Sunday, 7 December 2025

SPICES, USM's Medical Science Interactive Gallery




SPICES, USM's Medical Science Interactive Gallery is one of the most ambitious and largest ArtScience projects in Malaysia. Driven by Drs, designed by artists.

Housed at USM's School of Medical Sciences in Kubang Kerian, SPICES was officially launched recently by the USM Vice-Chancellor, Prof. Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed.

The first of its kind in Malaysia, the iconic SPICES is a gallery that combines the ideas of science and arts; it is also equipped with three-dimensional (3D), Virtual Reality (VR) and Augmented Reality (AR) teaching and learning (P&P) equipment and will benefit students under the USM medical degree programme as well as the public.

#usm #welead












































 

ARTSCIENCE : SPICES - INTERACTIVE GALLERY FOR MEDICAL SCIENCES USM









 

MURABBI


Pada zaman universiti kejar 'ranking' dan pensyarah dihambat KPI bersukat, siapa yg bimbing hati kita? Bukan intelek ya, tapi hati. Siapa? Siapa yg tunjukkan pintu utk kita kaya? dari segi batinnya, bukan kaya dari segi kebendaan je? Siapa yg bimbing kita dgn teladan, dari perbuatan. Juga mungkin dari kelemahan, kekurangan dan kesilapannya sbg manusia? Siapa? Siapa murabbi kita? Yg bukan sekadar bercakap atau kuliahkan kita je, atau menulis utk kita baca je? Tapi mengajar kita dari aksinya. Siapa guru kita yg sampaikan ilmu,  mualim yg disiplinkan kita &  murabbi yg bentuk kita jadi insan secara menyeluruh? Siapa ya? Ada ke? Murabbi pada zaman ini?

LAYAR & KANVAS


 
#h3rosedekad @mgtfusm . Pameran ini memilih hari & waktu utk mereka yg terpanggil. Yg 4 orang itu terpanggil tanpa seru. Haidin Nasir (kiri sekali) lulusan seni halus UiTM pernah lepak seminggu dgn saya di hutan paya bakau Kuala Selangor yg keras. Kami sama2 berguru dgn alam sambil menepis gurauan jin2 yg menghuni hutan. Selepas itu dia berguru di Port Dickson sebelum terbang ke Vietnam utk mewakili seniman muda Malaysia. Hari ini saya cuma nampak dia atas skrin tv dlm pelbagai watak. Azrai (2 dari kiri) lulusan MMU pernah singgah berguru di rumah saya, sekejap tapi dekat. Pengarah dan produser muda ini gigih menghasilkan kandungan berkualiti utk Astro & juga rangkaian2 lain, lokal & antarabangsa. Terkini, bersama Que Haidar, dia terbitkan telemovie "Bahalul" yg memenangi beberapa anugerah. Que lulusan Aswara. Bersama dgn Wak Dol (Zainorhisyam), Que mengarah telemovie itu. Wak Dol lulusan UiTM asal Teluk Intan, tanah tumpah kuah tempoyak saya. Tapi saya bugis, dia jawa, dua2 manusia.

Pentas mereka layar, pentas saya kanvas. Terbaru saya & kawan2 menzahirkan "H3RO:SEDEKAD". Mereka menzahirkan "LEBAI SAMPAN" & "BAHALUL". Dua2  pentas putih, kosong, memantul. Yg dipantul, cahaya. Yg dicerah, akal dan hati. Asalnya gelap. Gelaplah yg memanggil cahaya. Cahaya jatuh ke layar dan kanvas, jadi rupa. Rupa diadun jadi watak, lokasi, aksi, peristiwa. Semuanya bergaul menjadi cerita. Setiap cerita ada 'jalan', ada 'arch'. Jalannya menemu hero sebenar, protagonis dalam diri. Yg dikata musuh atau antagonis adalah projeksi diri sang protagonis juga, manifestasi getaran frekuensi rendahnya yg dihijab & dipasung graviti nafsu. Naik mendaki dari frekuensi rendah ke tinggi itu berinspirasi isra' mi'raj Rasulullah sendiri. Kita semua dlm sebuah ilusi perjalanan sebuah cerita si pelupa yg berusaha pulang ke rumah asal utk berjumpa dgn hakikat diri. 

