Monday, 25 September 2017

TERBANGUN DARI MIMPI.

Sedang saya sibuk nak jadi terbaik, tiba2 kucing saya sibuk ganggu minta makan. Geram saya dibuatnya. Tiba-tiba kucing saya tu bercakap:

"Sibuk nak jadi yg terbaik, jgn la sampai lupa nak buat baik."

Terbangun saya dari mimpi. 





Sunday, 24 September 2017

TOP LESS

"I'm on the TOP TEN list. What about u?"
"Me? Im topless"

TOP

"A healthy and meaningful learning experience is about discovering our higher selves so that we can be on top of our lower selves. 

It has nothing to do with a rat race to be the first or on the TOP."

Possible Minister of Education


TERBAIK DAN BUAT BAIK

Nak jadi yg terbaik atau nak buat baik?
(Ringkasan tazkirah whatsapp yg diterima tadi)


Saturday, 23 September 2017

MESSAGES BEHIND 'MISFORTUNES'

TREATED UNFAIRLY =
...so that you will come to know the value of justice. 
BETRAYAL = 
...will teach you the importance of loyalty. 
LONELY =
...so that you don’t take friends for granted.
BAD LUCK =  
...so that you will be conscious of the role of chance in life and understand that your success is not completely deserved and that the failure of others is not completely deserved either. 
LOSING = 
...is a way for you to understand the importance of sportsmanship. 
BE IGNORED = 
...so you know the importance of listening to others. 
PAIN =
...to learn compassion. 

Inspired by a graduation speech by
John Robert
US Supreme Court 
Chief of Justice

Sunday, 17 September 2017

SOALAN ORG PANDAI & JAWAPAN ORG BIASA

SOALAN
"Kenapa nak gemakan belas? Anak2 org kita tak cukup kasih-sayang ke?"

JAWAPAN
"Kalau cukup, dia tak menyebabkan kematian anak2 yg lain."




BELAS+ALAM+SALAM=SEJAHTERA


"Mana BELASalam?"
"Pada tapak tangan, ada belas, ada alam, ada salam." Jom kita pulihkan satu sama lain.

SEMENTARA ITU

Sementara itu, sekumpulan org2 pandai terus sibuk menunding jari, berhujah tanpa hijrah, bogel membogel satu sama lain, belasah tanpa belas dan bergasak sesama sendiri. 

Fuyooo.

PANGGILAN KECEMASAN UTK PEMULIHAN

Yg sakit, jiwa mereka. Jumlah yg sakit makin meningkat. Tapi masih ada peluang utk pulih. Pulihkan dgn kasih dan belas, bukan benci & belasah. Jom tingkatkan getaran mereka

(Their souls are in pain. Their numbers, are increasing. But there is still a chance to heal. Heal with love and compassion, not hate & hit. Lets raise their vibration)


SEBAB BELAS

Sebab itulah kami gemakan BELAS. 


Friday, 15 September 2017

PEDULIKANLAH KESELAMATAN ANAK2 TAHFIZ

Semasa takda bencana & kematian, takda pun komen apa2 berkaitan anak2 tahfiz dlm media sosial. Bukan peduli atau ada belas pun pada mereka sebelum ini. 

Ni mula la balik musim nak lumba2 tunding. 

Isshhhh. 






Thursday, 14 September 2017

R.0.I

R.O.I (Return Of Investment)
P.U.P (Pulangan untuk Pelaburan)

"Apabila saya sudah dewasa saya akan membeli sebuah rumah yang besar dan mengajak umi dan abah tinggal bersama-sama saya. Ini juga sebagai tanda saya sayang pada umi dan abah." (pelajar darjah 6, SKSri Lindungan Raja, Sedim, Kulim, Kedah)

#gemaBELAS2017 #DidikJiwaHalus #7TingkatPermai


Wednesday, 13 September 2017

P.L.O

PROGRAM LEARNING OUTCOME (PLO)
Based on the main stakeholders: parents-centric
HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM
Bardasarkan pemegang-taruh utama: sentrik-ibubapa

"PESANAN

1. Jadilah anak yang soleh dan solehah
2. Jangan sombong dengan sesiapa pun
3. Bila sudah berjaya, jangan riak
4. Bersabar dengan semua dugaan

Ibu-bapa SKSri Lindungan Raja, Sedim, Kulim, Kedah".

