Monday, 26 March 2012

BUAT BAIK DENGAN IKHLAS

"Ikhlas tu, kalis setan" 
Bonda


Buka TV, internet, suratkhabar, majalah, dll bahan media sekeliling kita, apakah jenis rangsangan yang kita terima setiap hari. Apakah jenis getaran atau frekuensi halus yang dihantar untuk dicerap dan diproses oleh pancaindera dan otak kita setiap detik? Penawar atau racun? Kebencian atau kasih sayang? Peperangan atau kemamanan? Persaudaraan atau pertelingkahan? Penyatuan atau pemisahan? Jangan fokus pada permukaan (sebarang justifikasi, sebab itu hanya melayan ego je), tapi rasa getarnya. Masing-masing boleh jawab sendiri la ya.


Ramai di kalangan kita mengidap pelbagai jenis penyakit pelik-pelik, walau masih muda. Penyakit adalah tanda zahir bagi getaran batin yang tidak stabil (bertahun-tahun tanpa dirawat). Penyakit moden adalah bayangan penyakit jiwa yang dah lama bersarang dalam minda dan rasa. Yang paling ketara adalah kemurungan. Ramai yang dah kena sampuk dengan penyakit ini, walaupun tak mengaku. Ada yang ringan ada yang kronik. Ramai yang berabih duit mencari penawar, moden dan tradisional, doktor dan bomoh. 


Bab bomoh, saya tak cukup arif. Jika moden, doktor beri kaunseling dan ubat. Tak semuanya berkesan sepanjang masa. Ada masanya doktor sendiri pun murung kronik. 


Dari beberapa kitab ubat dan doktor yang pernah saya tanya, fungsi ubat-ubat anti-kemurungan adalah untuk merangsang penghasilan 'serotonin' secara kimia, yang membantu meredakan kemurungan. Serotonin adalah kandungan semulajadi dalam badan kita yang membuat kita merasa selesa, tenang, damai, malah 'kudus'. 


Tapi ada alternatif yang lebih afdal selain dari makan ubat yang telah diwasiatkan oleh Rasulullah s.a.w. dan ramai insan-insan yang menjaga medan batin.


Alternatifnya adalah terapi 'buat baik dengan ikhlas'. Fokuslah kehidupan pada membuat kebaikan dengan ikhlas kerana ikhlas itu pesan Bonda saya, kalis setan.


Terapi 'buat baik dengan ikhlas' terbukti berkesan mengurangkan serangan puaka kemurungan dan sebarang penyakit fizikal yang menyusul bertahun-tahun kemudian. Membuat kebaikan memberi kesan langsung kepada sistem imunisasi atau ketahanan diri. Ia meningkatkan penghasilan serotonin dalam otak. Ini dah dibuktikan dalam banyak kajian.


Membuat kebaikan dengan ikhlas walaupun sekecil mana sekalipun kepada orang lain, terbukti meningkatkan fungsi sistem imunisasi (pertahanan) dan merangsang penghasilan serotonin dalam kedua-dua pembuat dan penerima kebaikan. Malah, orang yang menyaksikan kebaikan juga menerima kesan yang sama.

Cuba renung-kembali apa yang kita pilih untuk fikir dan buat setiap hari, setiap detik - kebaikan yang ikhlas, atau ......sendiri pun tahu la. Lihat keliling kita, tempat kerja, dalam suratkhabar, internet, facebook, tv, radio, filem, panggung wayang, kompleks beli-belah,..... Apa yang orang sekeliling kita buat (yang juga menjadi refleksi kepada apa yang minda kita fokus)?

Buat baik (dengan ikhlas)? 


Ramai yang nampak baik, ramai yang buat baik, tapi ikhlas ke? Ikhlas ni getarannya halus, macam ceraikan seutas rambut jadi tujuh. Ikhlas menuntut pengorbanan. Korbannya ego.


Selamat membuat kebaikan dengan ikhlas. 



