Throwback 14 June 2023
Saya dan isteri percaya total kpd Kesembuhan dari Allah. Ia dibuka oleh doa2 yg anda semua kirimkan. Kami takkan berhenti bersyukur dan mengucapkan terima kasih atas doa anda. Ini laporan video status kesihatan saya yg terkini, khas utk anda yg doakan saya. Saya sayang anda krn Allah, hingga kdg2 saya sebak, walaupun saya cuba cover utk maintain macho. Saya pun kdg2 down. Musuh yg perlu saya tawan adalah minda dan perasaan saya sendiri. Saya perlu berdamai dgn fikiran dan perasaan saya, spt juga kawan2 semua.
Semua ada 'battles' masing2, kan. Bukan yg boleh ditunding ke luar tu, tapi yg dlm minda dan perasaan sendiri. Itulah rumah kita. Sebab tula org yg sayangkan kita dgn tulus adalah 'God sent' utk beri kita cahaya, terutama bila kita berdepan dgn gelap atau jadi gelap.
Mohon kawan2 bayangkan dlm minda dan rasa kasih dlm hati yg saya telah pulih sepenuhnya, sambil ucapkan syukur alhamdulillah. Sebarkan khabar saya sihat ya, dgn percaya total pd Kuasa Tuhan. Saya pun doakan utk setiap anda, dgn bayangan dan rasa yg sama. Kita bertaut secara kuantum dlm doa. Kita juga bertaut dlm fikiran dan perasaan (5000 kali kekuatan dari fikiran, mengikut satu hipotesis yg pernah saya baca). Kita alami hidup dlm minda dan perasaan kita, walau di mana kita berada. Kita sama2 jaga minda & perasaan kita. Ia 'servants' yg bagus, bukan tuan. Kita tuan. Kenderaan perlu kita pandu dgn berniat utk elak auto pilot. Kita pilihlah utk pandu hidup dlm cinta, sejahtera, sihat dan tenang. Tolonglah ya. Maaf saya tulis panjang. Jika dah baca sampai sini, saya kirim sayang. Bacalah ini sebagai penamat, "aku bersyukur sgt2 kerana aku dikurniakan nikmat bernafas, bernyawa, berfikir dan berperasaan. Terima Kasih Ya Tuhan ku." Kalau rasa nak nangis sebab tersentuh sgt (bukan sebab sedih), nangislah, tu tanda anda dah balik rumah asal. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment