Kita
ialah titik-titik cahaya halus
persis kerlipan bintang
dalam sanad dan galaksi rangkaian
perguruan
saling bertaut
kepelbagaian dimensi alam yang luas
Menjadi
cermin
antara satu sama lain
Memanjangkan
setitis ilmu kurnian
dari lautan infinit
YANG MAHA MENGETAHUI
Membekal
benih
membuka hijab diri
melestarikan amanah
memeluk
SYAHADAH
We
are just tiny dots of light
like glittering stars
in a lineage and web
of learning galaxies
inter-connected
vast multi-universes
Becoming
mirrors
for each other
Extending
a tiny drop of gift
from an infinite ocean
of
THE HIGHEST WISDOM
Providing
seeds
to unveil the Real Self
sustaining a trust
embracing
MAKING ONE
|
Dua guru-guru tegar, Bonda Jamaliah dan Ayahanda Saidon, di Galeri Chandan, 2009. Bonda menjadi tetamu kehormat yang merasmikan pameran solo saya "Antara Garisan". |
|
1987, Bau, Sarawak. Bersama dengan Fauzan Omar dan rakan-rakan. Fauzan, antara guru seni saya yang awal dan paling berpengaruh, terutama sekali dalam menanam asas, kefahaman dan kemahiran bermain dengan bahasa seni rupa, juga keghairahan dalam belajar dan mengajar. Fauzan membawa kami keluar dari terperap dengan pembelajaran dalam studio, untuk mengALAMI manusia, masyarakat dan alam sekeliling dengan lebih langsung dan afdal. |
|
Bersama Fauzan Omar dan rakan-rakan lain di Muzium Sarawak, Kuching, 1987. Duduk di depan sebelah kiri ialah Roskang Jailani, rakan 'junior' di UiTM, seorang pelukis dan guru/pensyarah yang pemergiannya keRahmatullah telah mengetuk dan mencairkan 'hijab' diri. |
|
1987 di Sabah, satu lagi ekspedisi 'alami' Fauzan yang meninggalkan banyak bekal ilmu dalam diri. |
|
1987, berguru di Tasik Chini. |
|
Setelah berguru, saya pula menjadi guru, bersama dengan guru saya Fauzan dan antara pelajar saya di UNIMAS, Tentera Gulang, kini bergelar usahawan cemerlang di Sabah. |
|
Guru dan para pelajarnya, bersama dengan Fauzan Omar dan Niranjan Rajah dengan para pelajar Seni Halus ketika Pameran CIPTA 1999 di Kuching Sarawak. Niranjan ialah rakan bergusti minda dan guru teori kritikal dan kajian budaya saya yang banyak memberi impak. Jasa dia dalam membentuk minda dan pendekatan saya terhadap 'cara berfikir' adalah sangat besar. Selepas dia berpindah dan senyap di Kanada, saya terasa amat kehilangan |
|
Rakan-rakan juga adalah cermin dan guru yang terbaik. Bersama Fauzan dengan rakan sekuliah ketika di UiTM, Mohd Noor Mahmud (kiri) dan Fauzin Mustaffa (kanan) ketika majlis perlancaran buku himpunan koleksi Aliya & Farouk Khan di Bangsar. |
|
Fauzan dan TC Liew, juga antara pelajar saya di USM. TC kini mengajar di Universiti Malaysia Kelantan. |
|
Fauzan dan saya bergambar dengan Goh Lee Kwang, Hamir Shoib dan Ahmad Fuad dalam studio di USM. Hamir Shoib dan Ahmad Fuad, antara 'junior' yang banyak mengajar saya tentang keperitan menjadi pengkarya sepenuh masa. Semua ahli kumpulan MATAHATI ialah anak didik Fauzan Omar juga. | | |
|
|
Seorang lagi guru seni catan, Chong Kam Kaw, antara pelukis tersohor negara. Gambar ini diambil semasa ekspedisi ke Bako, Sarawak, 1987. Dia ialah 'discipline master' saya yang banyak menanam benih teknik, bahan, kemahiran dan disiplin seni catan. |
|
Bersama dengan sifu semasa perasmian pameran solo Amron Omar "Pertarungan" di Balai Seni Visual Negara, 2012 |
|
Diapit oleh bekas pelajar saya di UNIMAS, Tan Sei Hon (kini Kurator di Balai Seni Visual Negara) dan guru seni cetak saya, Ponirin Amin, ketika penghakiman untuk Terbuka Johor. Ponirin membekalkan saya dengan pemikiran kritis, teori seni dan kerangka konseptual yang masih meninggalkan kesan dalam diri saya. |
|
Bersama guru senilukisan, catan dan guru mengenal diri, Amron Omar. Saya dah tulis panjang lebar tentang dia (dalam buku pameran solo dia "Pertarungan", juga ada dalam blog ni), tak perlu la nak ulang. |
