Monday, 4 August 2014

JEJAK-SEMULA H3RO : BONDA DAN PUSAKA CINTANYA (RETRACING H3RO : BONDA AND HER ABODE OF LOVE)


Terlalu banyak yang Bonda luahkan pada saya sepanjang dia beraya kembali di rumah yang didirikan bersama arwah Ayahanda dengan segala pengorbanan, titik-peluh, keringat, jatuh-bangun, sepak-terajang, suka-duka yang dikongsi bersama lebih 60 tahun bersama. Tak tertulis saya. Saya layan je, walaupun adakalanya kena leter. Kalau saya jawab atau nak cover line (bagi hujah atau alasan macam orang pandai-pandai), hanya buat dia panas je, lebih baik diam. Kalau dia marah pun, dia berhak dan layak. Tambahan pula selepas pemergian Bapak, dah tentulah hati Bonda mudah terguris.



So many things were expressed by my mother during her return and short stay at the house she built together with my late father through so many hard works, sweat and tears, ups and downs, happiness and sorrows shared together for more than 60 years. It was beyond my reach to write about them all. I just entertained her, even though sometimes I had to bear her nagging. If I tried to respond or cover my line (by giving my reasons like I'm so clever), that will only anger her. Better to stay quite. If she wanted to be angry, she deserves to be. Furthermore, after the passing of my late father, she has been understandably more sensitive.



Ini kali pertama Bonda beraya tanpa Bapak. Berat mata memandang, lebih berat hati yang menanggungnya. Saya hanya mampu rakamkan dalam bentuk foto, bersama dengan anak sulung saya, Adeela. Bonda pun dah biasa saya rakam foto dan lukis wajah dia. Memanglah sedih melihat keadaan Bonda, tapi saya perlu berikan Bonda ruang untuk berdepan dengan kesedihan di rumahnya sendiri, pusaka cintanya bersama Arwah. 

"Macam hilang tukang menyuluh bila Bapak dah takda. Rasa gelap. Banyak kenangan dalam rumah ni. Mana boleh lupa."

This is the first time my mother had to celebrate Eid without my father around. It broke my heart to see her in sadness, but she is the one who is experiencing it even more. What I could do was to document her through photographs, with my eldest daughter Adeela. After all, she has already been used to me taking her photographs or drawing her face. Of course, it was sad to see her in such sombre mood in her own house, her abode of love with my late father.

"Its like losing a torchlight at night, without your father around. Feel dark. So many memories in this house. How could I forget."




Bukan mudah untuk memadam atau melupakan segala yang dikongsi bersama begitu saja. Ingatan jangka-pendek Bonda mungkin sedikit terjejas, tapi ingatan jangka-panjangnya masih ok. Malah, walaupun seseorang itu boleh menjadi pelupa, itu tidak bermakna mereka lupa untk merasa (takda perasaan). 

"Kenapa Mak dan arwah Bapak buat rumah besor sangat macam ni?"

"Senang anak-cucu berkumpul", dia jawab.

It is not easy to erase or forget everything that have been shared together. Her short-term memories might have gradually deteriorated, but her long-term memories are still ok. In fact, she might forget, but she can still feel. 

"Why did you and dad built this house so large?"

"So that it would be comfortable for my large family to get together", she answered.



Dipersembahkan beberapa siri foto yang sempat saya dan Adeela rakamkan untuk tatapan semua. Semoga ia dapat menjentik perasaan ihsan, kasih, hormat dan cinta terhadap insan yang bergelar Bonda dalam hati kita semua. Seperti juga kehilangan memori jangka-pendek Bonda, foto-foto ini menjadi penanda kepada perubahan, peredaran, perlupusan dan per'lupa'an nilai, dari kecekalan generasi kampung pra-merdeka kepada keselesaan generasi bandar pasca merdeka (dan kini kemewahan generasi kota pasca 2000). Siri foto berikut adalah rakaman Bonda dan pusaka cintanya di 390, Jalan Tembusu, Taman Seri Setia, Teluk Intan, Perak. 

