Friday, 7 August 2015

SENI TANPA PENAJA?

Diperakui, segalanya saling berkait, saling bergantung, bertaut dlm ikatan yg sebenarnya multi-dimensi. Begitu juga dgn aktiviti seni dgn dimensi ekonomi, sosial dan politik. Perlu bersinergi dlm imbangan yg lestari. 

Namun, apa yg berlaku jika tiada imbangan, tiada sinergi yg lestari?

Kegiatan seni yg terlampau sgt bergantung pada derma, sumbangan dana, tajaan, sokongan, dokongan, bantuan dan kerjasama dari individu kaya-raya mahupun institusi (gomen dan swasta), mudah dihakis oleh agenda dan kepentingan yg bertindih.  Agak sukar utk mengimani projek-projek seni yg sebegini, terutama yg sering disendat dan disenak logo2 korporat yg byk. Kebergantungan melampau begini menjadikan seolah-olah kegiatan seni hanya boleh hidup jika ada logo-logo penaja. Tak perlu cakap besor, yg menulis ini sendiri pernah bergelumang dan berdansa dgn situasi sebegini. 

Situasi sebegini menimbulkan rasa rindu terhadap 'kebebasan berkarya', juga empati sentimental dan tabik spring terhadap mereka yg tekun dgn luahan atau xpresi yg dilabel independen, alternatif, terpinggir, bawah tanah, luar arus perdana (bebas dakyah gomen, swasta-korporat dll). Dlm senyap, kita mencemburui 'kebebasan berkarya' mereka. 

Kini, ironinya, ramai yg dulunya berpayungkan label sedemikian, dah berjaya dilamar, disunting, dinikah & dikahwinkan dgn segala yg arus perdana. Ia dilakukan dlm byk majlis2 elit-mewah lengkap dgn sumbangan dan tajaan dana, derma, kerjasama, sokongan, dokongan dan bantuan dari individu2 borjuis, badan2 kerajaan mahupun bukan kerajaan serta swasta. Tak pasti jadi pasangan sejiwa, atau pasangan simpanan atau gundik atau nyai. Logo2 bersepah menjadi panji2. 

Dlm perkahwinan begini, apakah benih pati atau zat asal luahan seni itu masih pekat, atau sudah tipis dicairkan oleh pelbagai persimpangan bahasa rasa dari pelbagai pihak?  Bahasanya rencam, yg dominan adalah bahasa kuasa & pasaran, ini raja tak bertengkolok. Bahasa sokongan adalah pemakaian bahasa org mengaku pandai (akademik) yg berbunyi ilmiah, akademik dan kewacanaan. Bahasa satu lagi adalah bahasa politik, transformasi dan mobiliti komuniti dlm masyarakat. Yg menulis ni sendiri dah jenuh menari dgn bahasa2 ini. 

Adakah masih wujud kebebasan berkarya yg dirindui itu? Atau ia sekadar mitos idealime basi? Atau kebebasan itu sebenarnya penjara penjajahan nafsu hitam dan ego yg tak terkawal? Adakah segala yg seni tu dah jadi sekadar candu, kuda tunggangan, penyeri atau 'talking points' saja. Hipotesis yg menyusul seakan menyindir kita yg menghargai label2 'independen, alternatif, pinggiran, luar arus perdana' sebelum ini. Ia seakan mengiyakan bahawa dlm paradigma kuantum yg saling bertaut, tiada yg boleh selamat dari disampuk badi pasaran.

Dalam perkahwinan sebegini, mereka yg dulunya terpinggir kini dah di tengah, siap di letak atas padestal tinggi.

Yg terlahir dari perkahwinan mewah ini hadir dlm pelbagai wajah yg sering diraikan. Adakalanya sukar utk mengimani dan melaburkan empati terhadap situasi begini.

Namun, perlu ditekankan, berniaga itu sunnah. Ia kerja yg mulia jika dilakukan dgn betul berpandukan syariat. Dlm berniaga, tiada yg boleh berdiri sendiri, segalanya saling-berkait, saling memerlukan, saling sokong menyokong bantu membantu. Ia fardhu kifayah, bukannya pentas tamak-angkuh. Tambahan pula, memperdagangkan seni bukanlah kerja kotor. Malah ia harus digalak dan dimurnikan. Namun utk memacu seni dalam sinergi yg lestari dgn tuntutan pasaran bukanlah kerja mudah. Itulah cabaran, dugaan dan kekangan dunia org seni, yg perlu diperakui, dihormati, difahami dan didepani dgn cara masing2. 

Hidup harus diteruskan. Semoga kita semua diberi Petunjuk dan Hidayah.

Stay cool, b osem. 

No comments:

Post a Comment

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...