Pada zaman dahulu, seorang bapak akan menulis surat di atas kertas kepada anaknya yg jauh, terutama kalau anaknya tu prasan terrer, banyak congak, kurang ajor & tak makan saman. Walaupun jauh dan lambat, kesannya dekat dan lekat. Alhamdulillah, jahat mcm mana pun anak tu, tak lah jadi mcm Kylo Ren.
(Gambar di bawah adalah kolaj surat asal dgn foto2 lama yg dibawa bersama semasa di perantauan utk mengingatkan tanah tumpah kuah tempoyak. Ada tangan Delly Adeela yg baby lagi)
"Emak Bapak sentiasa berdoa semoga anakanda Berjaya akan tetapi anakanda sendiri pun jangan lupa berdoa kepada Allah kerana Allah menyuruh hambanya berdoa disamping menjalankan usaha ikhtiar – dimana usaha dan ikhtiar itu bukan tetap memberi jaminan hanyalah Allah semata yang menentukannya. Sebaliknya kalau hanya doa semata – Allah tidak suka – inilah pegangan kita mengikut Ahli2 yang mengikut jalan Nabi para sahabat yang ramai yg dikata ahlis-sunahwaljama’ah.
Pegangan ini penting – tapi jangan silap. Banyak orang mirip kepada JABARIAH dalam arti kata SEMUA KUASA ALLAH – KALAU JADI KAYA – KAYALAH – KALAU MISKIN – MISKIN LAH – itulah silap. Yang betul, menentukan miskin kaya – Berjaya mundur – senang susah dsbnya adalah Allah, tapi bagi kita mesti menjalankan usaha ikhtiar bersungguh2 disamping bertawakkal. Inilah caranya yang betul. Sebagaimana Sabda Nabi s.a.w. “BERTAWAKKALLAH SEBAGAIMANA BURONG TERBANG PAGI2 DENGAN PERUT KOSONG DAN KEMBALI KE SARANGNYA WAKTU PETANG DGN PERUT YANG KENYANG. Jadinya untuk amalan kita BERDOA (jabariah) dan BERUSAHA (kadariah) hasil atau tidak – berjaya atau gagal – senang atau susah dlh ketetapan – campurkan kedua2 itu jabariah dan kadariah – jadilah ahli sunnah wal-jamaah. Andainya Berjaya, dari Allah – kita bersyukur (dapat pahala) terus berusaha. Gagal adalah dari Allah (BERSABAR) terus berusaha lagi (lagi tambah pahala)_ - jangan putus Asa. Inilah kelebihan orang yang beriman – orang Islam tak mengenal putus Asa – Dalam Quran. Surah Az-Zumar – rasanya ayat 45 (bapak lupa) artinya katakanlah wahai hambaku yang melampaui (batas) cita2 diri mereka (ya’ni banyak melanggar perentah Allah) jangan putus asa dpd rahmat Allah – Sesungguhnya Allah mengampun dosa sekeliannya = sesungguhnya dia pengampun lagi penyayang – selepas itu KEMBALILAH kepada Tuhan kamu (yakni) bertaubat."
No comments:
Post a Comment