Friday, 28 September 2018

TITIK ASAL



Setiap kita bermula sebagai satu titik halus di atas dinding rahim ibu. Rahim itu maksudnya belas. Kita bermula sebagai titik dalam belas. Jom kembali ke titik itu.

Utk menjadi titik dalam belas, ibu-bapa kita mestilah dicipta, bertemu, berkasih & belas. Kasih & belas itu cahaya yg halus. Utk mereka bertemu, tersangat byk perkara mesti berlaku, yg perlu dirancang dgn amat teliti & tepat. Apabila cahaya kasih & belas kedua ibu-bapa kita bertaut, terhasillah kita, satu titik halus dlm belas atau rahim ibu. Sebab itu dimuliakan sbg cahaya mata. Dari cahaya, menjadi titik. Dari titik, perlu dirahimi atau dibelas selama 9 bulan utk menjadi gabungan unsur2 tanah, air, api & angin hingga bergelar bayi manusia. Sebab itu bila melihat bayi, kita rasa cahaya kasih & belas. Cahaya itu juga adalah asal kita.

Utk kita menjadi titik dlm belas, kedua ibubapa kita mesti dicipta, keempat2 atok & nenek kita mesti dicipta, moyang2 kita mesti dicipta, Nabi Adam mesti dicipta, bumi mesti dicipta, sistem solar mesti dicipta, galaksi bimasakti mesti dicipta & utk galaksi bimasakti dicipta, seluruh Alam mesti dicipta.

Seluruh alam mesti dicipta utk kita nenjadi satu titik belas atas dinding rahim ibu.

Seluruh Alam dicipta utk kita menjadi saksi yg mengalaminya, pd setiap titik, setiap detik sedar dlm hidup kita. Dalam tiap titik & detik, ada seluruh Alam.

Jika seluruh Alam perlu dicipta utk kita mengalami setiap sekarang, bagaimana kita mengisi setiap sekarang setiap titik & momen hidup kita ini?



Jom getarkan & bangunkanlah dlm sebutan 'Rabbil' alamin'.

Jom kembali kpd titik asal. 

No comments:

Post a Comment

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...