Kita si pelupa dlm cerita yg cuba mengingatkan bahawa diri itu penyaksi. Manakala yg disaksi itu sebenarnya layar kosong atau kanvas yg asalnya putih.  Biasan cahayalah yg menghadirkan ilusi. Lensanya adalah akal yg perlu sentiasa dijernih dan hati yg perlu sering dibersih. Jika tak, gelap. Itu pilihan. 

Sekian.














Tuesday, 2 December 2025

SENI HALUS DLM FREKUENSI MINDA KASAR

 Jika anda terlibat dgn seni halus, mungkin elok jika tahu dan kenal minda kasar. Mungkin boleh diandaikan bahwa amalan seni halus, ironinya, tak dapat lari dari dikepung oleh minda kasar.


Apa dia minda kasar? Ada yg sebut 'minda rendah', 'minda lupa', 'minda buas' atau minda kebinatangan'.

Berikut adalah fungsi dan kerja 'minda kasar''. Baik buruk, berguna atau tidak, sila renungi sendiri, k.



1. Mengesan ancaman.

2. Buat keputusan utk melawan atau cabot lari selamatkan diri.

3. Melayan kepentingan peribadi dan pulangan serta kepuasan material,

4. Suka & sentiasa cari sebab utk rasa bangga & sombong.

5. Dipacu oleh tamak haloba tak pernah rasa cukup atau syukur.

6. Dirangsang oleh kemampuan mengalahkan dan menguasai orang lain, menyalah, mendominasi, memanipulasi orang lain.

7. Suka balas dendam.

8. Pusat ego. Melihat diri sendiri, orang lain dan hidup dgn amat tirus.

9. Melihat diri sebagai berbeza, bebas terpisah secara mutlak dgn orang lain termasuk alam semulajadi , alam semesta dan Tuhan. 

10. Sentiasa berperang, bersaing, menentang segala yg dianggap mengancam ego peribadi dan kolektif. Cepat melatah, komen, respon dll ikut nafsu marah.

11. Mudah digugah, marah dan angin. 

Mereka yg terlibat dgn seni halus, jika dibaca secara literal, byk bergelumang dgn frekuensi halus. Tapi mungkin juga didatangi frekuensi minda kasar di atas.

Kenal tak frekuensu 'minda kasar' di atas tu? Adakah ia bergantung pd identiti atau penampilan luaran atau zahiriah utk dikenali. Jika pakai kopiah atau serban, atau jubah profesor atau sut lengkap, boleh otomatis tepis ke frekuensi di atas?

Ada tak terasa 'frekuensi'nya dlm diri?

Adakah frekuensi itu sudah dominan dlm kehidupan seharian atau lemah?

Boleh ke dibuang frekuensi itu? Macam mana nak buang?

Ya, minda kasar ni berguna untuk kelangsungan hidup. Benar, kita perlu utk 'survival', utk bergelut dgn cabaran hidup seharian, buat hidup lebih mencabar, pedas-sedap dan menggigit.

Cuma perlu ingat ianya boleh menghancurkan diri kalau tak dipantau, tak diimbang dgn 'minda halus'. 

Apa jadahnya 'minda halus' ni? Adakah mereka yg terlibat dgn seni halus, otomatis berminda halus? Atau kasar?


Monday, 1 December 2025

MALBORO LIGHT DALAM TANDAS

 

Satu Ulasan Tentang Jalan Pulang Yang Panjang








"Ada 3 elemen penting dlm rumah ni semasa arwah hidup," kata Nazura Rahimie.

"Food - no one leaves hungry.
Music - he plays guitar to unwind.
Rokok - he smokes everywhere."

