Wednesday, 13 April 2016

SURAT CINTA

Ilmu tauhid feqah tasawuf sebagai pembangunan ROHANI manakala ilmu lain2 Sains, Teknologi, Ekonomi, Syosial, Kedoktoran dan sebagainya yang mesti berasaskan Islam adalah sebagai Pembangunan JASMANI atau Fizikal. Oleh yang demikian, ayahanda harap apabila anakanda Berjaya dengan pelajaran sekarang ini, balek kembali ke Negara, hadapilah pula pelajaran Ugama, mana2 doa harian yang perlu, ayat2 lazim (surah dalam sembahyang), wirid selepas sembahyang – pelajaran tasauf mestilah juga dituntut disamping beramal. Inilah sahaja satu2nya pesan bapak dan inilah dia KEBUN/LADANG yang mungkin bapak emak akan terima Insyaallah di akhirat kelak. Kalau Lon, Nan, Dud, Yong bagi wang pada emak terima kaseh Al-hamdulillah – ini merupakan pertolongan untuk fizikal sahaja, Tapi rohani adalah bantuan yang datang dari anak yang berupa doa – zikir, tahlil, bacaan Quran itulah yang benar2 ABADI. Rasulullah bersabda apabila mati anak Adam putuslah segala amalannya melainkan tiga perkara iaitu Sadaqah jariahnya (amal soleh), kedua ilmu yang manfaat dan anak yang soleh (anak yang mendoakan ibu-bapak.)


No comments:

Post a Comment

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...