Saturday 8 October 2011

OOPPSS! UPSI

Khamis lepas saya ke UPSI (Universiti Pendidikan Sultan Idris) di Tanjong Malim untuk memberikan syarahan dan persembahan. Syarahan dan persembahan tersebut merupakan sebahagian dari siri Syarahan Dekan (Dean's Lecture Series) yang diusahakan oleh Jabatan Multimedia, Fakulti Seni, Komputeran dan Teknologi UPSI.

Ini semua angkara rakan lama saya Zulkifli Yusof. Sejak beberapa bulan yang lepas, dia sibuk mengusahakan agar saya bertandang ke UPSI. Dulu (2005 agaknya) saya pernah jemput dia ke USM untuk buka rasmi pameran Paiman. Sejak tu, tak lekang mulutnya nak ajak saya ke UPSI. 

Kalau Zulkifli Yusoff pun sibuk nak jemput dan bawa saya ke UPSI, kenalah hormat. Memanglah dia terkenal sebagai seorang perupa yang disegani (bukan saja di Malaysia, malah antarabangsa). Tapi bagi saya, Zul ni lebih dari itu, dia kawan lama (dah tahu perangai dia, yang baik dan yang buruk. Tapi saya ambil dan layan yang baik dan hebat yang Allah kurnia pada dia saja). Kawan jemput, kena layan. Terakhir saya ke sana, bentang kertas-kerja di UPSI semasa Persidangan Persatuan Pendidikan Seni Visual.

Saya ziarah ke Tanjong Malim naik van MGTF. Sepanjang jalan, saya tasbihkan syukur, langit Malaysia masih cekal birunya, dan awan masih suci putihnya. Bukit pun masih segar hijaunya (walaupun ada yang dah gondol). Ini semua penangan perbandingan dengan jerebu kelabu semasa menyedut karbon monoksida di daerah sendat Wan Chai, kotaraya Hong Kong. Hong Kong lombong $$$$$$ untuk saya pukat buat bekal hajat dan panjangkan amanat bonda. Malaysia lombong apa pulak ya?  

Di UPSI, ada ramai kenalan lama selain Zul. Ada Roskang, teman 'jamming' blues jawa masa muda remaja. Juga Dr. Suhaimi (yang muka dia sebijik muka abang sulung saya Zainal), ada Hassan, ada Halim, ada Syed dan terbaru, Dr. Z dan Dr. Najib (sekarang Dato' Prof) pun baru berhijrah ke sana. Abang saya Zaharul, dah lama bertapa di UPSI dan Tanjong Malim bersama Kak Edah dan anak-anak yang masih belajar (Zamier dan Fifi). 

Sejurus sampai hari Khamis, saya dan team MGTF lepak dulu di kolej. Zul serahkan kunci. Dia sibuk maklumkan dah jemput NC, TNC dan ramai lagi. Bukan senang nak isi Panggung Budaya yang besar tu! Jangan risau Zul, saya dah biasa bagi 'lecture' depan 5 orang je. Yang penting kualiti ilmu dan keberkatannya, bukan kuantiti. Zaman sekarang ni pun, siapa minat nak datang dengor orang bercakap berjam-jam.

Jam 8.30 dia datang lagi ajak makan malam di rumah. Isteri Zul seperti biasa, masak 3 macam hidangan yang sedap. Terima kasih. Saya kenal mereka ni sejak mereka bercinta semasa di UiTM dulu. Zul ke hulu ke hilir dengan 'buah hati' ni (sekarang isteri dia). Hati saya sejuk tengok mereka berdua. 

Lepas tu, Syed datang untuk sembang. Syed juga kenalan lama di UiTM dulu. Hijrah dia lagi meriah, pernah ke MMU (sebagai antara pembuka denai awal Fakulti Multimedia Kreatif di sana), ke New Zealand, ke TV3....kira 'migrant professional' la. Dengan pengalaman begitu luas dan kaya, pelik juga takda title PM(Profesor Madya) depan nama dia. Itu namanya rezeki, Allah bagi ikut cara lain kot. Sabor jela Syed ya. Syed esoknya ditugaskan sebagai MC, jadi kenala bersembang sikit (dengan seorang lagi pensyarah muda, alah...lupa pulak namanya).

