Thursday 8 August 2024

KATA-KATA KERAMAT MAK AKU

 "Potongla rambut tu, dah mcm orang ganja aku tengok"

"Orang lelaki koman tepi jalan je pakai gelang kat tangan"

"Pagi2 keluar rumah cari rezki, bukan cari pasal"

"Aku potong **** kamu tu nanti" (merujuk kpd sebarang percubaan gatal utk kawin sorang lagi)

"Kamu buat benda tu (merujuk kpd karya2 konseptual dan instalasi aku), kamu jual ke? Ada ke orang nak beli?". Aku jawab, "itu art mak, utk luahkan idea dan perasaan." Mak aku jawab, "ooooo, mcm hobi le, tak payah buat duit. Orang kaya je yg buat mcm tu."

"Buku banyak2 ni (merujuk perpustakaan peribadi aku), boleh ke habis dibaca semua?"

"Apa benda kamu simpan jin telinga panjang dlm rumah, malaikat tak masuk." Aku jawab, "Itu Yoda mak, dia jedi master."

Ya Tuhan, aku sgt2 merindui bonda ku. Aku tak pasti aku ni anak yg soleh dan layak otomatik masuk syurga. Aku tau aku kepala angin, byk dosa. Tapi aku berdoa pada Mu, tolonglah ampunkan dosa dia. Kamu letaklah dia dikalangan roh orang2 yg soleh, masukkan dia dlm syurga Mu. Dia syurga aku.

No comments:

Post a Comment

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...