Presented here are a series of photographs for all to view. We hope that they can instil compassion, love and respect in our hearts to the person we call mom. Like the passing short-term memories of my mother, these photographs can perhaps reflect  the changes, disappearances and 'forgetting' of the hardworking pre-independence kampung (rural) generation, to be taken over by values embraced by the comfortable post-independence urban generation (or the lavishness of post-2000 metropolitan generation). The series documents my mother in her abode of love at 390, Jalan Tembusu, Taman Seri Setia, Teluk Intan, Perak.




















Photography by Hasnul J Saidon & Delly Adeela



JEJAK-SEMULA H3RO : TAHLIL UNTUK BAPAK

Alhamdulillah, tertunai hasrat Bonda, Ustaz Rahman (bekas anak murid Bapak, kini imam), Pak Ya (Dato' Yahya Zakaria, jiran dan juga bekas anak murid Bapak), dan kawan-kawan Bapak di Masjidunna'im Taman Seri Setia Teluk Intan, buat tahlil untuk arwah Bapak di rumahnya sendiri di Taman Seri Setia, Teluk Intan. Kalau tak, saya terpaksa terus menepis soalan bertubi-tubi di masjid, "tak buat tahlil ke untuk Bapak kat rumah tu?". 

Saya faham, Bapak antara pengasas dan bekas imam masjid tersebut, selain dari banyak program pengajian dan ibadah seperti qiamullail dll. Rakan seqariah dan bekas anak-anak muridnya bersepah, semuanya meluahkan rasa sedih kerana jenazah Bapak tidak dibawa pulang ke Teluk Intan untuk dikebumikan. Gitupun, mereka faham itu semua sudah tertulis, kubur Bapak di Kuala Lumpur, bukan Teluk Intan. Ramai juga yang bertanya (dan bagi pendapat) tentang rumah yang diterpaksa ditinggalkan. Oleh itu, pertanyaan mereka tentang majlis tahlil di rumah itu saya layan dengan baik. 

Syukur juga kerana dapat tunaikan 'arahan' (lebih kepada leteran) Bonda untuk uruskan majlis tahlil (walaupun saya asalnya nak postpone sebab adik-beradik semua perlu ke Kedah untuk majlis pertunangan anak sedara). Kalau tak, pasti saya terus dikhutbahkan sampai keras telinga dibuatnya. Bonda, kalau tengah berleter atau berkhutbah, lebih afdal dengor je. Yang penting, hajat Bonda tertunai dan dia gembira. 

Saya panjangkan juga kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana semuanya berjalan dengan baik.

Terima kasih tak terhingga pada Ustaz Rahman (yang tolong lead tahlil dan jemput orang masjid), Kak Wan Halimah (yang memaklum pada kawan-kawan Bonda), Abang Lin (yang tolong carikan kain pelikat buat sedekah), Kheirol (yang jadi pengurus-terjun) dan kawan-kawan dia (yang memasak dengan sepenuh jiwa), Pak Ya, dan semua yang sudi datang. Isteri saya Rozana, seperti biasa, menjadi pengurus peribadi, pengurus kewangan, pengurus lokasi (bersih dan kemas rumah serta laman), serta chef kehormat.  