Tuesday, 20 March 2012

ZIARAH BANG USOP VOLKSWAGEN, TEMPIAS ZULKIFLI DAHALAN DAN ANAK ALAM.

Bang Usop

















Harta karun bukan hadir dalam bentuk wang-ringgit saja. Ada juga dalam bentuk ilmu dan hikmah. Perjalanan menerusi denai seni rupa boleh menemukan kita dengan hikmah, jika kita mampu singkap tabir hijab atau bayangan 'bintang-bintang', 'nama' dan karier'. Baru-baru ni saya ditemukan Allah dengan harta-karun sebegitu. 

Minggu lepas saya singgah ke rumah dan studio Yusuf Othman atau lebih dikenali sebagai Usop Volkswagen dikalangan kawan-kawan rapatnya, di Bangi. Sebelum tu, Prof. Ismail Abdullah (dulunya pernah mengajar di USM) telefon saya, minta saya jumpa Bang Usop ni. Bunyi pesannya penting.

Prof. Ismail juga memaklumkan saya tentang latar-belakang Bang Usop, antaranya sebagai pekebun awal Anak Alam. Perjalanan seninya sejak tahun 60an bersimpang-siur dan jauh, termasuk pernah terpelanting belajar di USM dan MIA (Malaysian Institute of Art). Dimensi seninya pula pelbagai, meliputi seni rupa, rekabentuk grafik dan set, video dan filem.  Gitulah lebih kurang introduction Prof. Ismail. 

Saya sebenarnya nak cuti rehat dari segala yang sebau dan sekentut dengan seni rupa moden dan kontemporari. Jika terlebih layan sangat, sistem imunisasi minda boleh disusutkan oleh toksidnya. Tapi permintaan Prof. Ismail ni segan nak saya tolak.

Menurut Prof. Ismail, Bang Usop berhajat nak buat pameran solo. Dia tak pernah buat pameran solo sebelum ini. Agaknya dah jadi job spec saya kot, memenuhi hajat orang lain. Mungkin juga doa Bonda yang mahu saya jadi 'insan berguna'. Susah nak retire dari job spec macam ni. 

Bang Usop sudah cuba merisik beberapa galeri hebat di Kuala Lumpur. Majoritinya tak layan dia (selain dari kos modal dan potongan komisyen yang tinggi). Yalah kan, dia pun dah senior citizen. Seni rupa kontemporari di Malaysia ni, terutama yang dipacu oleh galeri-galeri komersial, nampak lebih mabuk bercinta dan tertumpu pada cult of the young, daun-daun muda (ada yang belum cukup matang, dan ada yang belum akil baligh lagi). Selera daun muda ni cukup tegar juga dikalangan pengunyahnya (kolektor). Mungkin apa yang saya nampak ni tak berapa tepat.  Kalau tak tepat, anggap ngumpat je lah ye.

Prof. minta saya tolong lihat sendiri karya-karya Bang Usop. Saya tak berapa kenal dia. Yang saya ingat, saya pernah bertingkah sikit dengan dia di RA Gallery dulu, tentang pameran Anak Alam di USM. Dia kata Anak Alam tak pernah buat pameran di USM tahun 80an, saya kata ada, malah ada katalognya di MGTF USM. Masa tu saya kena sampuk angin takbur yang riak dengan status ahli akademik. Bila ada orang pertikai, mulalah ego tercalar, cepat je nak hentam balik orang lain. Susah nak sembuhkan diri dari penyakit ni. Tapi, berkat doa Bonda saya agaknya, dijodohkan bertemu kembali Bang Usop untuk memecahkan ego 'orang akademik perasan dia dah pandai'.   

Belum sempat saya telefon, Bang Usop telefon saya. Saya aturkan pertemuan. Saya, Sham dan Adi memandu ke Bukit Beruntung untuk ziarah Ayahanda dan Bonda sebelum lanjut ke Bangi. Setiap kali ke Kuala Lumpur, perlu atur jadual yang selalunya ketat. Kali ini saya singgah ke Bangi di celah jadual menjadi gembala adik-adik Pusat Pengajian Seni (lawatan akademik), ziarah pameran solo agiguru Amron Omar, anakanda sulung Delly di Shah Alam, Sooshie di 12, Galeri Chandan dan sesiapa yang Allah jodohkan untuk bertemu.

Bila bertandang ke rumah teres Bang Usop di Bangi, nampak macam biasa saja. Ada beberapa karya kecil beliau di dinding. Majoritinya abstrak, kuat bau Latiff Mohidin. Bang Usop terangkan pada saya, karya-karya beliau ada 'stages'nya, dari landskap naturalis, ke landskap mikro (abstrak). Ini istilah dia. Istilah saya, organic abstraction atau biomorphic abstraction, subset dari aliran dan gaya ekspressionisma abstrak (abstract expressionism) di Amerika Syarikat satu ketika dulu (50 dan 60an). 


Dari kata-katanya, saya dapat rasa getar orang berilmu dalam nada merendah diri. Dari getar itu juga saya dapat faham kenapa 'nama' dia kurang dikenali. Bang Usop ni agaknya kategori tak suka dipasung penjara 'nama' dan 'karier'. Atau dia jenis pragmatis, yang selesa meneroka ilmu baru sambil mencari nafkah yang stabil.

Hanya bila ke studio (teres kedai) depan rumah dia, barulah saya jumpa gua harta karun, selain dari khazanah karya-karya Bang Usop sejak tahun 1960an lagi. "Dulu selalu takda di rumah merantau buat kerja sana-sini, sekarang ni studio pun depan rumah je, bini tak risau", kata Bang Usop, mungkin mengenangkan zaman remaja muda berkelana dan brutalnya dulu. 


Studionya bersepah, tak tersusun, berserabut, persis menziarahi premis pengumpul barang-barang lama. Ada ketika, terasa seperti di transpose ke zaman 60an dan 70an. Patutlah orang panggil Bang Usop, Usop Volkswagen (mungkin juga untuk bezakan dia dengan Usop Gajah).  Sayang Volkswagen dia dah tak ada lagi.


Saya terpaksa menahan pedih gas petroleum, yang hadir dari bahan cat industri (untuk kereta) yang digunakannya. Ganas Bang Usop ni berkarya. Sambil menahan pedih lubang hidung, saya menangkap sisi Bang Usop yang lain. Dia ni banyak simpan harta karun, dalam bentuk pengalaman dan ilmu yang dikutip dari perjalanan seninya yang mencapah merata dunia. Antaranya termasuklah ketika bersama dengan Anak Alam, bawah pimpinan Latiff Mohidin. Tapi saya layan karya-karya Bang Usop dulu.


Karya terbarunya gagah, abstrak, didominasi rona hijau, berilhamkan hutan. Saya teringat Latiff Mohidin, lepas tu Jolly Koh, lepas tu Joseph Tan, lepas tu Sabri Idrus, lepas tu Hamidi Hadi. Sekarang ni tak ramai buat karya-karya separa lepas-separa kawal macam ni. Bang Usop ni memang fasih bersilat dengan getaran seni rupa catan. Saya tanya, "Bang Usop belajar di mana?" Dia jawab, "Di USM dan lepas tu di MIA, tapi tak sit for exams, I was a non-degree student". Dalam hati saya kata. "Dia ni jenis tak kejar kertas ijazah. Dia kejar ilmu. Payah nak jumpa spesis macam ni sekarang."


Saya tanya Bang Usop tentang rekod dan dokumentasi karya-karya dia, sejak dari tahun 1960an. Tak ada. Yang ada adalah karya-karyanya yang bersepah, termasuklah karya zaman 60an yang masih berbingkai 'retro'. Ada juga sudah boleh dijadikan artifak muzium.  Lukisan dan lakaran dia berselerak dalam kotak-kotak.


