Tuesday, 17 October 2017

BERSEMBANG DENGAN NASIR BAHARUDDIN TENTANG 8 INTERPRETASI KUANTUM



Nilai Impian, Negeri Sembilan
Ahad
15 Oktober 2017
Jam 11.30-12.30 thari

Saya bertanyakan Sdr. Nasir Baharuddin tentang lapan (8) interpretasi kuantum yang saya andaikan selari dengan tradisi visual Islam. Nasir memberikan reaksi spontan terhadap interpretasi tersebut berdasarkan pengetahuan dan pengalaman beliau, termasuk kerja-kerja pengkaryaan. Mari kita sama-sama santuni pandangan beliau, sambil berdoa kita sama-sama dapat pencerahan:

1. Realiti berpusatkan-saksi (Observer-centered reality)
"Ini sebenarnya merujuk kepada imaginasi. Kalau orang dulu-dulu, dipanggil ilmu laduni. Ia berkait dengan hidayah atau inspirasi. Kalau kita tengok dari sudut saintifik, ianya tentang imaginasi. Ilmu ini boleh diperolehi secara formal dari berguru dan tak formal dari alam termasuk segala makhluk seperti binatang. Nabi Sulaiman contohnya, boleh bercakap dengan binatang. Masalahnya dengan para pelukis, ramai yang suka berimaginasi tapi tidak bijak menapis imaginasi. Imaginasi ditapis menerusi konsep, untuk memberi makna kepada pengalaman atau penyaksian. Maksudnya, bagaimana kita mahu menggunakan imaginasi tadi. Konsep perlu ada rujukan. Jika tidak ada rujukan, boleh jadi keliru, tiada kejelasan, hanya berangan kosong. Rujukan atau sumber menghasilkan konsep yang konkrit. Ia  membolehkan kita membuat perbandingan, memberi makna kepada sebarang penyaksian berdasarkan sudut pandang yang berbeza-beza.

Ilusi benda pula boleh dikaitkan dengan konsep ‘virtual’ atau ‘maya’, yakni melihat merentasi persepsi pancaindera yang terhad. Dalam proses pengkaryaan, ia berkait dengan usaha melahirkan kemurniaan merentasi persepsi benda, contohnya seperti yang dibuat oleh Sol Lewit dan Dan Graham. Bill Viola menerusi beberapa karyanya, juga menyentuh tentang hidayah atau pengalaman menuju kepada spiritualiti dari proses penyaksian terhadap sesuatu fenomena, seperti kematian dan kelahiran.

Dalam konteks seni tradisi, penyaksian adalah berlandaskan zikir.

Dalam seni tradisi Melayu, melihat merentasi persepsi ini secara praktisnya boleh dikesan pada proses menenun, menganyam, menjalin, tindih-menindih, hingga terbentuk ragam hias yang berlapis-lapis. Ini sebenarnya adalah contoh melihat sistem, corak atau ‘pattern’ dari proses penyaksian tadi, bukan melihat dan meniru objek semata-mata. Jika merujuk pada Al-Ghazali, ini adalah sebahagian dari proses membuka hijab untuk melihat merentasi benda-benda kasar yang boleh dicerap. Yang akan disaksi bukan lagi objek atau benda semata-mata, tetapi tanda-tanda. Inilah yang saya katakan sebagai konsep yang menapis imaginasi tadi. Dalam konteks pengkaryaan, satu contoh ialah karya-karya Piet Mondrian, yang menapis penyaksian terhadap alam semulajadi seperti pokok-pokok dan landskap untuk mencari intipatinya. Hasilnya adalah gubahan abstrak yang amat minimal. Ini merujuk kepada usaha mencari intipati makna di sebalik tanda-tanda kompleks yang disaksikan.”


2. Alam yang bertingkat dan multi-dimensi
"Alam ini ada 7 lapis, ini kerja Allah, bukan kerja manusia. Ia disebut dalam Isra’ dan Mi’raj dan orang Islam wajib percaya. Kita tak mampu untuk menggambarkannya, bukan kerja kita pun. Yang lebih penting adalah alam yang ada depan mata kita ni dulu. Kita terokai alam depan mata ini dulu. Dalam bidang ‘biotechnology’ contohnya, ramai pengkaji kini membina teori-teori sosial menerusi pemerhatian terhadap kehidupan sel-sel halus. Perkembangan dalam teknologi Nano umpamanya, telah memberi satu persepsi baru terhadap apa yang kita katakan sebagai alam benda dan alam semulajadi. Banyak yang boleh diterokai dalam alam yang sedia ada di depan mata kita ini.”