"Berseri kembali rumah ni" kata Ustaz Rahman.
Kheirol (anak saudara), Abang Lin (sepupu), Rozana (isteri) dan anak-anak sibuk sediakan juadah.
"Rasa macam baru semalam kita sama-sama berbasikal ke sekolah!". Safwan (Mok), jiran dan rakan lama yang sama-sama berbasikal ke sekolah Menengah Horley Methodist Teluk Intan setiap pagi, juga penyokong tegar pasukan bolasepak sekolah.  Kini bergelar seorang guru, tapi dipinjamkan ke pejabat Pelajaran Daerah. 
Pakai jubah dan kain serban Bapak, termasuk minyak atar dia. Kopiah dia tak muat kepala saya yang besar!
Pak Ya, bekas ahli parlimen Bagan Datoh, jiran dan bekas anak murid Bapak di Sekolah Melayu Teluk Intan, tempat Bapak mula mengajar di Teluk Intan, selepas berpindah dari Pasir Salak. Banyak juga yang dia ceritakan tentang hubungan dia dengan Bapak. Selepas satu solat isya' di masjid, dia panggil saya untuk berkongsi cerita dan rasa kasihnya pada Bapak. Mungkin dia rasa saya tidak begitu mengenali atau menghargai segala jasa, sumbangan dan peninggalan Bapak di Teluk Intan.  "Janganlah biarkan rumah ni kosong. Baliklah ke sini. Jaga rumah ni, jaga mak. Walaupun Bapak dah takda, jangan putus hubungan. Dia macam Bapak saya sendiri. Saya ni macam anak dia juga. Kalau nak tukar ke UiTM Sri Iskandar, saya boleh jumpa Najib atau Muhyiddin, bagi tahu saja."  Anak Pak Ya, Shahrul, juga rakan saya, kini dah jadi Datuk dan Exco negeri Perak.
Terima kasih Ustaz Rahman.  Ustaz mengeluh, "Sedih saya tengok jenazah guru saya, macam orang terbuang di Masjid Damansara. Kalau di Masjidunna'im Teluk Intan, ramai yang akan datang ziarah dia. Dia orang mulia."  Dah tertulis dan dah rezeki Bapak, ustaz. Kita redha sama-sama.

RETRACING H3RO : AH CHAI (JEJAK-SEMULA H3RO : AH CHAI)

Ah Chai, came to visit Bonda (mother) recently, after a tahlil for my late father.

Sewaktu saya kecil, salah satu watak utama yang sering muncul dalam kehidupan niaga Bonda (dan paling saya ingat) ialah Ah Chai. Dia ialah rakan niaga Bonda sewaktu Bonda mula berniaga, membekalkan kain batik dari Kelantan. Saya masih ingat dia sebagai seorang yang lucu, ceria, suka berseloroh dan berjenaka, sentiasa bertenaga, sesekali gila-gila, dan menunggang motor kapcai mengalahkan mat rempit. Waktu tu, dia pun masih muda lagi. Dah berpuluh tahun saya tak jumpa dia. Tapi, waktu dia datang ziarah Bonda baru-baru ni, saya masih kenal dia dari jauh, walaupun rambut dia dah putih. Stail cakap dia masih sama. Seiring dengan pelarasan medan kuantum yang baik pada Hari Raya, saya dapati Ah Chai sebenornya ialah sepupu Dr. Chong, rakan dan guru astronomi saya di USM, juga pensyarah fizik di USM dan rakan seperjuangan dalam pelbagai program Bestari Sains-Seni di MGTF USM dan merata Malaysia. Dr. Chong merupakan 'orang kuat' saya semasa saya berkebun di MGTF. Kita semua saling berkait dalam tautan jaringan kuantum yang lebih halus.

When I was a little kid, one of the main characters that appeared in my mother's business life (and most memorable) is Ah Chai. He used to be my mother's business friend when my mother initially started her business, supplying batik from Kelantan. I still remember him as a funny, jovial, mischievous person who liked to poke fun, always energetic, sometimes crazy, and rode his kapcai (motobike) worse than mat rempit. He was still young then. It has been so many-many years since I last met him. Yet, when he came to visit my mother few days ago, I could still recognised him, even though his hairs were already gray and white. His style of talking was still the same. In tandem with the good quantum synchrony on Eid's Day, I found that Ah Chai is actually Dr. Chong's nephew. Dr. Chong is my friend and astronomy sifu, also a physic lecturer in USM and my collaborator in many Smart Art & Science programs that we ran together at MGTF USM as well as all over Malaysia. Dr. Chong was my right hand man when I was gardening MGTF. We are all entangled and connected in a much larger and fine quantum web.  

