Naratif distopia diilhami data2 saintifik tentang pencemaran plastik di laut.
Mari bercerita tentang bencana ekologi. Ya, ia fiksyen, fantasi, dan imaginasi. Ia mimpi surrealis dunia distopian. Juga tentang cabaran menjamin kelangsungan hidup. Terisi adaptasi, transformasi & malang sekali, mutasi.
Lokasinya di laut, baik muara mahupun di lubuk dalam. Ini dunia yg tiada bermanusia, tapi sarat dgn kesan dari penyakit haloba mereka. Peristiwa dan aksinya berkisar pencemaran laut dari sisa buangan sampah plastik oleh manusia. Sampah2 plastik dicampak di pangkal kota & desa manusia, hanyut ke hilir utk sangkut di muara hingga laut dlm.
Kesan yg diimaginasikan adalah kemunculan penghuni mutan di lautan. Mereka persis raksasa kecil yg terpaksa mengharung hidup dalam bencana ekosistem yg runtuh. Hidup yg fitrah diganti mekanisma kelangsungan hidup yg toksid. Ini kesan dari trauma pemusnahan ekosistem laut. PTSDnya krn pupus kesenadian dgn bumi dan nipisnya nilai alami. Yg terhasil adalah arkib mutasi. Sarat emosi.
Projek ini asalnya dari penghasilan karya2 seni berasaskan sampah2 plastik. Sampah2 plastik itu dikutip komuniti yg terkesan, terutama di muara dan persisir laut (lihat peta).
Inisiatif arca sampah plastik ini sudah diusahakan sejak 2017. Sudah lama.
Hasil projek sebelum ini banyak dlm bentuk seni arca. Pemacunya, Mohd Razif Mohd Rathi, ialah pensyarah dan pengarca di UiTM Sarawak cawagan Kota Samarahan.
Versi awalnya adalah watak2 mutan dlm bentuk 2D yg telah dirata. Kemudian, rakannya Ts Dr. Muhammad Fauzan Abu Bakar sambut. Dia guna A.I secara ko-kreasi utk merekabentuk watak2 2D tadi menjadi Animasi 3D beresolusi tinggi. Watak2 ini diberi nama saintifik fiksyen masing2. Dicipta profil. Ada 'backstory' khususnya yg terkait dgn pencemaran. Watak2 dah ada, tapi cerita belum lagi, mungkin fasa 2. Potensinya luas. Komik, buku cerita kanak2, animasi, instalasi media yg imersif. Juga bengkel kutip sampah plastik utk bikin 'puppet' mutan dgn komuniti terkesan.
Inilah contoh sains mengilhami seni, guna ko-kreasi dgn A.I dan komuniti, utk persekitaran alamiah yg lestari. Ya, bukan semua hal seni hanya di galeri geng2 T20.




















No comments:
Post a Comment