Thursday 12 November 2015

MIMPI JADI NYATA



Utk yg pendek kesabaran, catatan ini agak panjang. 

IMPIAN JADI NYATA (DREAM COMES THROUGH)

Tiga tahun lepas saya ke Selat Bagan Nyiur, Langkawi. Saya teringatkan mak dan bapak saya, kerana habitat dan suasananya amat selari dengan jiwa kampung mereka. Saya boleh bayangkan mereka bertukar jadi 'superman' dan 'wonder woman' dlm habitat sebegini, menjadi muda semula. Apatah lagi jika mereka dikelilingi pelbagai jenis tumbuhan bunga dan herba, pokok2, pohon2 nyiur melambai, bukit2, sambil mengadap matahari naik selepas solat subuh, dgn lukisan langit pagi yg indah, diserikan pertunjukan kerbau2 berkubang, ayam2 dan itik2 bebas bergerak, burung2 termasuk helang merah yg gagah hinggap, angin laut bertiup, makanan laut yg segar dan lazat......syurga, ya, syurga utk mereka. Saya boleh dengar Al-Fatihah dan ayat2 lazim bapak, wirid dia 'Ya Fattah, Ya Fattah, Ya Fattah' sambil mak mengaji dengan suara dan taranum unik, bergema dibawa deru Selat Bagan Nyiur. (Ada rakan pelukis tulis pd saya, langit senja warna2 ni 'cliche la', romantika kampung yg basi. Ye ke? Takpa lah dia pelukis tersohor antarabangsa. Perlu melukis gambaran yg pelik2 kot).

Impian utk bawa mak dan bapak ke sini tertanam sgt kuat. Saya ingin alami sendiri rasa jernih bila melihat mereka bersinergi dgn alam yg menjadikan mereka superhero saya. Saya boleh bayangkan keriangan mereka. 

Tapi Allah Maha Berkuasa. Superman saya, Bapak, meninggal tahun lepas. Kali terakhir mengadap jasad bapak, mak cakap pd bapak, "tunggu saya di pintu syurga ya," sambil cium dan usap dahi bapak. Walaupun selalu dengar ayat cliche mcm ni dlm drama dan filem melayu, waktu tu suara mak masuk tembus ego seniman saya yg tebal. 

Kedegilan impian saya utk tetap membawa mak (walaupun tanpa bapak) ke 'syurga' di bumi Selat ini, Alhamdulillah, disambut dgn ikhsan abang saya Zaharuddin (Abang Dud) dan kakak saya Yang Asiah, serta keyakinan kawan2 Pekebun Jiwa Halus, bekas murid saya Khairuddin di Langkawi, sahabat Selat Daud, Kak Normah, Kak Bara dan Abang Rasyid. Mereka menerima tempias Kasih Yg Maha Pengasih, juga berkat aura kasih mak. 

Ya, saya mengaku, tidak mewah dgn wang ringgit. Tapi saya amat bersyukur atas rezki dlm bentuk kasih sayang sejati. Yg ni tak boleh dijual-beli. Syurga tak boleh dibeli dgn haloba. 

Kehidupan di dunia hanyalah mimpi yg dipinjamkan sementara. Oleh itu, jika mimpi itu datang dan hadir, ciptalah mimpi2 yang indah penuh kasih sayang dalam hati utk semua makhluk seluruh alam, apatah lagi untuk mak dan bapak kita, terutama bila mereka sudah tua. Kepada yg sibuk menghijab diri dgn mengajak org mengejar mimpi benda yg menggelapkan hati manusia, sudahlah dgn mimpi haloba tu. Jika ikhlas dlm berkasih sayang, usaha dgn sungguh2, Allah janji akan balas dgn rezki yg tak disangka2. Jom kita berhijrah, setiap sekarang, demi masa kita semua. Seni dlm apa jua bentuk, boleh menjadi wahana utk hijrah yg indah. Apatah lagi jika ia hadir dlm persekitaran semulajadi dan suasana alamiah bebas toksik yg menyihatkan yg batin dan yg zahir.

Salam kasih tak bertepi buat semua yg sanggup menghulur sokongan kepada saya sekeluarga Pekebun Jiwa Halus (termasuk yg berjanji2) utk bersama mencipta mimpi indah buat H3RO kita, sambil membuat impian saya utk mak saya sejak 3 tahun lepas jadi nyata. 

Walaupun jasad dia takda bersama mak di Selat Bagan Nyiur, saya amat terasa superman ada bersama. 

Al-Fatihah buat H3RO.

No comments:

Post a Comment

DENAI PULIH

Tidak semua tentang rawatan, pemulihan dan penyembuhan itu bergantung pd sains perubatan semata-mata, atau ilmu yg bersifat empirikal sj. Ia...