Sunday, 3 August 2014

DO NOT OPEN THE DOOR TO HELL!

The key to both heaven and hell on earth is in each of us. The doors are also within our hearts, and for us to choose.

Choose hate, or choose love. We have the freewill to choose. 

Hate makes one say, write and make hateful things. It makes one easily react in a hateful manner too, through myriads of fronts and disguises - religion, politic, economic, science and techn., culture, social, education. 

In the contemporary art practice, it has been termed and used by some theory brokers (including the person who is typing this) as 'angst' and made somehow fancy, fashionable, trendy, celebrated, promoted by some international art 'circus' and market.   

Hateful things and actions breed more hateful reactions upon reactions upon reactions. They normally begin with indirect innuendos, sarcasms, parodies, mockeries and so many disguises that can grow virally until everyone is drowned in a vicious cycle of reactive hatreds. Reactive hatreds can breed hate crimes (amongst the less enlightened, the fanatics that can inflict anyone regardless of whatever background). Hate crimes can escalate into hate wars. Hate wars, can go on forever, creating a hell on earth.

No, its not out there, in far, far away land, infecting far, far away people. And yes, we can easily point our fingers at whoever we like to term as 'others' or 'other people' or 'other country'. 

"I(we) don't hate, but only that person (those people) hate. We are responding to 'them'. We are just protecting and defending our interests". Sounds familiar? 

Yet, hate can seep in unnoticed in each of us, knocking on the doors of our hearts, right here, in us, in Malaysia. Each and everyone of us has the potential to be the door and gate to enter the hell of hate on earth, be us 'contemporary artists' or whatever. Sadly, I've sensed it amongst many so-called 'contemporary artists' too, obliviously emitting and parading hatreds like a plague wanting to spread its reach. I could smell them (fortunately and unfortunately), even in a distance, always making me dizzy to a point that I could vomit. Yet, hate comes in so many disguises that sometimes goes unnoticed. Ya I know, hate can be very 'dramatic', 'powerful', 'alluring', 'seductive', 'tasty', 'blunt', 'honest' (sigh) and many more veils, in the hands of some twisted 'creative' individuals (including the person who is writing this). In short, we all have to be always on guard.

So my dear brada and sista, do not open the doors of our hearts to hate. Once opened, hate will enter and occupy our minds and feelings. It will stay forever, doesn't want to leave. It will posses our minds and feelings, veil our humanity, creating hell within us, making us a 'walking hell' (full of hatred, anger, envy, greed, false assumption, fear, full of contempt, etc, in short, a walking contagious toxic energy and door/gate of hell). In fact, it wants to become us, taking over us. Its ultimate aim is that all of us become its personification (of hate), walking like ZOMBIES. It doesn't care who (amongst us) wins or loose, because once it has become us, it wins. 

Please, please la brader and sista, let us all shut the door of hate (and hell), and open the door of genuine and sincere love, NOW and every NOW. 

Humanity is a a state of emergency or code red. Wake up and take a deep lesson from those who are living in the hell of hate on earth, somewhere far, before that very hell emerges from within all of us, here in Malaysia.

We have to be the personification of PEACE. 

SALAM to all. 

 

Saturday, 2 August 2014

PESANAN TANPA PENGGUNAAN 'HAILER' (MESSAGE WITHOUT THE USE OF A HAILER)

Marilah kita berdoa agar masih ada lagi orang-orang alim tulen (yang kebiasaannya tidak begitu dikenali) yang masih sudi berdoa untuk kesejahteraan negara kita. Walaupun kecil, sudah terlalu banyak tanda yang menunjukkan negara kita sedang cuba di'usik'. Hijab yang menutupnya semakin terbuka. Salah satu proses utama dalam pemulihan dan penyembuhan adalah membuka hijab yang menutup punca penyakit. Hijab dibuka oleh doa orang-orang alim (disamping muhasabah dan taubat orang-orang biasa macam kita, bukan hanya pandai mohon hajat je). Bila dibuka, punca penyakit (batin) nampak, untuk kita sama-sama betulkan. 