Bila saya tinjau, banyak kerja kena buat jika hendak menjejak-semula perjalanan seni rupa Bang Usop ni. Bang Usop ni kena ada insan yang boleh mengarkibkan kerja-kerja dan khazanah dia.  Saya teringatkan Sooshie yang rajin buat kerja-kerja arkib seni rupa macam tu.

Saya bingkas cadangkan buat pameran solo karya-karya terbaru dia. Lebih mudah diurus. Perjalanan seni beliau sejak 60an boleh dimasukkan dalam katalog atau e-book, kerana perlu ambil masa nak hadam.

Bang Usop memaklum pada saya, pernah bertanyakan servis dokumentasi foto, tapi bila diminta RM10,000.00, dia tak jadi buat. Nak buat sendiri, dia malas kot. Yalah, mungkin dulu dia tak berhajat sangat nak membina nama sebagai seorang 'pelukis'. Tapi bila fikir balik, itu soalan dan permintaan 'piawai' saya yang sudah tepu dibekukan oleh hukum galeri. 

Bila saya selongkar kotak-kotak dia, banyak harta karun era 60an dan 70an saya jumpa, selain dari lakaran dan lukisan dia. Terdapat banyak katalog, brosur, dan bahan penerbitan tahun 70an, termasuklah pementasan dan kertas newsprint lapuran mesyuarat (di Muzium USM!). Juga terserempak dengan karya cetakan tahun 70an oleh Mad Anuar. "Itu saya nak pulangkan balik pada Mad", sebelum sempat saya 'kutip'. Rasa macam berada di Lorong Kulit Pulau Pinang (medan jual barang-barang terpakai dan lama).







Cetakan oleh Mad Anuar.



















Yang paling bernilai (bagi saya la) adalah katalog pameran (1978) sempena memperingati Zulkifli Dahalan. Dalam semiotik masa kini, rekabentuknya 'retro'. Kulit depan terhias potret Zulkifli Dahalan dengan cetakan satu ton ala-ala sutera saring atas kertas warna perang (brown paper). Dalamnya terisi sajak Baha Zain, penulisan oleh Latiff Mohidin, Redza Piyadasa dan Ismail Abdullah dan tulisan tangan Zulkifli Dahalan sendiri (tekaan sayala). "Itulah satu-satunya copy pada saya". Dengan muka tebal campur selamba, segera saya minta Bang Usop dermakan pada USM.  Allah maha pemurah, Bang Usop kata ok, "kalau simpan dengan saya, takut hilang je nanti." Terima kasih Bang Usop yang pemurah. Katalog pameran solo Latiff Mohidin pun ada, tapi yang ni saya ada simpan di MGTF USM. Dalamnya tersenarai juga karya-karya dan harga. Waktu tu, paling mahal pun RM350.00.



Sambil menggali dan mencari harta karun, Bang Usop bercerita tentang Zulkifli Dahalan dan zaman Anak Alamnya. Ceritanya bersambung bila bertandang ke rumah Prof. Ismail Abdullah. Sebelum ini saya pernah dengar dan baca beberapa versi. Bang Usop ada versinya sendiri. Peristiwa yang sama mungkin dibaca secara berbeza oleh setiap individu yang terlibat.


Hal Latiff Mohidin, Zulkifli Dahalan, Anak Alam , Bang Usop dan semua yang pernah bertandang dan berkait dengannya, lebih molek saya serahkan pada pakar-pakar sejarah, budaya dan seni rupa yang lebih layak. Tak molek saya nak memandai. Versi Bang Usop yang sempat saya kutip, lebih baik di'tuturkan' sendiri oleh beliau, atas kesudian beliau sendiri.

Bila saya singgah ke 12 untuk mengutip hikayat permainan dagang ARTSTAGE Singapura dari Sooshie, dia teruja 'giler' dengan katalog dan cerita tentang Zulkifli Dahalan versi Bang Usop. Diciumnya wajah Zulkifli Dahalan dimuka depan katalog. Sooshie peminat dan pengkaji tegar Zulkifli Dahalan. Dia minta pinjam katalog yang baru saya gali di studio Bang Usop, saya tak bagi. Kami bertarik-tali sambil sempat perli-memperli. Akhirnya, sebab sayang kawan (walaupun sesekali menyakitkan hati), saya bagi dia pinjam untuk buat salinan, dengan syarat pulangkan hari tu juga.


Begitulah nilainya khazanah ilmu dan kisah 'alami' yang boleh dibekal oleh insan-insan yang terhijab dari sinaran dan kerlipan cahaya bintang-bintang seni rupa yang lebih ternama. Bang Usop insan terhijab di balik kerlipan bintang Latiff dan Zulkifli Dahalan. Seorang seniman tidak hidup dalam vacuum, makna kehadiran bayang kesenimanan itu sentiasa berkait dan berpintal dengan kehadiran ramai insan yang lain, termasuk mereka yang kurang dikenali atau jarang di 'depan'. Ada masanya, yang kurang dikenali tu lebih banyak menyimpan khazanah ilmu. 

Ada rezeki, saya buat operasi cari-gali harta-karun dan cari-ilmu serta hikmah lagi di studio Bang Usop. Lagipun, saya dah buat akad dengan dia untuk usahakan pameran solonya di USM pada bulan Jun atau Julai tahun ini.  

Tengoklah apa tabir hijab yang bakal dibuka nanti...







Tuesday, 6 March 2012

SONNERATIA YOUTH ART CAMP - REVISITED

Sonneratia Youth Art Camp II 2003,
Kuala Selangor, Selangor.
Video recording and editing by Jimmy Choong

A precious rare garden few had been blessed to experience.


Sunday, 4 March 2012

A LETTER TO MY SWEET AMIRA.

 
Amira my sweetheart, you lost a dear friend, Ansor, at such a young age. Such a sudden passing of someone so special, is painful. You saw him living and beaming with energy, making you and your friends smile and happy at one moment, at another moment, there he was lying motionless as you paid him your last visit. As I looked at you and your friends weeping in sadness, I prayed to Allah not to take you away from me at such a young age. 

You were heartbroken and sad. You said,

"Arwah was more than just a friend. he's more like a brother to me. Ya Allah kau tempatkan lah dia di tempat org beriman ya Allah. Ampunkan lah segala dosa arwah. arwah istimewa yang teramat. tak kan ada siapa boleh gantikan tempat arwah. Anshor, kami syang hang smpai bila2 tak kira hang ada dgn kami atau tk :'(. Langit mendung ja. semua syg anshor, even langit pun syg anshor :')"

I can feel your sadness. 

But really, you only 'lost' Ansor in form, not in spirit. His spirit lives within you, in all your friends who know him. When you and your friends experience love, joy, happiness, peace or something beyond forms, beyond words, beyond explanation, beyond thinking, beyond any kind of scheming or reasons and justification, beyond 'me' or 'I' or 'we'....just joy, happiness, peace, love, those pure energy that we always try to translate into words (or mere shadows).....Ansor is there, with you, with us. That's our HOME.

His passing is meant to awaken us (you, your friends, Abah, Mama, Nina and Addela) to experience love beyond the veils of form (our physical life, that is actually 'borrowed illusion' meant to test us). If we look at life as mere 'forms' (to be owned as 'mine'), we will feel miserable and full of resent if we lost someone or something. Such 'life' is so transient, temporal where everything passes even those that you want to claim as yours (like 'my friend'). So, as we engage with and enjoy our 'borrowed' life of forms, we must stay rooted in the formless (spirit). We are spiritual beings who are experiencing (some say 'dreaming) the life of forms (Abah refers to it as 'mimpi benda'). Everything are mere shadows of the spirit within all of us. 

Ansor has awakened or returned HOME in its truest sense. We are still here, experiencing our 'mimpi benda' through our five senses.

So Amira my sweetheart, lets engage with our life in the spirit of love, joy, peace and happiness in their purest sense, so that we can stay true to our 'spiritual' selves, before our time to be awakened and return to our true HOME forever.  



PROCLAIM

Hasnul J Saidon
"Proclaim"
1995
Best Experimental Video, Malaysia Video Awards, 1995.

Karya-karya seni boleh menjadi penanda untuk perjalanan ke dalam diri. Untuk saya, karya seni video ini adalah salah satu penanda yang paling berbekas. Ia dihasil berdasarkan sebuah karya kolaj dengan tajuk yang sama. Karya kolaj tersebut diilhamkan dari kelahiran anak sulung saya, Adeela, dan surat-surat yang diutus oleh Ayahanda saya semasa saya di USA.

Saya menjadi seorang bapa di USA. Waktu itu merupakan tempoh yang penuh dengan keraguan. Apabila Adeela dilahirkan, saya juga seolah dilahirkan-semula dan dibangunkan. Ia menjadi titik kepulangan-penghijrahan untuk saya, serentak. Saya mendengar suara Adeela 'menyanyi' beriringan dengan korus ramai lagi bayi yang lain di Troy Samaritan Hospital, New York, USA. Semasa saya menyerap korus tersebut, 'aku' pada Hasnul J Saidon hilang diserap ke dalam kitaran keseluruhan yang lebih hebat - KEHIDUPAN.

Korus tersebut adalah suara asal kita, suara kemanusiaan yang sudah ada sekian lama. Korus tersebut hadir bersama dengan surat-surat ayahanda. Surat-surat tersebut meninggalkan kesan yang sangat dalam, menjadi seakan peringatan yang berterusan terhadap peri pentingnya saya mengingat kedudukan saya dalam keseluruhan yang lebih hebat, sebagai suatu titik halus dalam satu corak kompleks dan saling-berkait yang kita sebut sebagai KEHIDUPAN.

Bersama Ainina di depan "Proclaim", kini dalam koleksi Balai Seni Visual Negara
Kakak Sulung, Puteh Saadiah bersama dengan anak saudara saya, Azlea Zaharina dan anak-anaknya (cucu-cucu saya!)

Artworks can be signposts for a journey within. For me, this video art piece is one of the most profound ones. It was created based on a collage work with the same title. The collage work was inspired by the birth of my first daughter, Adeela, and a series of letters sent to me by my Ayahanda (father) during my stay in the USA. 

I became a father in the USA. It was a time when i had so much self-doubt too. When Adeela was born, I was 're-born' and re-awakened so-to-speak. It became my point of return and departure simultaneously. I heard her voice singing in a chorus of many other babies in the Troy Samaritan Hospital, New York, USA. As I immersed in this chorus, the 'I' in Hasnul J Saidon dissolved in the cycle of the larger whole - LIFE.

The chorus is our primordial voice, the voice of humanity that has been there all along. The chorus came together with letters from my father. His letters have left a profound impact, like a lingering reminder to remember my place within the larger whole, as a tiny dot in a complex interdependent patterns of what we referred to as LIFE.  

Kakak Sulung, Puteh Saadiah di depan petikan Bonda.
Bayangan

Saturday, 3 March 2012

AKU NAIK SAKSI (I BEAR WITNESS)

"Aku Naik Saksi (I Bear Witness)"
Video concept by Hasnul J Saidon
Video editing by Shamsul Ikhmal Mansori



This piece is based on syahadah or the proclamation and affirmation of faith in Islam. In such affirmation, one bears witness that "there is no god, but Allah." The utterance of syahadah is fundamental in Islamic Tauhid. Tauhid essentially implies 'making one" as embodied by Surahtul Al-Ikhlas. It also signifies the 'oneness' of knowledge. 


