SIMBOLISME DALAM TARIAN MENGHADAP REBAB
Norfarizah Mohd Bakhir
Norfarizah Mohd Bakhir
Llyn De Danaan (1986), menyatakan bahawa pergerakan tarian tradisional Melayu ini boleh dilihat sebagai satu fenomena mekanikal asli kerana setiap pergerakan yang dilakukan mempunyai hubungan dengan graviti, ruang, dan alam. Terdapat ciri-ciri simbolisme atau perlambangan dalam tarian tersebut yang boleh dirungkaikan dalam bentuk visual.
Pergerakan dalam tarian menghadap rebab menunjukkan masyarakat Melayu Islam tradisional menyatakan seni dan keindahan melalui simbol, dan amat menitik beratkan aspek ketuhanan sebagai peringatan kepada diri yang datang dari pengalaman, perasaan, kehidupan dan pergerakan. Setiap pergerakan mempunyai simbol dan metafora dari ekspresi minda yang berfungsi sebagai medium komunikasi antara mereka dan tuhan. Simbol menurut Langer (1979), adalah sesuatu perkara yang kita wujudkan dalam pemikiran atau sebagai idea tetapi tidak mempunyai kewujudan fizikal. Beliau menyarankan fungsi simbol adalah lebih bermakna daripada penggunaan bahasa.
Pergerakan dalam tarian menghadap rebab yang dipetakan dengan menggunakan alat perakam gerak menunjukkan banyak pergerakan yang bersifat simetri. Pergerakan tarian ini juga menghasilkan bentuk putaran dan lingkaran (twist and curl) dan juga lengkungan (curvature). Menurut Dato’ Prof. Dr Mohamad Najib, putaran dan lingkaran ini mencerminkan budaya masyarakat Melayu yang menghormati dan menghargai alam dengan melakukan mimesis terhadap kehidupan harian. Setiap pergerakan dalam tarian menghadap rebab secara makro adalah seimbang dan simetri, kerana setiap pergerakannya akan berulang-ulang dari kanan ke kiri. Pergerakan yang mempunyai keseimbangan dan simetri akan mengimbangkan emosi dan menjurus kepada kesejahteraan.
RUJUKAN
Llyn De Danaan (1986). The Blossom Falling: Movement and Allusion in a Malay Dance. Asian Theatre Journal Vol. 3, No. 1, Traditional Asian Play Issue Part II (Spring, 1986), pp. 110-117. Published by: University of Hawai'i Press.
Susanne K Langer (1979). Philosophy in a New Key: A Study in the Symbolism of Reason, Rise, and Arr. 3rd ed., (Cambridge: Harvard University Press, 1979). 81¬101
agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
ReplyDeleteayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
WA : +85587781483