"Rumah ni, pada saya, adalah landskap kasih. Juga landskap duka."

Rumah kedai itu diwarisi Nazura dari Rahimie Harun & Zarina Ariffin. Terletak di sebelah Jalan Negara, Taman Melawati, Ampang, Selangor.

Agaknya, landskap yg dimaksudkan itu adalah 'backdrop' atau 'setting'.  Persis latar utk sebuah cerita. Induknya adalah pengalaman mewarisi sebuah rumah. Pengalamannya bersimpang-siur & bertindan, tak berurutan. 'Tak linear' tulis Nazura. Semalam, dulu, hari ini, sekarang, esok, masa depan, semua hadir sekaligus dlm tiap sekarang.

Mungkin dinding2 dan objek2 dalam rumah itu bersuara serentak, timbal-balik, 'non-linear'. Kadang berbisik, kadang bergema. Ruang2 tertentu memujuk dialog dlm hati. Byk memori. Berat, terutama bila bersendiri dlm diam & sunyi. Namun, dalam ruang2 sunyi, mungkin tersembunyi keriangan & kasih abadi.

Itulah lebih kurang yg aku rasa bila sembang2 santai dgn Nazura dan Anderson Ee di rumah kedainya Selasa lepas. Macam abang2 sembang dengan adik. Nazura tekun belajar walaupun dia dah jadi mak budak. Dia rajin berguru.

Nazura Rahimie ialah satu2nya anak arwah Rahimie Harun, kenalan aku dulu. Sesiapa yg pernah lalu seni visual 1980an dan 1990an, mesti kenal dia. Mereka yg celik sejarah & takda penyakit amnesia terpilih, tentu sekali memperakui ketokohan Rahimie. Dia pernah pegang jawatan Pengarah Galeri Shah Alam & selepas itu Ketua Pengarah Balai Seni Lukis Negara.

Rahime Harun lahir di Kg Dodol, Pulau Pinang, pd 29 Sept 1954.  Isterinya Zarina Ariffin, lahir di Istana Juita, Kelantan pd 21 November 1955. Tok Mek & Tok Ayoh kpd Nazura kerja di istana sebagai dayang dan budak suruhan.

Rahimie dan Zarina berjumpa dan bercinta di UiTM sekitar 1970an. Ya, zaman disko dgn seluar boleh sapu sampah. Aku masih dibangku sekolah rendah.

Rahime ambil bidang Rekabentuk Industri, Zarina bidang Seni Logam Halus. Mereka 'super-duper seniors' AD (nama mesra utk Kajian Seni Lukis & Seni Reka ITM ketika zaman aku belajar). Mereka bernikah tahun 1977 di Kg Huda, Kota Bharu, Kelantan. Aku darjah enam, di Teluk Intan, Perak.

Nazura dilahirkan 2 tahun kemudian,
pada14 March 1979 di Kg Huda, Kota Bharu.

Rahimie dan Zarina buka A.P Gallery (A.P tu 'Art Promoter') di Anak Alam pada tahun 1983, setahun sebelum aku masuk UiTM ambil jurusan Seni Halus. Tahun 1985, A.P Gallery dibuka di Pasar Seni KL. Setelah menjadi pelajar Seni Halus, galeri itu sering aku kunjungi ketika hari minggu dan jika poket tebal. Galeri itu jadi ruang pembelajaran aku, khususnya tentang seni dan cari makan.

Rahimie dan Zarina pindah ke rumah kedai yg ada sekarang di Taman Melawati pada 1996.

'Cut to' 1980an semula. Rahimie sibuk jadi promoter. Juga penyokong tegar seni visual di ibukota. Dia mengumpul karya2 para pelukis tersohor dan bakat2 baru. Setahu aku, tak ramai kolektor ketika itu. Tak ramai yg beli karya2 'keras' dan 'susah'. Tak ramai kolektor yg dikenali atau suka menonjol diri. Selalunya 'low profile'. Ada yg tak suka hadir majlis perasmian. Mereka lebih suka datang diam2, sorang-sorang. 

