Wednesday, 9 May 2012

KENAPA KITA 'ADA'?

Terdapat satu bentuk dan tahap keselarasan yang melibatkan transmisi maklumat secara pantas merentas masa dan ruang. Terdapat apa yang dikatakan keselarasan 'bukan lokal' (tidak terpasung oleh keterbatasan ruang dan masa) yang merentas seluruh alam. 

Alam adalah medan tenaga kuantum. Galaksi kita saja terisi dengan 400 bilion bintang. Terdapat trilion galaksi di seluruh alam. Kesemuanya bertaut dan berkait dalam satu medan kuantum yang juga mempunyai talian langsung atau terus dengan otak kita. 

Seluruh alam adalah sebahagian dari fikiran kita. Besarnya adalah sejauh apa yang boleh kita fikirkan. Alam yang dapat dicerap berusia lebih kurang 14 hingga 15 bilion tahun. 

Bagaimana alam yang dapat dicerap ini menjadi sebahagian dari alam yang lebih luas berkemungkinan besar berpunca dari peristiwa Letupan Besar atau Big Bang. Letupan Besar inilah yang membolehkan kita menjadi saling berkait dengan segala yang terkandung dalam alam. 

Segala yang dapat dicerap dalam alam pada masa kini, pada suatu ketika 14 bilion tahun dahulu, adalah SATU TITIK TUNGGAL dalam ruang dan masa yang teramat sangat kecil dan padat.  

Titik tunggal ini, dipanggil oleh bijak-pandai astronomi sebagai Ketunggalan Letupan Besar (Big Bang Singularity atau BBS). Semasa alam meletus dari ketunggalan dan mengembang, BBS menjadi fungsi medan kuantum (qwiff) sejagat. Ia adalah ketunggalan yang mewakili segalanya dalam alam, termasuk jasad kita, termasuk apa yang kita fikir dan rasa, termasuk segala medan elektromagnet, graviti, masa dan ruang. Ringkasnya, segala yang WUJUD atau ADA.

Semasa qwiff sejagat ini mengembang untuk menjadi alam yang kita ada sekarang, ia menjadi teramat rumit dan kompleks, termasuklah fenomena kejadian manusia atau DIRI KITA (sebagai subset qwiff sejagat ini). Otak kita adalah salah satu dari fenomena kompleks ini, suatu subset dari qwiff sejagat. Manusia dilihat sebagai 'mikrosom' (unit kecil) dalam makrosom (unit besar) alam yang teramat luas.

Oleh itu, MANUSIA ADALAH TANDA-TANDA RAHSIA ALAM.

Pada diri kita ini terkandung rahsia alam dan rahsia kejadian. Sudahkah kita benar-benar berusaha untuk mengenal DIRI KITA SENDIRI, atau lebih sibuk untuk menilai dan menghukum ORANG LAIN? 

Kita adalah sebahagian dari fungsi medan kuantum (qwiff)  ketunggalan letupan besar ini. Begitu juga dengan segala entiti, semuanya adalah subset kepada qwiff sejagat ini, termasuklah yang belum lagi dapat kita cerap secara saintifik. 

Kita ADA dan WUJUD dalam sebuah alam kuantum. Ia adalah alam yang saling berkait dari asal awal wujud hingga kini, luar dan dalam, zahir dan batin. Segalanya dalam alam adalah sebahagian dari sesuatu yang lebih besar dan luas. Segalanya berkait dan bertaut, bukan terpisah. Segalanya berkait secara kuantum dengan otak kita. Fikiran dan perasaan kita adalah subset dari qwiff sejagat ini. Segala yang kita fikir dan rasa, menjadi sebahagian yang saling berkait dalam alam ini.

Apa yang kita fikir dan rasa menjadi 'realiti mimpi benda' ALAMi kita.

Apakah yang selalunya kita fikir dan rasa?

Kedamaian? Permusuhan?

Soal yang lebih penting, kenapa kita dan seluruh alam yang saling berkait ini WUJUD dan ADA?

No comments:

Post a Comment

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...