Lets pray that there are still truly and genuinely pious individuals (normally unknown or obscured) who still generously pray for the peacefulness of our nation. Although Malaysia is small, there are many signs suggesting that our nation is being 'poked'. The veils that have been obscuring this are now unveiled. One of the processes of healing is the unveiling of the veil that obscures the source of an illness. Such veils can only be opened by genuinely pious people (other than our own 'reflective' exercise and repents, not just asking). Once unveiled, the source of an illness (spiritual) can be seen, for us to correct and heal.

Membenci seseorang atau sekumpulan orang (kerana sikap pembencinya), hanya akan membenihkan lebih banyak benci. Membenci (dengan melampau) atas dasar perbezaan kulit, bangsa, ideologi politik, fahaman agama, tafsiran akal, pandangan intelek, amalan budaya dsb, adalah satu punca dan salah satu dari pintu neraka dunia. Pintunya ada dalam hati kita semua. Kuncinya pada kita semua. Jika dibuka, ia menghijab pintu hikmah, mengeraskan hati, membuta akal dan melupuskan kemanusiaan. Ia mudah berjangkit menjadi wabak. Wabak ini akan menzahirkan perseteruan, permusuhan, perbalahan, pembunuhan dan peperangan yang boleh berlanjutan berpuluh-puluh tahun. Kifarah, musibah, bala boleh berlaku di mana-mana, semuanya adalah tanda-tanda untuk dijadikan amaran untuk kita. Tanda-tandanya juga dah timbul (dibuka) di negara kita. 

Hating somebody or some people (because of their hatred), will only breed more hates. Hating (extremely) because of differences in skin colour, race, political ideology, religious belief, mind interpretation, intellectual position, cultural practice etc, is the source and one of many doors for hell on earth. The doors are in our hearts. The key is with each of us. If opened, it will veil the door to wisdom, harden our hearts, blind our minds and eradicate humanity. It can spread into a plague. Such plague will bring out quarrels, disputes, murders and wars that can go on for many many years. Disasters can strike anywhere, all of which are signs for us to be warned. The signs have also appeared (unveiled) in our country.  

Oleh itu, jom la kita tobat. Janganlah ikut perangai, telunjuk, dakyah dan helah orang lain yang sibuk kita 'benci'. Ia hanya membuka pintu neraka dunia. Sebaliknya, bukalah pintu cinta, kasih sayang dan kemaafan. Tutup pintu benci yang melampau-lampau hanya dengan sebab yang cetek. 

Kuncinya ditangan kita semua.  

Therefore, lets repent. DOn't follow the attitudes, directions, propagandas and tricks of those whom we like to 'hate'. That will only open the door to hell on earth. Instead, open the door of love and forgiveness. Close the door of extreme hatred just out of superficial reasons. 

The key is in our hands.  

JEJAK-SEMULA H3RO : SIRI JENDELA DI MANJOI (RETRACING H3RO : WINDOW SERIES AT MANJOI)


Tertunai hajat Bonda beraya di Ipoh bersama Usu (adik arwah Bapak). Syukur alhamdulillah, sejuk hati melihat mereka berdua mampu tersenyum walaupun masih sedih dengan pemergian Bapak.



Lihat juga :

http://hasnulsaidon.blogspot.com/2014/08/jejak-semula-h3ro-usu-retracing-h3ro-usu.html

http://hasnulsaidon.blogspot.com/2014/08/motor-klasik-bsa-ipoh-mali.html


MOTOR KLASIK BSA, IPOH MALI.

