Thursday, 8 February 2024

10 TAHUN BERSAMA "H3RO"


Berkarya, melalui lukisan, catan, tulisan, lisan, penceritaan, muzik, lagu dan bunyian, boleh menjadi medan berperang dgn identifikasi palsu yg kerjanya menghijab kita dari menemui inti diri. Untuk saya, ia juga adalah denai pulih. 10 tahun. Sedekad. Dari pulangnya ayahanda saya keRahmatullah ke panggilan utk saya bangun. Ia menjadi rawatan dan remedi yg amat disyukuri. Dikongsi throwback fragmen 'H3ro:Pulang' Oktober tahun lepas. Jumpa lagi pd bulan Oktober 2024 nanti utk #h3roSedekad

Semua kita sakit berperang setiap hari. Tapi musuhnya bukan di luar sana, atau di medan media sosial. Musuhnya ada dlm diri kita sendiri. Medan perangnya dlm diri. Yang perlu dipulih dan dimenangi adalah hati kita sendiri. Moga kita semua temui 'hero' dlm diri masing2.

Salam kasih buat semua kolaborator

#h3ropulangketelukintan #h3ropulang #h3roziarah

No comments:

Post a Comment

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...