Wednesday, 14 February 2024

RAHIM YG GELAP MENGANDUNG CAHAYA (MATA)

 


Khas utk org macam aku yg selalu digelapkan oleh perlumbaan mengejar itu ini. Ini cerita tentang perjalanan ke arah diam dan aman.

Duhai dinda ku @suhananord , 
dalam byk2 gelaran dunia yg kau kejar & cari termasuk 'doktor falsafah', ada gelaran yg kau tak perlu kejar. Gelaran tu ada dlm diri kamu.

Gelarannya.....IBU.
Ibu ialah 'cahaya' rumah. Sebab itu ada istilah 'rumah ibu' dlm bahasa persekitaran binaan dan kediaman Melayu. Ibu jugalah yg melahirkan
'cahaya' mata di rumahnya. Kediaman pula adalah ke arah diam dan aman (sejahtera' - salam). Cahayanya memancar 'kasih' dan 'belas'. Belas itu 'rahim'. Maksudnya kemampuan utk memaafkan. Rahim hanya ada pada ibu. Dalam rahim yg gelap itu kau kandung cahaya, cahaya mata, anak2 kau yg kau lahirkan. Aku tolong ingatkan je. Kotla lupa sebab mungkin terlalu disibukkan utk membukti diri pandai dan terpelajar agar dpt gelaran 'dr' utk letak pada pintu, meja dan kad. Mohon maaf byk2, aku kongsi ni pun dari rasa kasih dan belas yg telah ditanam oleh bonda aku. Dia cahaya yg Tuhan pilih utk suluh aku bila digelapkan oleh dunia sementara yg suka sgt berlumba2, berebut2, berkejar hal2 benda yg boleh disuku, sukat, sakat. Bonda aku takda phd.

@rumahtokcu




No comments:

Post a Comment

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...