Setahu aku juga, takda kolektor ketika itu yg menayang koleksinya dlm satu pameran khusus. Takda yg terbitkan buku tentang koleksinya. Menulis tentang koleksi sendiri, pun takda. Betulkan aku jika salah. Ini 1980an dan 1990an. Memori aku kadang2 berkarat mcm pita VHS.

Pameran koleksi seorang kolektor terawal yg aku pernah singgah adalah Pameran "Koleksi Saya"
dari 28 Oktober - Disember 2008, bertempat di Galeri 2A, Balai Seni Negara (BSLN), KL. Ia dianjurkan BSLN sbg penghormatan utk Rahimie selaku mantan Ketua Pengarahnya. Kalau rajin, carilah bukunya. Ia antara koleksi yg sgt dekat dgn sentimen seni halus aku. Byk karya yg dekat di hati aku, ada dlm koleksi Rahimie itu.

Selain menjadi kolektor dan promoter, kekadang Rahimie jadi abang & bapa angkat utk beberapa pengkarya melarat. Rumahnya jadi 'port' utk seniman 'wanna be' tak bertempat yg 'sesat di Kuala Lumpur'. Antaranya penyair otai, Abang Ladin Nuawi. Rumah kedai itu pusat singgahan.

Dulu takda istilah 'artspace' atau 'place making' utk komuniti pengkarya lepak, sembang & menumpang nasib. Jika ada, tentulah Rahimie antara pelopornya. Dialah 'big brother' atau abang besar kawasan. Dia juga rajin masak dan jamu tetamu, selain bersembang panjang tentang seni visual sambil sedut rokok Benson & Hedges tak putus. 2 kotak sehari. Bagi aku, dia pemikir dan perancang yg pragmatis, walaupun takda gelaran profesor dan dr depan nama, dan phd.

Hari ini, anaknya Nazura pula gigih dgn 'place making' Jalan Negara persis akak kawasan. Gigih sampai ke Berlin bercerita pasal Jalan Negara. Dari ruang kosong yg terbiar jadi ruang komuniti yg mesra, meriah dan penuh rasa kekeluargaan, kekitaan dan pemilikan bersama.

Aku teruja hingga terasa nak calonkan saja si Nazura ni jadi Ketua Pengarah Balai Seni Visual Negara. Takpun, ahli lembaga. Atau jadi wakil parlimen kawasan Ampang. Aku tak melawak.
Bunyi mcm aku seloroh, tapi tak. Aku serius ni. Tapi aku sedar diri, yg kabel politiknya tak kuat.

Rahimie meninggal pada 2008. Zarina menyusul dua tahun kemudian pada 2010.

Rumah kedai itu ditutup.

Apa jadi pada Nazura? Dia tak jejak kaki ke rumah itu sejak ibunya meninggal pada 2010. Hinggalah 2020. Selang sepuluh tahun, baru dia ada kekuatan utk 'pulang'. Jauh perjalanan pulang si Nazura ini.

"Macam mana ya si Nazura ni membesar sebagai anak tunggal Rahimie & Zarina? Dan lepas tu berdepan pula dgn kematian mereka?" aku tanya dlm hati. Tak dapat nak bayangkan. Mereka pula sebelum itu rapat spt satu unit, sering berkembara tiga beranak merata dunia, sejak Nazura itu budak.

"Macam mana dia hidup di rumah kedai tu, sebelum dan sesudah kedua ibu bapanya pergi? Macam mana dia nak jaga koleksi Rahimie yg sangat2 bernilai itu? Dia faham ke? Dia tau ke betapa bernilainya koleksi yg dia warisi? Ada karya2  Amron Omar, Anuar Rasyid, Mad Anuar, Juhari Said dan ramai lagi. Tak jadi beban ke utk dia?" mcm2 aku tanya dlm kepala.

