Saturday, 18 March 2017

UBAH LAGI

Cakap tentang kebaikan dan kebijaksanaan 100 kali, 1 orang je like.

Cakap tentang kejahatan dan kebodohan 1 kali, 1000 org like. 

Ubah le oiii. 

UBAH

Yg cari dan eksploit isu, ramai dan cepat terkenal. Ada nilai berita. 

Yg menghadapi dan menggagahi isu, tak ramai, dan sering dipinggirkan. Takda nilai berita. 

Sebab tu takda transformasi. 

Ubah la oii. 

MERAJUK

Kalau ada kawan berhenti dari amalan menghisap dadah, apa yg dia rasa bila kita kata pd dia 

'ohh, hang dah merajuk dari hisap dadah.'





Tuesday, 14 March 2017

gemaBELAS2017: KISAH KASIH DARI AIK HUA

BELASalam dari Aik Hua : "Saya menunggang kapcai dari Simpang Ampat Seberang Prai utk ke sekolah ni. Dah 5 tahun di sini. Dengan budak2 ni kena sabaq dan tegas". (Siti Mahirah Ismail, Pembantu Pengurusan Murid SJKC Aik Hua, ibu kepada dua orang anak)

gemaBELAS2017: KISAH KASIH DARI AIK HUA

BELASalam dari Aik Hua : "Kena ada hati. Kena ada kasih sayang. Hati kena kuat. Kena tahan dgn perangai budak2 ni. Mereka suka tarik perhatian, kadang2buat kita naik geram" (Shidah dan Azura. Keduanya 'riders'. Shidah bertugas sebagai kerani, Azura sebagai Pembantu Pengurusan Murid. Azura menunggang kapcai selama sejam dari Tasik Gelugor utk ke SJKC Aik Hua.)

gemaBELAS2017: KISAH KASIH DARI AIK HUA

BELASalam dari Aik Hua - "Kerja sini emosi kena kuat. Budak-budak OKU ni tak boleh duduk diam.Kena ada kesabaran yg tinggi." (Nurul Aida Ilias, Pembantu Pengurusan Murid di SJKC Aik Hua. Ibu kepada dua orang anak).

Sunday, 12 March 2017

gemaBELAS2017: KISAH KASIH DARI AIK HUA


BELASalam dari Aik Hua - belas adalah fitrah yg membuka pintu kegembiraan. Yg meminggir 'belas' itulah yg sebenarnya cacat. Namanya Terence Ng, sentiasa senyum dan gembira. Bapa Terence terpaksa berhenti kerja utk menjaganya sepenuh masa. Ibu Terence menjaganya selepas pulang dari kerja. Waktu malam, bapanya berniaga mee dgn atok Terence.

(Compassion is our true nature as it opens the door to happiness. Denying compassion is the actual disability. His name is Terence Ng. Always smiling and happy. His father had to quit his job to take care of him full-time. His mother takes care of him after she came back from work. At night, his father helps Terence's grandfather at his mee stall)

gemaBELAS 2017: KISAH KASIH DARI AIK HUA


"Masa kerja renjer dalam tentera dulu selalu masuk hutan, jarang duduk di berek. Memang bahaya, tapi saya lagi suka kem dalam hutan, lebih tenang dan segar, pagi-pagi dengar bunyi burung." (Lim Beng Jo, ayah kepada Lim Jia Xin dan Lim Jia Hui, dua pelajar istimewa kelainan upaya di SJKC Aik Hua)

Saturday, 11 March 2017

LOVE IS THE LANGUAGE OF ART

Kasih-sayang adalah bahasa seni

(Love is the language of art)

Pesan dari anak-anak istimewa di SJKC Aik Hua. 

(A reminder from special kids ar SJKC Aik Hua)


Ia menjadi inspirasi untuk hadiah mural dan animasi gajah yg kami bingkiskan dalam BELASalam dari Aik Hua. 

(It inspired our mural and animation in BELASalam from Aik Hua)



MAKMAL LARAS GELOMBANG BELAS


Makmal Laras Gelombang, Pusat Pengajian Belas Hati, Untuk Sejahterakan Manusia (USM).


Makmal ujikaji melaras gelombang belas dlm hati.



ZIKIRKAN BELAS


Kpd generasi yg menghargai rahsia dan rahmat diam, wa sayang sama lu!



Kita ada kuasa utk pilih apa yg kira mahu beri tumpuan. Apa yg kita tumpu, kita jadi. Tumpu pada benci, jadi benci. Tumpu pada belas, jadi belas. Pilih utk tumpu kepada yg bawa sejahtera, wokay adik2 yg comei.



Fokus lah pada yg membuat kita gembira dan sihat. Fokus dgn rasa belas dan kasih.

















Bila adik ni dah 'in the zone', susah nak ganggu perhatian dia. Try la!




























Setelah diri sendiri tenang, jom la zikirkan bunyi yg mensejahterakan getaran jiwa kemanusiaan yg makin bising, senak dan rosak.

DEKAT DI JANTUNG YU XIN

DEKAT DI JANTUNG YU XIN Apa yang tersurat di wajah mungkin tak sama denga apa yang dibaca oleh ECG. Ini yang diterokai oleh Yang Yu Xin. Dia...