Through Tauhid, one becomes aware of one's state of mind (quantum energy) and able to return to the abode of peace or spiritual well-being. Such energy is sustained through the principles of interdependency, synchronicity and connectivity instead of fragmentation and chaos. Through zikr (repeated invocation of selected Quranic verses) one can learn to stabilize and silent one's mind to reach a purer and higher state of consciousness (energy).

The video is presented through a series of 'dissolve-in' natural images of atoms, molecules, water, human fetus, domes, sun rays, satellite images, planets, stars, and galaxies in a rotational manner. 

The mood is meditative and contemplative. It is meant to heal, dissipating toxic mind, fragmented thoughts and stained emotion, whilst synchronizing the mind, body and soul. It is also meant to heighten one's state of awareness (to bear witness of one's own mind and emotion). In a laying down position, with one's backbone flat on the floor, one is invited to submit her/his ego (the small 'i') and bear witness of a greater intangible and universal force that is inherently vibrating within one's higher form of consciousness. 

Syahadah is pertinent in the light of current polemics surrounding the use of the word 'Allah'. Perhaps such polemics may provide ample opportunity for better appreciation, deeper understanding, internalizing, living and manifestation of syahadah for everyone. Instead of poisoning, one should look at everything as a blessing and healing.

For related entry, especially in allowing the creative force of the universe to speak through us (and to turn our 'ego' into dust), click on :
http://hasnulsaidon.blogspot.com/2011/12/creative-force-of-universe-speaks.html





MENJEJAK CAHAYA (TRACING THE LIGHT) - "SUARA RIMBA" & "SALAM HARAPAN"



Title                
Salam Harapan (Greeting of Hope)
Year                
1998
Material           
Single-channel video
Duration          
20’
Screening
  • Ruhai Anak Watan, Experimental Theater, UNIMAS, Sarawak,1998
  • UNIMAS Art Festival, Kuching Waterfront, Sarawak, 1998
  • 1st. Rainforest World Music Festival, Sarawak Cultural Village, Sarawak, 1998
Collection
Artist
  



Title                
Suara Rimba (Voice of the Wilderness)
Year                
1998
Material           
Single-channel video and original computer music composition
Duration          
20’
Screenings & Performances
  • Ruhai Anak Watan, Experimental Theater, UNIMAS, Sarawak, 1998
  • UNIMAS Art Festival, Kuching Waterfront, Sarawak, 1998
  • 1st. Rainforest World Music Festival, Sarawak Cultural Village, Sarawak, 1998
Collection
Artist



"Suara Rimba (Voice of the wilderness)" dan "Salam Harapan(Greeting of Hope)", 1998
Original music and video by Hasnul J Saidon
Musical arrangement by Hafiez Askiak, Hasnul J Saidon dan Hasnizam Wahid
Performed by EAG (electro-acoustic group) UNIMAS.

Two music videos that may perhaps best express my six years of gardening in Sarawak and UNIMAS (Universiti Malaysia Sarawak).

As a prelude to the videos, we take a peek at some of the photographs of EAG (Electro-acoustic Group) UNIMAS, the core of my music life in Sarawak and UNIMAS. The members (and songs that we had performed in various locations/events) will be forever etched in my heart.

EAG (Electro-acoustic Group) UNIMAS rehearsing at the Experimental Theater, Faculty of Applied & Creative Arts, UNIMAS, 1997/8.





Video stills from "Suara Rimba", based on an expedition to the Nanga Sumpa Longhouse, Batang Ai, Sarawak in 1997.


RAHSIA SEBALIK 1 DAN 0 (BINARI MEDIA DIGITAL)

  Tiap hari guna media sosial, tapi apa sebenarnya 'media'? Ini prelud kpd sesi perbualan dgn Roopesh Sitharan di Galeri Ilham KL, 4...