Wednesday, 14 February 2024

RESONAN


 RENONAN

Salah satu tugas yg diamanahkan kpd saya di @mgtfusm adalah melayan tetamu yg dtg. Bukan tetamu VIP saja, tetapi semua tetamu. Jika mereka dtg dalam kumpulan yg besar, dan jika saya rasa fit dan kuat, saya akan mengajak mereka mengalami resonan. Resonan adalah medan tenaga yg bersenadi dalam ritma, rentak, kadar, kelajuan, tempo dan frekuensi yang menyatu. Kebanyakan bentuk warisan muzik tradisi di wilayah Nusantara bertujuan untuk menyatu manusia dalam resonan tertentu. Ini dpt membina kestabilan hubungan sosial dlm masyarakat. Dlmnya juga terkandung nilai2 pelbagai bentuk ilmu. Contohnya ilmu bunyi, ilmu fizik, ilmu kimia, ilmu matematik, ilmu alam atau geografi, ilmu rekabentuk dll. Warisan ini tidak diturunkan dlm bentuk buku. Ia diturunkan dlm pelbagai bentuk muzik tradisi yg dialami secara mental, emosional dan fizikal (experiential & embodied knowledge). Menyatukan getaran minda, emosi dan fizikal manusia dalam resonan semakin sukar kerana kini kita di kelilingi oleh disonan, yakni kebisingan minda dan emosi yang tidak stabil dan tidak ada aturan. Bila kebisingan ini menjadi terlalu radikal, tepu dan keras, kita sukar untuk mengalami resonan. Antara kesannya adalah gangguan kesihatan mental seperti kemurungan, keresahan, serangan panik, imsonia (tak boleh tidur), dsb. Ditambah pula dgn gaya pemakanan dan gaya hidup yg tidak resonan tapi penuh disonan. Lagilah kronik. Kecemerlangan insan, komuniti dan institusi hadir dlm persekitaran yg ada resonan. Bagaimana kita mahu membina dan memelihara persekitaran yg resonan ini? 

#gelanggangkosmologimgtf





No comments:

Post a Comment

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...