21 November 2020, Nazura mula menulis surat kepada arwah ibunya. Itu sempena harijadi ibunya yg ke 65, sekiranya masih hidup. Tulis surat jadi medium utk dia pulang dan pulih.

Setelah 10 tahun menggagahi kehilangan, Nazura pulang & buka semula A.P Gallery. Dia letakkan dirinya sebagai jambatan, di antara. Itu juga tajuk 2 karya seni cetak arwah Rahimie, "I Want To Be A Bridge"(1998 ) dan "In Between" (1998).

Beberapa projek pameran dilangsungkan. Pernah aku singgah utk mengamati. Antaranya "Rahmat Bahgia" yg dikuratorkan oleh Anderson Ee. Pendekatan kuratorialnya mungkin 'fusion' jika ia genre muzik. Segar, berani. Juga mesra dan ada bahagian, selamba. Tak 'patronizing', hormat pengunjung dan beri mereka ruang utk fikir sendiri tanpa teks kuratorial berbelit-belit. Tak terlalu 'generic', tak juga terlalu kering dan 'sterile' mcm hospital.

Semasa mengamati karya2 Juhari Said, Amron Omar, Mad Anuar dan Anuar Rasyid di rumah kedai itu, aku rasa spt pulang ke UiTM. Dekat. Dinding2 rumah kedai itu terisi karya2 yg seiring dgn perjalanan seni aku, terutama di UiTM. Ada byk cerita. Ada yg rahsia, tersembunyi.

Tiap sudut terkandung memori & naratif sunyi. Termasuk kotak rokok Malboro. Tapi itu kena tunggu cerita penuh dari Nazura. Aku tak mau jadi 'spoiler' walaupun aku cilok sebagai tajuk utama.

Tiap objek dlm rumah kedai itu berbisik dlm senyap. Ada masanya terasa spt boleh berbual dgn dinding, karya dan objek di dalamnya.

Ahad 30 November 2025 lepas, Nazura kongsi surat2 pada ibunya. Ia perkongsian peribadi dgn teman2 terpilih yg dekat di hati. Dilakukan dlm suasana intim, di beberapa ruang, objek dan karya terpilih.  Santai, membumi, langsung dan dekat. Ada rasa kasih, belas dan rindu yg pekat. Nazura pula perlu izinkan diri menjadi 'vulnurable' sejujur dan seikhlas mungkin. Juga membuka diri, sesuatu yg dia tak biasa lakukan. Aku faham, aku pernah lalu dgn "H3RO".

Bila ditanya apa namanya perkongsian ini, Nazura hanya kata, "dear Mama". Takda istilah2 spt 'curatorial walk-through', 'art appreciation', 'narration', 'story-telling', 'performance', 'seni di lokasi', 'site-specific installation' dll.

Pada aku, ia satu bentuk pendekatan kuratorial bersifat hibrid & 'fusion' yg sgt organik. Tidak sama dgn pameran2 koleksi beberapa orang kolektor yg pernah aku alami sebelum ini. Tapi, bak kata Amron, ini mungkin pandangan aku la yg mandai2 tokok tambah.

Masuk 2026 akan ada 4 siri. Akan ada bacaan surat yg ditulis Nazura utk ibunya, diadun memori peribadi yg terkait dgn karya2 di dinding & objek2 arkib dlm ruang2 tertentu, ada 'walk-thru' dan kolaborasi di lokasi dgn beberapa rakan pelukis, pemuzik, pembikin filem, pengarah teater, perekabentuk produksi & pencahayaan, juga penyair. Ini pendekatan separa ko-kreasi yg harapnya lekat di hati. Semuanya bakal pujuk kita pulang. Ramai dikalangan kita yg dah lama merajuk, tak pulang2.

Pulanglah...


KEBUN JIWA HALUS
1 Disember 2025







DEKAT DI JANTUNG YU XIN

DEKAT DI JANTUNG YU XIN Apa yang tersurat di wajah mungkin tak sama denga apa yang dibaca oleh ECG. Ini yang diterokai oleh Yang Yu Xin. Dia...