(Tautan ke Bahagian 14)
http://hasnulsaidon.blogspot.com/2012/05/kearifan-yang-infinit.html?m=0
Marilah kita sama-sama memandu akal di atas jalan yang benar dan lurus, agar dapat membawa kita dalam perjalanan membuka hijab fikir dan rasa, mengenal rahsia kejadian diri, mengenal alam dan mengenal Pencipta. Itulah yang dinamakan jalan keARIFAN.
http://hasnulsaidon.blogspot.com/2012/05/kearifan-yang-infinit.html?m=0
Marilah kita sama-sama memandu akal di atas jalan yang benar dan lurus, agar dapat membawa kita dalam perjalanan membuka hijab fikir dan rasa, mengenal rahsia kejadian diri, mengenal alam dan mengenal Pencipta. Itulah yang dinamakan jalan keARIFAN.
Semoga kita berSATU dalam Cinta dan Kebahagiaan Abadi.
Memang akan ada yang skeptik, yang curiga, yang ragu-ragu, yang tak percaya pada kuasa pemusatan fikiran atau doa. Jangan layan atau dipedulikan langsung.
Ada beza yang jelas antara skeptik saintifik dengan skeptik negatif. Yang negatif ini kita jauhi. Mereka menyebarkan qwiff 'petaka' yang mencetuskan gelombang emosi yang bertoksid atau tidak sihat untuk kemanusiaan. Ini berlambak sekitar kita, terutama pelaung serta penyalak dalam media massa (dan media alternatif, serupa je). Mereka akan menyalak dan melaung segala jenis keburukan dan kebencanaan (kecuali diri mereka sendiri). Lupakan mereka ni.
Helen Keller yang pekak dan buta tapi berjiwa waja pernah berkata,
"Takda sorang pun pesimis yang berjaya menjumpai rahsia-rahsia alam, atau belayar ke tanah yang belum diteroka, atau membuka syurga baru untuk semangat manusia."
Kawan-kawan yang baru-baru ni menyambut hari Wesak mungkin akan mengingatkan,
"Kata-kata memiliki kuasa untuk menghancur atau menyembuh. Apabila kata-kata adalah benar dan baik, ia boleh menukar dunia kita"
Jangan biarkan diri hanyut dalam arus gelombang atau tsunami para penyalak dan pelaung dalam segala jenis media yang mahu mengajak kita memberi tumpuan kepada segala yang menyongsang dari kebahagiaan abadi.
Jangan biarkan 'fikiran' hanyut secara rawak tanpa fokus, melompat dari satu fungsi medan kuantum (qwiff) ke satu qwiff negatif tanpa halu tuju (atau menuju ke jalan kemusnahan). Berhijrahlah dari memberi tumpuan atau fokus terhadap segala yang anti-fitrah, yang membawa kepada kehancuran.
Mari kita berdoa (menghantar qwiff atau signal minda) bersama-sama, beramai-ramai, berulang-ulang dengan istiqamah segala hajat yang membawa kita kembali kepada fitrah dan kebahagiaan abadi.
Sembuhkanlah diri dengan memandu 'fikiran' ke jalan fitrah. Hantarlah signal minda (seru) yang dapat membawa seluruh kemanusiaan kembali ke jalan fitrah.
Setiap signal yang dihantar adalah gelombang kuantum yang akan dipancar ke seluruh alam. Jangan bazirkan dengan menghantar gelombang yang membawa kerosakan.
Anthony Robbins yang hanya saya kenal menerusi buku dan tv pernah berkata,
"Tiada apa pun yang mempunyai kuasa atas saya kecuali apa yang saya izinkan melalui fikiran saya."
No comments:
Post a Comment