, jgn tulis ikut nafsu setan. Tulis lembut2, jgn buat org marah."

Saya hantar lagi artikel utk dilayan oleh tuan editor yg amat memahami angin saya. Diterbitkan lagi. Dapat lagi cek. Saya jadi 'high'. Tulisan saya boleh dibaca oleh seluruh rakyat Malaysia! Hajat tercapai. 

Walaupun dari segi akademik nilai KPInya rendah, saya lebih suka dan bangga bila artikel saya terbit dlm akhbar, dibanding terbit dlm jurnal berwasit (Reviewed Journal). Saya bermonolog, "artikel aku utk akhbar disunting oleh otai besar pe! Dan dibaca oleh lebih ramai org, bukan puak bidang aku je!"

Besarnya hati, hahahhhh. Org muda. 



YG LAYAN SAYA KE LAUT
Setelah beberapa artikel terbit, saya jadi lebih yakin dan tentunya gian. Saya nak 'test power' lagi. Kali ni artikel saya emo panjang berjela. Selalunya artikel panjang 'confirm' akan di'reject'. Mana ada editor nak layan? Mana ada suratkhabar arus perdana terbit artikel seni budaya yg berat-berat, apatah lagi yg panjang berjela, rugi la ruang iklan. Setahu saya, waktu tu, memang jarang akhbar arus perdana layan artikel seni budaya berat fikir yg panjang melalut ke laut. 

Saya cuba juga, bedal je, mana tau, nasib baik kot. Lagipun 'brader' tuan editor tu macam 'cool' je. Kalau tak diterima pun, 'no' hal. Kalau diterima, canteeeek, Alhamdulillah. 

Saya hantar. 

Diterbitkan. Nah engkau, penuh satu muka besar suratkhabar format zaman dulu yg besar mendepa tu. Dua siri, dua hari. Lagi sekali saya terbang tinggi sambil bermonolog:

"Fuyoooo, biasanya hanya artikel otai2 hebat je yg penuh semuka, bukan 'cikai' macam aku. Fuuuhhhh."  

"Wa tabik lu la tuan editor. Wa caya sama lu. Lu the best. Makaseeeh. Wa nak terbang jap!"



YG JAUH
Selepas beberapa artikel saya diterbitkan dlm akhbar Berita Harian, tuan editor yg faham angin saya ni berpindah kerja. Lupa pula ke mana. 

Jarang lagi terpapar artikel-artikel panjang mendalam tentang seni dan budaya dlm akhbar yg sama. Format pun berubah. Angin lain. 

Saya pula berhijrah dari Kuching ke Kuala Lumpur dan tidak lagi menghantar artikel ke tuan editor di Berita Harian. Saya pun dah penat marah-marah. 

Saya jarang jumpa tuan editor tu, cuma sesekali je bila ke Bangunan PENA utk tengok ukiran arca kayu dia. Dasyat editor ni, dari menulis ke mengukir, dalam usia remaja lanjut. Tabik spring lagi sekali!


PENGHORMATAN
Episod pendek dimana 'angin menulis' saya dilayan secara tekun oleh seorang editor utk terbitan akhbar arus perdana adalah antara bekal hati yg amat berbekas. Ia sangat bernilai buat saya, terutama dlm membina profil penulisan saya yg tak seberapa. 

Saya hanya dengar khabar tuan editor ni dari jauh, menerusi media sosial. Tak berjumpa dah, tambah pula saya dah tercampak ke tanah tumpah kari kapla ikan (Pulau Pinang). Nampak dia makin berusia, uzur tapi tetap 'hensem' dan aktif. Kalau jumpa, boleh ucap tkasih lagi sekali. 

Dia ialah Sutung Umar. 

Semalam dia meninggal dunia. 


Al-Fatihah. 








No comments:

Post a Comment

BALADA MENARA CONDONG & WIRAWATI YG DIPINGGIR LUPA.

BALADA MENARA CONDONG & WIRAWATI YG DIPINGGIR LUPA. Tentang tapak niaga wanita cekal, 'tanah' asal tumpah darah, rumah, pulang k...