#gemaBELAS2017
#DidikJiwaHalus
#7TingkatPermai


P.E.O

PROGRAM EDUCATIONAL OBJECTIVE (PEO)
based on the main stakeholders: parents-centric
OBJEKTIF PENDIDIKAN PROGRAM
berdasarkan pemegang-taruh utama: sentrik-ibubapa

"Pesananku buat anak-anakku

1. Dirikanlah solat 5 waktu sehari semalam. Dengan solat sahajalah akan menjanjikan kebahagiaan di dunia & akhirat.
2. Sentiasa mendoakan kepada mak dan ayah, apabila kami berdua tiada lagi di dunia ini.
3. Menjalankan tugas dan amanah yang diberikan dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab.
4. Jadilah orang yang berguna dan dapat membalas jasa dan memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan negara.

Parent's Sedim"

#gemaBELAS2017
#DidikJiwaHalus
#7TingkatPermai


Monday, 11 September 2017

MURID DI HATI GURU

Sedasyat mana pun jenis pekerjaan,....dlm hati seorang bekas guru, anak murid dia tetap 21 selamanya, hahahhhh....(Sabina Kiam JImmy Choong dan semua bekas pelajar saya)




MENJAMIN MASA DEPAN CEMERLANG!

Semoga pelaburan kita semua hari ini, menjamin pulangan (R.O.I) yang lumayan. 


Teladan buat diri kita sendiri, terutama yg sering diumpan dan dilumba dgn istilah ROI dan KPI bagai.



Sunday, 10 September 2017

LABUR LEBUR LIBUR

Labur Lebur Libur hanya dibezakan dgn 'a', 'e' dan 'i' je. Pilihlah baik2.

KEBUN DI SEDIM

Warisan termahal utk diamanahkan kpd generasi mendatang adalah belas alam semulajadi yg tidak dicemari haloba.

(The most precious legacy that can b bestowed upon the future generation is a greed-free Natural environment).

#DidikJiwaHalus
#KebunDiSedim






















Saturday, 9 September 2017

KASIH SAMPAI SYURGA

Apa yg menjadi teras #KebunDiSedim? Terasnya adalah Kasih dan Belas yg tulus di dunia sampai ke syurga. #DidikJiwaHalus @rozanasbatik


PIL BIRU

Jika mahu membina ego palsu dan memunafikkan diri, atau mahu beri makan pada saka prasan seniman, itu saya tak minat nak layan. Tapi saya boleh cadangkan beberapa pakar yang berkelayakan untuk dilanggan. Yang boleh saya ikhtiarkan adalah memberi pil biru pencair ilusi bentuk dan rupa untuk mereka cuba menyingkap hijab minda. 

ALAMI ALAM

Alami alam lebih afdal dari bidaah kata dalam kekangan bilik kuliah yang lebih banyak mengajar berhujah dari berhijrah. Ia juga denai atau laluan yang lebih dekat fitrah jika dibanding dengan ketepuan ruang galeri, bau haloba dan duri persaingan takbor lupa kubor. 

Friday, 8 September 2017

HIDUP SATU PENEROKAAN YG OSEM

Ainina Hasnul, "...hidup ni suatu penerokaan yg osem, bukan perlumbaan. (...life is an awesome xploration, not a race)"
- Sincerely, Your Abah.


ANAK, DALAM HATI SEORANG BAPAK

Sehebat mana mana pun ijazah, ranking, nombor, tempat, pangkat, darjat, jawatan, gaji, kekayaan, kemewahan, gelaran, kurnia, anugerah, pengiktirafan, hadiah,.......dalam hati seorang bapak, anak dia tetap darjah 6 sampai bila-bila.  



MANUSIA BUKAN ARNAB.

Cukup-cukuplah menjadikan manusia arnab, yg boleh diumpan dgn lobak merah.

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...