"Toksah le berangan, tak payah le menyusah diri, baik naik kerete je", kata Usu.
Darah rider dari Bapak masih mengalir dalam diri ini.  
Macam jumpa girlfriend lama pulak! Ijut (sepupu saya) senyum je, "masih boleh jalan lagi tu! Cubalah start."
Masih mengaum dengan gagah, dan masih boleh menggugurkan jantung.

BSA ini mengembalikan saya ke zaman brutal jadi rider dulu. 
"BSA tu saya tolak RM20,000...." Lan (sepupu saya), otai barang antik, dijendela rumahnya, yang juga berfungsi sebagai muzium koleksi barang antik dia, yang buat mata saya dan anak-anak juling. Juga otai chef yang telah memasak mee kuah bertaraf antarabangsa untuk kami sekeluarga. Kalau nak rasa briyani power dia, kena datang raya pertama.  "Nol, kau buat la satu lukisan untuk aku!" "Boleh je, tapi aku kena jual kat kau RM20,000 sekeping. Susah sangat, kau tolak je motor BSA tu kat aku."


JEJAK-SEMULA H3RO : USU (RETRACING H3RO : USU)

Usu, di jendela rumahnya di Manjoi, Ipoh. "Mana gunting, tolong carikan gunting, bior (biar) aku potong je rambut tu!!!"

Tinggal dia je, Usu saya yang comel, satu-satunya adik arwah Bapak, yang sering memeluk dan mencium Bapak (dipanggil Abang) setiap kali berjumpa, hinggalah kali terakhir bila jenazah arwah Bapak sudah terkujur kaku. Kasih Usu pada arwah Bapak buat hati saya sejuk. Saya nampak arwah Bapak menerusi dia. 

She's the only one left, my cute little and petit Usu, the only sister of my late father, who used to hug and kiss my late father (she called him 'Abang', meaning brother), every time she met him, until her last hug and kiss when my late father's body was lying motionless. Her love towards my late father always soothes my heart. I see my late father through her. 

Friday, 1 August 2014

JEJAK-SEMULA H3RO : KENAPA SAYA SINGGAH DI TEBING SUNGAI PERAK TELUK KEPAYANG



Saya telah dianugerahkan rezeki untuk pergi ke banyak tempat-tempat menarik merata Malaysia, dan dunia. Tak payahlah nak disenaraikan pulak, sebab boleh jadi makanan takbur. Tapi, walau macam-mana lasyat pun tempat-tempat tersebut, singgah sekejap di tebing Sungai Perak di Teluk Kepayang masih lagi istimewa. 

Singgah di tebing sungai Perak, berhampiran dengan surau Teluk Kepayang, Bota Kiri, Perak, yang menjadi markas ibadah arwah Bapak semasa kecil dan remaja, adalah itenari Raya saya. Kenangan terakhir bersama arwah Bapak dan Bonda di tebing ini membuat kami terasa macam dia ada bersama. Kerinduan pada dia terubat sikit bila menyusuri-semula tempat-tempat yang dekat dengan sejarah hidup Bapak.


Teluk Kepayang juga kampung kelahiran kakak saya yang sulung, Puteh Saadiah. Walaupun dah lama bermukim di Kuala Lumpur dan kini menjadi pengusaha stesyen minyak yang berjaya, lidah dia, seperti saya juga, masih lidah Perak, lidah tempoyak. Dalam medan minda dan rasa kami sekeluarga, sudah di depositkan banyak getaran bumi Perak, ilmu serta segala nilai yang tidak terbayar. 

Sungai, sampan berdayung, bot, feri tarik merupakan medium perhubungan yang penting pada zaman sebelum adanya segala kemudahan jalanraya dan jambatan. Tebing sungai Perak penuh dengan tambatan, tempat mandi dengan sky roof (berdinding tanpa bumbung) dan juga jamban. Kalau mandi (di hilir atau hilio kata orang Perak), terpaksalah berhati-hati dengan sebarang objek terapung (tahi orang) yang hanyut dari jamban-jamban di sebelah hulu. Ini tak termasuk segala jenis hantu, jin, jembalang, saka yang dibuang dalam botol ke sungai. 

