Wednesday 18 May 2011

GURU, TONGKAT KETIKA REBAH, AIR KETIKA DAHAGA






Ayahanda, Tokoh Guru Hilir Perak 1994


Ayahanda, Tokoh Guru Negeri Perak, 1994-


Kini, dia mungkin dah bongkok sabut, berkedut, kurus-kering dan tak se hensem, sesegak dan segagah dulu. Tapi dia 'Guru' saya dulu, kini dan selamanya.  Ilmu Al-Quran saya memang dari dia. Saya belajar seni 'bersuara' dari dia. Semangat 'menuntut ilmu' dan 'menyebarkan ilmu' juga dari dia. Hal-hal 'perguruan' ini, dia lagenda saya.

Kalau ada masa, singgahlah ke Pameran "Kasihnya Ibu" di Balai Seni Lukis Negara, ada beberapa cebisan surat dia yang saya ungkap sebagai karya. Punyalah dia risau saya sesat melarat di USA (agaknya saya yang paling terlebih 'kreatif' dan 'luar kotak'), saya selalu dikhutbahkan dalam banyak suratnya semasa saya di luar negara.

Cerita tentang dia memanglah tak ada dalam buku, kitab mahupun sebarang muzium. Apatah lagi, setiap masa saya asyik disimbah  berita caci-maki, kutuk-cerca sesama manusia (kalau takpun sebangsa), ataupun puji-puja hero-hero filem, tv, idola pentas, dan sokong-sakat pemimpin politikus-mondok. 

Di celah hiruk-pikuk ini semua, jasa ayahanda semakin hilang dicuri hari.......

Hari tu, saya balik kampung, buat sikit 'interview' tak formal tentang sejarah hidup ayahanda dan bonda (ni memang kerja saya sejak kecil). Selalunya, saya asyik menemu-tak-diduga ramai pelukis tersohor, kali ni biarlah saya kembali pada kisah ayahanda pula. Dekat sejam lebih, terbongkok-bongkok ayahanda sibuk cari dokumen-dokumen lama dalam almari yang berserabut. Orang tua kita, jika kita tahu meraikan perjalanan hidup mereka, memang bersungguh hendak berkongsi rasa. Kalau boleh, janganlah kita buat 'donno' tentang jasa 'guru-guru' hidup kita ni semua.  

Saya catatkan perjalanan ayahanda, itupun sekadar fakta. Isinya terlalu 'kaya' dan tak mampu nak saya usahakan sekarang. Tapi cukuplah kot setakat fakta dulu, buat bekal anak-cucu-cicit agar tidak mudah lupa jasa 'guru'. Manalah tahu, kot-kot memori saya dan yang sedarah-sedaging mahupun sekentot-sebulu pun turut hanyut dikejar KPI dunia. 

Ayahanda......

Pendidikan
Sekolah Melayu Teluk Kepayang, 
Sijil darjah 6 Sekolah Melayu Teluk Bakong, 1957 
Sijil Rendah Pelajaran Malaysia, 
Sijil Quran darjah 5 dan mengaji di Pondok Madrasah Akhlasiyah Teluk Kepayang dan lulus tauliah mengajar tahun 1957.


1948         
Berkahwin dengan Jamaliah Noordin (Bonda)
1947/8       
Dipilih menjadi Ketua Pemuda Perikatan Melayu Perak, cawangan Teluk Kepayang
1950         
Menerima cahaya-mata yang pertama, Puteh Saadiah (Kak Yong)
1952         
Berpindah dari Teluk Kepayang ke Pasir Salak, Perak untuk mengajar di Sekolah Quran

Belajar Al-Quran dan ilmu agama dari 
Habib Shamsuddin Bin Habib Alwi
Haji Abdul Ghani Bin Haji Ibrahim
Haji Abdul Latiff Bin Muhammad


Kronologi sumbangan kemasyarakatan
1953-56     
Menjadi Ahli UMNO cawangan Pasir Salak, Perak 
1954-64 
Setiausaha Persatuan Guru Agama Cawangan Hilir Perak
1955        
Berpindah ke Teluk Anson (sekarang Teluk Intan)untuk mengajar Sekolah Kebangsaan Lelaki
1957        
Membantu isteri berniaga jual kain di rumah
1957-76     
Ahli J/Kuasa Agung Persatuan Guru Agama Perak
1959-77     
Ahli J/Kuasa Badan Kebajikan Islam Hilir Perak
1960-77     
Ahli J/Kuasa Masjid Jamek Teluk Anson, Perak
1961-62     
Penolong S/usaha Kesatuan Guru Agama Malaysia Barat Cawangan Perak 
1963-77    
S/usaha Jemaah Penyusun Kitab Pelajaran Agama Dewasa Negeri Perak
1970        
Mengajar agama di Sek Ren. Jenis Kebangsan Horley Methodist, Teluk Anson, Perak
1963-77     
Dipilih menjadi Naib Ketua UMNO cawangan Jalan Selat, Teluk Anson (Selatan)
1969-75     
Dipilih menjadi Timbalan Pengerusi Tetap UMNO Bahagigan Teluk Anson, Perak
1970-78     
Dipilih menjadi Pengerusi Tetap Pergerakan Wanita dan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Teluk Anson, Perak
1976-78     
Dipilih menjadi Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Teluk Anson, Perak
1973-78     
Ahli J/kuasa Kesatuan Guru Agama Malaysia Barat Cawangan Perak
1974-75     
Pengerusi J/Kuasa Penyusun Buku Panduan Mengajar Agama Sekolah Rendah Perak
1974-76     
Hakim Pertandingan Membaca Quran Peringkat Negeri Perak
1969-77     
Pengerusi Jemaah Hakim Pertandingan Membaca Quran Peringkat Daerah Hilir Perak
1975-77     
Naib Pengerusi Persatuan Peniaga2 Kecil Melayu Cawangan Teluk Anson
1976-97     
Naib Pengerusi Madrasah Rumah Awam Padang Tembak, Teluk Anson
1976-97    
J/Kuasa Syarikat Perumahan Orang-orang Melayu Teluk Anson


3 comments:

  1. Sir, what is the most valuable 'pesanan' from your father?

    ReplyDelete
  2. What if, everyone practice the same way; listen to old folk story-telling, as like my late Ah-kong did all the time. I'm always the only grandson sit beside him and listen to his Japanese Occupation stories, while the rest "curi-curi" away from him. It was such a wonderful time, learning the lesson from the generation before us. ;)

    ReplyDelete
  3. yes,you was told us in your lecture,regarding the letters from your father while u in US.

    "macam dah boleh buat thesis"

    ReplyDelete

DENAI PULIH

Tidak semua tentang rawatan, pemulihan dan penyembuhan itu bergantung pd sains perubatan semata-mata, atau ilmu yg bersifat empirikal sj. Ia...