|
1989 ketika menjadi buruh Bangla di depan Centerstage Performing Arts, Bangsar. Rakan 4 Persepsi, Mohd Noor Mahmud, Taufik Abdullah dan Fauzin yang sama-sama belajar keperitan awal memakai gelaran 'seniman' dan menjadi cerminan satu sama lain |
|
Bersama dengan 'Lennon' atau Shukri (kiri sekali), senior yang kreativitinya merupakan antara pencetus minat untuk saya memohon masuk ke Jabatan Seni Halus di UiTM |
|
Bersama Zulkifli Yusoff, interi beliau dan para pelajar latihan industri dari UNIMAS. Ni sorang junior (setahun) yang perkembangannya dari seorang pelajar hingga menjadi anatara gergasi seni rupa di Malaysia, dapat saya jadikan banyak 'pelajaran' yang tak mungkin boleh diperolehi dalam sebarang kitab mahupun buku-buku besar tulisan orang yang selalu mengaku pandai. Perjalanan pengkaryaan dan karier dia boleh buat bekalan ilmu yang banyak mengajar saya. Ramai yang nampak dan hanya teruja dengan 'glamer' dia je, tak ramai yang pernah jadi saksi zaman-zaman awal dia. Zul kini bukan saja pengkarya tersohor, tapi juga seorang 'profesor madya' yang telah melahirkan ramai manusia berguna. |
|
Sorang lagi junior power yang saya hormat dari jauh, Bayu Utomo Radjikin. Memang dia terkenal sebagai pelukis tersohor, tapi seperti juga Zul Yusoff, mungkin tak ramai yang nampak apa yang perlu dia lalui sejak zaman di UiTM dan selepas keluar UiTM. Ada banyak ilmu yang tak tertulis dalam tesis mahupun katalog pameran yang gah. Sekarang ni, selain dari berkarya, tenaga dia banyak diguna untuk mencungkil bakat-bakat baru disamping melastarikan seni rupa Malaysia di peringkat antarabangsa. |
|
Raja Shahriman, dia bukan saja junior, tapi kini jadi rakan berguru berkaitan dengan ilmu-ilmu mengenal diri. Semasa zaman rock di UiTM sekitar lewat 80an, dia pernah jadi partner main gitar untuk majlis perlancaran pameran di Muzium Kuching, Sarawak. Masa tu cakap dia boleh cairkan wanita, tapi kini, cakap dia lebih kearah mencairkan hati keras yang berpaling dari Allah. Tautan batin dengan dia ni, kuat. |
|
Dua lagi junior yang banyak mengajar saya tentang realiti hidup sebagai pengkarya sepenuh masa, Ahmad Shukri dan Masnoor Ramli |
|
Dua orang guru saya semasa berkelana di Centerstage Performing Arts, Bangsar sekitar lewat 1980an, Normah Nordin (atas) dan Najib Nor (bawah, duduk di kiri). Gamabr-gambar ini dipetik semasa mereka menghadiri majlis perasmian pameran solo saya di Galeri Chandan, Kuala Lumpur, 2009. Normah guru yang banyak menanam ilmu teater, juga melimpah kepada ilmu tentang psikologi serta sikap manusia. Najib guru sinografi dan fesyen. Kak Normah di atas kelihatan bersama Suhaimi Tohid, bekas pelajar saya di UITM yang terawal, yang kini dah jadi Ketua Jabatan Seni Halus dan pensyarah di sana, selain seorang pengkarya yang hebat. |
|
1990/91 bersama dengan Najjar Musawwir di Carbondale Illinoius USA. Dia n bukan je kawan baik, tapi sejarah hidup dia telah menjadi antara bekalan ilmu yang sangat berguna untuk saya. Saya banyak belajar dari sikap, semangat dan tenaga dia. Tautan batin dia pun kuat. |
|
Dua titik bertemu. Bila Najjar datang ziarah pada tahun 2011, saya bawa dia jumpa Izaddin, bekas pelajar saya di UiTM yang kini bergelar pensyarah di UiTM Seri Iskandar, juga seorang pelukis yang hebat |
|
Dua lagi titik bertemu, harmoni dari segi saiz. Najjar dan Anaswandi. Anas, selain dari Johan Marjonid, Zulkifli Che' Harris dan Hasnul (juga), merupakan antara pelajar saya yang paling awal sekitar 1989 semasa saya menjadi pembantu pensyarah sambilan di UiTM. Dia pernah menjadi guru, kini antara pelukis yang disegani, dan mentor kepada beberapa pelukis muda yang baru |
|