Lepas makan lebih kurang jam 9.30 malam, kami terus ke Panggung Budaya UPSI untuk pemasangan. Seperti biasa, team MGTF yang profesional (Sham, Husni, Izrul dan Adi) terus bergerak dengan pantas dibantu oleh pegawai penerbitan di sana, Zul (juga namanya). Team MGTF tak perlu banyak arahan sebab kerja pemasangan ni dah jadi nafas mereka. Zul Pegawai Penerbitan di Panggung Budaya UPSI dan team dia pun sama cekap dan senyap (ciri orang buat kerja dengan bagus). Jam 12.00 semua siap.


Terima kasih Zul, pinjamkan saya tanah pentas sebesar ini untuk berkebun bunyi
Ujian suara kebun bunyi, Ramlan Jantan 'berlian' UPSI perhati berisi dalam diam
Zul (Pegawai Penerbitan Panggung Budaya UPSI) dan krewnya, wa caya lu.
Jumpa Ramlan Jantan, pensyarah muda yang saya umpamakan sebagai 'berlian dalam batu'. Fikir dia tajam, dengan latar dan didikan yang sudah jauh (cutting edge) bangunnya (dari mimpi benda). Ilmu saya pun bertambah, itupun baru sembang-sembang ayam je. Susah nak dapat tenaga macam ni. UPSI belum sempat canai dia betul-betul (atau, tak canai langsung kot). Ni pun satu lagi kes pelik, selain dari Syed. Takpa, dia anak 'Jantan', boleh hidup mana-mana pun.  

Sambil menunggu pemasangan selesai, saya buka kebun bunyi, sambil hiburkan Syed dengan 'oldies'. 
 
"Wonderful Tonight"
Siap ada spot lagi. Wa prasan wa penyanyi, walaupun hakikatnya wa hanya pekebun bunyi.
Husni sedang test instrumen
Zulkifli Yusoff (dua dari kanan) yang sentiasa laju hingga kamera pun tak dapat menangkapnya
Sedang menanam 'budi'.
"Pi balik, rehat dan tidoq dulu"
Lepas pemasangan, tak boleh tidur sebab kena sediakan bahan untuk esok. Pukul 4 pagi baru lelap. Itupun saya tengok sambil lalu sebab dah semput dan lelah. Lagipun baru balik dari kejutan dollar Hong Kong, penat tak hilang lagi. Tapi apa nak buat, ni dah tanggungjawab dan amanat. Orang dah jemput, kenalah balas dengan yang terbaik. Lepas tu 'submit' (serah) pada Allah, gerakkan segala yang batin dan zahir. Kalau tak, macam mana nak mengaku umat Nabi Muhammad.

Esoknya, semasa sarapan, sempat jumpa Dr. Ahmad Hj. Zainuddin (ni orang lama yang tak makan tua, sama macam Dato' Raja Zahabuddin di UNISEL), Dr. Zam (bos Jabatan Multimedia), Dr. Suhaimi, abang saya Zaharul, Badrolhisham (dari Galeri Petronas) dan Nasio Baharuddin (dari UPM). Lepas tu saya jumpa Roskang.

Bad dan Nasio ni dua orang jejaka sunyi dan gersang. Bukan sunyi dan gersang seks la!. Sunyi dan gersang dari rangsangan-rangsangan akal dan minda intelek (agaknya la, saya main pandai-pandai je teka). Mereka ni berakal tajam yang tak lokek mengasah minda saya (persis guru juga). Bab-bab teori kritikal, kajian budaya dan epistimilogi, kalau nak tahu, tanya dua jejaka ni. Dengan mereka, minda saya yang malas dan nak tidur sering dibangun dan dikejutkan dari 'mimpi benda'. Ada masanya mengejut dan menyakitkan juga (atau pun tak faham), tapi itulah rezeki Allah. Macam ubat, mana ada semuanya nak sedap-sedap je. Saya selalu doakan mereka ni  dilindungi Allah dari segala jenis ketumpulan, baik manusia mahupun situasi. Terima kasihla Bad dan Nasio sanggup datang rai kawan, walaupun anda berdua dah jenuh dengar bahan yang bakal saya bentangkan. Nak balaspun, sekadar bagi buku-buku saya yang tak laku tu je lah. 

Nasio (kiri sekali) dan barisan orang-orang kuat seni di UPSI. Terima kasih la sudi berletih dengar saya berceloteh.

