GLORIA & CENDAWAN
1. Dari mana datang idea atau ilham untuk karya ini? Adakah daripada pengalaman peribadi secara langsung, buku, internet, lawatan ke mana-mana, atau pelbagai sumber ilham?
Idea untuk karya ini pada asalnya datang daripada pengalaman peribadi saya sendiri. Saya bermula dengan sesuatu yang saya alami dan cuba memahami pengalaman tersebut dari perspektif saya sendiri. Daripada situ, saya mula memikirkan bagaimana sesuatu pengalaman yang bersifat subjektif dan tidak semestinya boleh dilihat secara fizikal boleh diterjemahkan menjadi satu bentuk visual.
Selepas mempunyai idea asas tersebut, saya menggunakan internet sebagai salah satu sumber rujukan untuk mencari cara bagaimana idea itu boleh divisualisasikan. Saya melihat pelbagai bentuk, material, tekstur dan pendekatan daripada artis lain sebagai visual references. Jadi, proses penghasilan karya ini bukan hanya bergantung kepada satu sumber, tetapi melalui proses research, observation dan experimentation sehingga saya dapat menemukan bentuk yang sesuai dengan idea saya.
2. Kenapa pilih teknik dan bahan yang digunakan?
Saya memilih paper mache kerana saya melihat material tersebut mempunyai hubungan yang kuat dengan konsep mycelium, khususnya dari segi sifatnya yang organik, bersambung dan mempunyai struktur yang berkembang. Mycelium bagi saya boleh dilihat sebagai satu sistem yang menyimpan, menghantar dan menghubungkan pelbagai informasi. Ini selari dengan idea saya tentang bagaimana sesuatu pengalaman atau kejadian boleh mengandungi banyak lapisan mesej dan makna yang berbeza.
Selain itu, saya tertarik dengan sifat paper mache yang menggunakan bahan yang pada asalnya biasa dan mudah didapati, tetapi boleh diubah menjadi sesuatu yang mempunyai bentuk dan makna baharu. Proses membina lapisan demi lapisan juga menjadi penting kerana ia memberi saya ruang untuk menunjukkan idea tentang accumulation, connection dan transformation.
Dari segi teknik pula, saya menggunakan pendekatan yang lebih eksperimental kerana saya ingin meneroka konsep phenomenology, iaitu bagaimana sesuatu kejadian atau pengalaman itu dirasai, dialami dan difahami melalui perspektif individu. Saya tidak mahu bentuk karya itu kelihatan terlalu terkawal atau rigid. Sebaliknya, saya mahu wujud unsur unpredictability dan lack of control, supaya proses pembentukan karya itu sendiri mencerminkan sesuatu fenomena yang berlaku di luar kawalan kita.
3. Apa perasaan yang paling dominan ketika menghasilkan karya ini?
Perasaan yang paling dominan sepanjang menghasilkan karya ini ialah “just do it and trust the process.”
Pada awal proses, saya sebenarnya tidak mempunyai gambaran yang sepenuhnya jelas tentang bagaimana karya ini akan berakhir. Ada banyak perkara yang saya cuba secara spontan dan ada juga hasil yang tidak seperti apa yang saya bayangkan. Tetapi daripada melihat perkara tersebut sebagai kegagalan, saya mula melihatnya sebagai sebahagian daripada proses eksplorasi.
Saya belajar untuk lebih responsive terhadap material dan membiarkan material itu sendiri memberi arah kepada karya. Kadang-kadang bentuk yang terhasil daripada proses tersebut membawa saya kepada idea baharu yang tidak saya fikirkan pada awalnya. Jadi, proses penghasilan karya ini bagi saya adalah satu bentuk dialog antara idea, material dan tindakan.
4. Apa yang dapat dipelajari daripada penghasilan karya ini?
Perkara paling penting yang saya pelajari ialah kita tidak semestinya perlu mempunyai keseluruhan idea atau perancangan sebelum memulakan sesuatu karya. Dalam proses seni, kadang-kadang idea itu sendiri hanya akan menjadi lebih jelas selepas kita mula bekerja dengan material.
Saya belajar bahawa starting without having the whole plan is totally alright. Apabila kita mula membuat sesuatu, kita akan mula menemukan masalah, kemungkinan, kesilapan dan juga arah baharu yang mungkin tidak dirancang dari awal.
Daripada situ, saya semakin memahami bahawa the process itself can become part of the artwork. Karya tidak semestinya hanya tentang final outcome, tetapi juga tentang bagaimana kita sampai kepada outcome tersebut.
Jadi, pembelajaran utama saya daripada karya ini ialah “just start it, and you will figure it out along the way.” Saya belajar untuk lebih percaya kepada proses, menerima ketidakpastian, dan membenarkan karya itu berkembang secara organik melalui proses experimentation and discovery.
No comments:
Post a Comment