Sungai adalah nadi yang penuh dengan legenda, watak-watak intrigue, twist & turn. Saya masih ingat masa balik kampung naik kapcai dengan Bapak dan Bonda, menyeberang sungai naik sampan (dengan kapcai sekali), di dayung secara manual guna tenaga kudrat pendayung. Menurut Bonda, jika balik ke kampung Teluk Kepayang, abang-abang saya dimandikan di tebing sungai. Gambarnya pun masih ada, tapi kalau saya letak di sini, takut mendatangkan 'kemaluan' (memang tunjuk kemaluan pun) pada abang-abang yang sekarang ni dah jadi datuk orang. Tapi ni hikayat dulu la. Sekarang ni, sungai dah jadi tempat buang toksid dan campak sampah, bukannya baja organik macam dulu. 

Antara kampung legend yang pernah Bapak ceritakan termasuklah bagaimana perahu Orang Besar dulu-dulu, jika menghilir sungai, tak boleh didahului tahi orang. Ini hikayat "Tahi Besor": 

"Tu menatang ape (apa benda) tu!! Taik(tahi) sape(siapa) tu? depan perahu teman!! Besornye! Kurang ajor!!" ditengkingnya. 

"Tak, tu bukan taik orang, itu taik tuan......tuan buang sebelum menghilio tadi", kata pendayung untuk cover line. 

"Kalau taik teman, takpe le..."

Orang Besar, yang besar diri (sombong, ego, riak, takbur), didahului oleh tahi besar dia sendiri. Carilah sendiri moral of the storynya. 

Hikayat dan cerita rakyat dalam repositori ceramah agama Bapak sering disertai dengan moral of the story, siap dengan petikan dari Quran dan Hadis. Ini membuatkan ceramah dia (ketika dia masih muda dan sihat) lebih lawak dari pelawak-pelawak Maharaja Lawak, tapi berisi. Bapak punya sense of humor, terutama semasa dia masih bertenaga, sangat mischievous. Bila Bonda marah (Bonda kalau marah, memang brutal), dia buat lawak bodoh. 

"Kalau bini tak marah, tanda bini tak sayang. Kalau bini tak sayang, pendek umor." Tu lah jawapan Bapak, yang Bonda ceritakan pada saya. Perkara pertama yang dimintanya bila dia sedar semasa nazak di ICU, adalah memeluk dan mencium Bonda. 

"Tolong panggil isteri saya", tertulis pada kertas putih dengan tulisan yang sudah lemah, berterabur (sebab tangan mengeletar dan mata tak nampak), mulut pula dah tak boleh bercakap sebab disumbat dengan segala jenis tiub. Ini antara permintaan dia (pada jururawak kekwat di ICU).

"Pesan Tok kuat. Jaga Tok", satu lagi tulisan dalam jawi, untuk cucu dia. 

Tangan lagenda, guru dan stand up comedian saya yang lemah dan menggeletar, melambai-lambai memanggil. Adakalanya dia genggam kuat tangan saya, tak bagi saya (dan semua anak-anak-cucu-cucu yang bergilir-gilir menemaninya) meninggalkan dia. Masih terbayang-bayang, walaupun saya cuba erase atau trash kan dari minda. 

Al-Fatihah untuk Bapak. 

Bonda dan saya sekeluarga amat merindui dia.