3.  Saling bertautan dan Kesatuan Medan Kearifan Tunggal
“Dalam seni Islam ini kita panggil Kesatuan dalam Kepelbagaian, ia tentang hubungan dan konsep jaringan. Ini melibatkan kerencaman dan kompleksiti hubungan manusia sesama manusia dan manusia dengan alam yang semuanya menuju kepada hubungan dengan Yang Maha Esa, Yang Satu. Ini juga berkait dengan konsep jemaah dan syura yang hubungannya bukan sekadar hubungan fizikal tetapi yang lebih utama hubungan di tahap ‘virtual’, yakni batin, menerusi doa contohnya. Konsep hubungan, jaringan atau jemaah begini semakin dirosakkan oleh proses modenisasi yang berpusatkan pengasingan bukan jaringan atau jemaah tadi. Dalam hal ini, seni itu adalah progresif kerana boleh melestarikan hubungan jemaah, boleh dijadikan tanda-tanda untuk membina hubungan atau pertautan. Yang penting di sini adalah hubungan ide antara penonton dalam usaha mencari atau ‘research’. Seni boleh menjadi satu pelantar mencipta komunikasi untuk pertembungan dan perkongsian ilmu. Ismail Zain contohnya, melihat kerja seni dari segi komunikasi, khususnya semiologi. Seni bagi saya, dalam konteks saling bertautan ini, adalah sebahagian dari espistimologi, atau cara kita mendepani dan memaknakan proses membina jalan ilmu. Dalam Islam, ilmu syariat membawa kepada tarikat, hakikat dan makrifat. Ia bermula dengan perjalanan mengenal diri terlebih dahulu, seperti yang terkandung dalam surah Al-Iqra’."

4. Otak kuantum
"Akal ni mestilah diimbangi kalbu, yang selalu kita kata sebagai sanubari”

5. Mikrokosmos dan makrokosmos
"Ini adalah hubungan antara yang halus dengan yang kasar, yang boleh dicerap dengan yang tak boleh dicerap. Dalam konteks visual, kita boleh lihat pada bentuk lengkungan kedalam dan lengkungan keluar. Pada permukaan catan juga ada dua unsur ini, begitu juga dengan skrin projeksi.”

6. Berpasang-pasang dan saling-melengkapi
"Kita sebenarnya berada antara pasangan sebegini, sebab itu kita mesti selalu mohon Petunjuk. Ia juga berkait dengan membuat penilaian dan pilihan. Proses membuat pilihan ini ada dalam pengkaryaan, tujuannya agar dapat membina ilmu baru dengan mengusulkan pilihan-pilhan dalam cara kita berfikir. Ia membawa kepada perubahan dan anjakan persepsi dan paradigma. Dari pilihan, baru ada capahan atau ‘diversity’ ilmu. Anjakan ini, tunjangnya komunikasi. Bila ada anjakan, barulah fikir dan rasa itu meningkat tahap atau makamnya. Jika fikir baik, jadilah baik, jadilah ibadah yang menuju kepada Allah. Ilmu ni ada dua pemanduan, satu tu dari Iman atau Kepercayaan yang bawa pada Hidayah, satu lagi dari nafsu yang bawa kepada kerosakan. Pilihlah."

7. Kesedaran tinggi 
"Ini berkait dengan fana yang dialami sanubari, bila berada dalam infiniti.”

8. Geometri dan tatabahasa harmoni
"Geometri bagi saya adalah figura - a figure. Geometri tu adalah bentuk. Bentuk yg dibina oleh bits, digit dan nombor-nombor. Ia adalah neurons dan sel bagi membentuk bentuk. Rujukan geometri dan tatabahasa harmoni yang terbaik ialah figura atau tubuh badan manusia itu sendiri, seperti yang telah dilukiskan oleh Leonardo da vinci. Dalam figura ada zikir, seperti gerakan sujud. Maksudnya tak perlu ego, tak perlu bermegah-megah, tundukkan diri kerana semua ciptaan sujud, bukan meninggi-ninggi. Ini konsep ‘humility’ yang perlu dilalui dalam zikir. Geometri, tatabahasa harmmoni dan figura manusia itu semua pada saya adalah zikir.”
 



Moga kita semua peroleh pencerahan dari sesi kerdil antara saya dan kawan lama saya ini. Kita sama-sama belajar dari satu sama lain.

Thursday, 12 October 2017

HUKUM

"Ustad, apa hukumnya kalau saya menampor muka orang yang suka sangat mengumpat, menilai dan menghukum orang lain masuk neraka ketika memberi ceramah?"


Sunday, 8 October 2017

MENTAL CRUELTY

"The last thing you want to do to an honest artist is to 'factualize' her/his emotion and expression."

Mental cruelty. 

Wednesday, 4 October 2017

SUARA BELAS.

Kalau minda bising, macam mana nak dengar suara BELAS yg bergetar dgn setiap degup jantung serta nafas yg dihela dan dihembus?


BAGI SALAM

Gua tak kenal lu. Tak pernah jumpa pun. So, kalau nak enter frame dlm facebook atau instagram, bagi la salam dulu wokay brader sister. 

Monday, 2 October 2017

JUMPA MALAIKAT

Nak jumpa Malaikat, kena la lepas dari setan dulu. 

Moga kita tidak cepat emo bila dlm hidup ni perlu berdepan org2 perangai mcm setan. Semua tu nak keluarkan dan halau setan dari 'dalam diri kita sendiri'. 

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...