Bersama dengan dua orang bekas pelajar semasa saya mengajar di UiTM, Noor Aizan Paiman dan Hamdan Shaarani, yang datang ziarah ke Muzium & Galeri Tuanku Fauziah tempat saya bertapa, membawa bersama para pelajar mereka pula. Saya dah berstatus 'Datuk'. |
|
Menemukan dua titik cahaya, Paiman bersama dengan Najjar. Gema cahayanya mendamaikan saya. |
|
Ni sorang lagi makhluk istimewa yang pernah bergelar pelajar saya semasa saya baru pulang dari USA dan mengajar di UiTM, Nur Hanim Khairuddin. Saya bawa Najjar bertemu dengan dia dan suaminya Syed. Tak payah la penat menaip hal dia kini, kerana tak larat menjejak pencapaian dia sebagai pengkarya, kurator dan aktivis seni yang disegani. Saya tumpang bahagia dari jauh. |
|
Najjar dengan Hamidi, sorang lagi bekas anak murid yang kini seorang pelukis yang hebat dan pensyarah di UiTM Sri Iskandar. |
|
6 dari 7 pahlawan samurai saya semasa di UNIMAS. Pelajar dari kumpulan pertama di Jabatan Seni Halus, Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, UNIMAS. Antaranya Helena (kiri sekali), Anuar Ayob (dia sorang je lelaki) dan Ling Siew Woei (kanan sekali) |
|
Anuar (kiri sekali)bersama para pelajar dia, kini Anuar seorang pensyarah dan Ketua Program Seni Visual dan Teknologi di UNIMAS, jawatan yang pernah saya sandang dulu semasa saya menjadi pensyarah dia. |
|
Siew Woei (kanan) kini seorang pensyarah di MMU, yang tak jemu membawa anak-anaknya bertemu saya di Pulau Pinang. Status 'Datuk' lagi! |
|
Helena, kini bergelar pensyarah juga, di MMU |
|
Ni sorang budak genius dan kreatif yang tak serik mendekati saya, Sooshie Sulaiman. Walaupun suka memuliakan saya sebagai guru dia (dan adakalanya menyakitkan hati), dia juga guru dan sumber 'tekstual' saya yang banyak mengajar tentang perkara yang melangkaui batasan tampak. Daya batin dan intuisi dia tajam dan halus. Sooshie kini antara pengkarya seni kontemporari yang berjaya bukan saja di Malaysia malah di luar Negara. Tautan batin dengan dia juga kuat. |
|
Sooshie bawa saya kepada Ibrahim Hussein, yang kemudiannya menjadi mentor tak rasmi saya. Cerita tentang dia saya simpan dalam hati je la. Kita sedekahkan Al-Fatihah. |
|
Sorang lagi mentor istimewa yang hadir lewat, selain dari Ibrahim Hussein dan Redza Piyadasa, Datuk Syed Ahmad Jamal. Sedihlah nak tulis, sedekah Al-Fatihah lagi afdal. |
|
Sahabat dan rakan sparring dalam hal spiritual, Shamsul Bahari. Walaupun lebih senior dan telah menimba banyak pengalaman, dia tak lokek ilmu. Perjalanan hidup dia juga saya jadikan bekalan ilmu yang amat berguna. |
|
Shamsul dengan Bonda. |
|
Engku (Raja Aminullah), Puah Chin Kok dan Nazli Aziz, mereka ni pun sumber ilmu saya. |
|
Najjar dengan Elyas Yamani, pengkarya dan pemikir muda low profile yang saya respek. |
|
Bersama Farouk Khan, kolektor karya saya dan guru brutal yang paling banyak mengajar tentang sepak-teranjang politik dan ekonomi dalam dunia seni rupa Malaysia, dengan cara yang selamba, terus terang, adakalanya pedih, tak bertapis dan direct. |
|
Rakan-rakan para pengkarya seni kontemporari yang sentiasa menjadi bekal ilmu untuk saya |
|
Rakan-rakan di MGTF USM yang banyak mengajar saya bagaimana mengALAMI dan memaknakan gelaran 'ketua' mahupun 'pengarah', merentas batasan KPI. |
Ada terlalu ramai lagi, terutama sekali
Allahyarham ISMAIL ZAIN,
dan lain-lain yang tak mampu dan tak sempat nak disenaraikan.
Marilah kita jadi titik bercahaya
yang membawa diri
dan seluruh kemanusian yang saling berkait dan bertaut
(bukan terpisah atau terasing)
kembali kepada fitrah
bukan titik-titik hitam
yang menghijab kemanusiaan
dalam gelombang amarah
Let each of us become a glowing dot
who journey into the self
with the rest of humanity that is inter-connected and inter-dependent
(not separated or isolated)
to return to his/her own true nature
not some black dots
that veil humanity
in the waves of angst
No comments:
Post a Comment