Sampai sekarang, saya tak sanggup nonton video short "H3RO" yang saya buat dengan Andy.

http://hasnulsaidon.blogspot.com/2014/02/h3r0.html

atau

https://www.behance.net/gallery/14761117/H3RO-(2014)

  



JEJAK-SEMULA H3RO : BERAYA DI RUMAH KAK BIAH



Salah satu acara rasmi dalam itenari Raya adalah beraya di rumah Kak Biah, sepupu saya, anak arwah Pak Ngah, bapak saudara saya yang legend. Rumah Kak Biah di Teluk Kepayang, Bota Kiri, Perak, terletak betul-betul depan rumah arwah Tok Syeh Noordin, datuk sebelah Bonda. Rumah Tok Syeh dan Pak Ngah ni antara setting balik kampung saya yang awal, semasa saya masih kecil. Saya masih ingat duduk bermain atas riba Tok Syeh sambil menggosok-gosok janggut dan kepala dia yang botak dan berkilat. Dia biarkan saja. 



Rumah Pak Ngah juga sering menjadi port untuk keluarga keturunan Tok Syeh berkumpul atau lepak semasa saya kecil sekitar tahun-tahun 1970an, terutama jika ada majlis atau kenduri. Ia juga istimewa kerana di rumah inilah Tok Syeh meninggal dunia. Tok Syeh umurnya panjang, dia meninggal pada usia 112 tahun.    

Rumah pusaka Tok Syeh depan rumah Pak Ngah, kini dipusakai oleh waris arwah Tok Cik, isteri keempat dia. Tok Syeh saya juga sorang lagi legend, tapi bukanlah sebab dia ada empat isteri. Nantilah, lain kali cerita.

Dulu semasa arwah Bapak masih sihat, saya pernah ikut dia menghantar wang zakat niaga Bonda pada orang-orang miskin sekitar Teluk Kepayang beberapa hari sebelum Raya. Kedatangan Bapak memang selalu dinanti, kerana wang zakat tu, walaupun tak seberapa, adalah amat bernilai bagi mereka, terutama untuk menyambut Eidul Fitri. 

Salah satu kenangan terakhir dengan arwah Bapak adalah membawa dia dan Bonda ziarah rumah Kak Biah untuk makan durian dan masakan kampung, sambil singgah ke surau tepi tebing sungai Perak tempat dia solat semasa muda di kampung, dan juga di Pasir Salak, tempat dia pernah mengajar. Walaupun kali ni Bapak tak lagi bersama, kami tetap terasa seperti dia ada.


Rumah Kak Biah membawa saya, isteri dan anak-anak mengimbau sejarah dan asal-usul kedua-dua Bonda dan arwah Bapak. Duduk dipinggir bandar atau kota mungkin boleh membuat saya dan anak-anak prasan hip, contemporary, urban. Saka prasan ni boleh buat kita lupa. Sebab tu lah, jika ada kelapangan, saya singgah bertandang ke rumah Kak Biah, bawa anak-anak, agar mereka tidak lupa diri dan sedar asal-usul kampung mereka. Lagipun, cakap bahasa orang putih pun, lidah saya sampai sekarang masih lidah tempoyak.






JEJAK-SEMULA H3RO : CONDONG DI MENARA CONDONG

Ramainya orang bergambar di menara condong Teluk Intan. Meriah. Tapi hati saya condong, berdiri di atas bekas tapak kedai Bonda yang semakin lupus dimakan lupa. Kedai kain Bonda juga antara lokasi saya membesar. Ia mengingatkan saya kepada segala penat-lelah, keringat, pengorbanan, susah-payah, juga kecekalan serta semangat besi Bonda berniaga.

Bangunan MARA tempat Bonda mula berniaga di Teluk Intan, pula dah jadi Arked..tah amenda...

Kini, semuanya jadi hikayat buat bekal warisan anak-anak. Harap dapat dipanjangkan pada cucu-cicit generasi seterusnya, agar tidak lupus dimakan binatang bernama 'pembangunan'.


Foto oleh Delly Adeela


DEKAT DI JANTUNG YU XIN

DEKAT DI JANTUNG YU XIN Apa yang tersurat di wajah mungkin tak sama denga apa yang dibaca oleh ECG. Ini yang diterokai oleh Yang Yu Xin. Dia...