Audien pertama masuk ialah Encik Said Abu (lagi seorang Otai lama di UiTM dulu, kini Pengarah Galeri Shah Alam). Dia tak kenal saya angkara rambut re-bonding. Sebagai orang lebih muda, saya kenalkan diri dan ucap terima kasih tak terhingga pada dia yang sanggup datang dari Shah Alam nak dengar celoteh saya.

Tuan Said Abu
Isteri Zul dikerah bawa bebudak sekolah. Terpaksalah saya tukar skrip, agar pembentangan sesuai untuk semua. Panggung besar, maka audien seramai lebih kurang 200 orang nampak rongak. Pelajar saya dari USM yang dipaksa-rela, sampai lewat (mereka bertolak subuh seawal 5 pagi). Terima kasih tak terhingga, semoga Allah terangkan hati dan memudahkan segala urusan menuntut ilmu kalian semua.

Moga semua dapat suburkan segala benih yang ditanam agar jadi pohon budi yang bawa kebaikan dunia-akhirat

Saya jumpa Khizal yang buat Phd dengan Dr. Fauzi. Saya nampak Arham yang tengah buat Masters, bersama para pelajarnya dari ASWARA. TC Liew datang dengan kereta api (sambil mengendong basikal lipatnya). Liew (anak buah@orang kanan Zul yang kini dinaik-taraf oleh Zul sebagai KSU dia) juga ada. Anni (dari Core Design Gallery) dan Syikin (dan seorang lagi, Sharifah kalau tak silap) juga datang. Terima kasih semua.

Nasib baik NC dan TNC tak datang, kalau tak, saya terpaksa 'control cun' pulak.

Alhamdulillah semua berjalan dengan selamat. Power-point, tayangan video, persembahan lagu, tayangan seni video kubah 180darjah, semua berjalan dengan lancar. Audien pun berhemah. Bebudak sekolah biasalah, bila tiba bahagian saya bercakap, ada yang tertidur (untuk menunjukkan pada saya betapa bosannya mereka, dan tiba masanya saya tukar skrip). 

Syed the MC
Sedang berkebun kata
Berlatarkan set kebun bunyi dan kebun rupa (kubah)
"Hijab Seorang Pelukis"
"Berhijrahlah sayang, demi masa mu". Deretan buku MGTF di sebelah kanan.

Saya sempat buat sessi soal-jawab dan kuliah dengan para pelajar saya lepas Jumaat. Sesi kebun bunyi pun tak kurang seronoknya.


3 skrin gergasi, cayalah UPSI!
"Jemput masuk ke alam lain dalam kubah"
Adik-adik sekolah mencuba pengalaman menonton seni video 180darjah.
Dengan Arham dan anak-anak buahnya dari ASWARA. Terima kasih tak terhingga.
Jual 'kocak'!
Saya berasa amat bersyukur atas rezeki bertandang ke UPSI. Saya berharap benih yang saya tanam selama 2 jam setengah tu dapat bertukar menjadi pokok budi yang mendatangkan faedah dan manfaat zahir dan batin untuk semua makhluk dan seluruh alam. 

Seorang kerani (maafla, lupa tanya nama), serahkan saya sampul surat berisi surat penghargaan dan duit honororium RM500.00. Saya dan team MGTF kongsi seorang RM100. Kami tak mintak, tapi rezeki tak tolak, tak kira sekecil atau sebesar mana. Yang penting, halal. Lagipun, apa yang lebih lestari, mewah dan kekal adalah pelaburan budi. Rezeki budi, saya dan team MGTF telah perolehi dari Zul dan rakan-rakan di UPSI. Doa saya untuk semua di UPSI.

Ada rezeki jumpa lagi.   

 

2 comments:

  1. Seronok baca tulisan En. Hasnul. Ayatnya sempoi dan bersahaja tapi penuh isi n tak lekang di tulisanya ucapan terima kasih. Saya sering mendengar nama En Hasnul di sebut2 oleh barisan rakan-rakan, apabila kami bertemu di pameran, kem atau program yang melibatkan seni. Rasanya mereka adalah antara bekas pelajar En. Hasnul di USM. :)....

    ReplyDelete

DENAI PULIH

Tidak semua tentang rawatan, pemulihan dan penyembuhan itu bergantung pd sains perubatan semata-mata, atau ilmu yg bersifat empirikal sj. Ia...