Tuesday, 23 July 2013

MARI MENUJU KEJAYAAN


Tolong doakan anak comel nama Amira ni. Pagi ni dia ada ujian dan temuduga kemasukan program senibina UiTM. Dia budak baik. 

(Please pray for Amira's successful test and interview for entry to UiTM's architecture programme. She' a good girl)


Kepada semua sahabat fb yang mendoakan anak saya Amira Hasnul Jamal diterima masuk ke program sarjana muda seni bina di UiTM dulu, terimalah salam kasih dan kesyukuran tak terhingga dari saya sekeluarga. Getaran kuantum dari doa anda semua telah dimakbulkan Allah, dia diterima masuk. (To all my fb friends who had prayed and sent wishes to my daughter Amira Hasnul Jamal for her success in entering the bachelors of architecture program at UiTM, my family and I offer our gratitude and love. The good quantum vibrations of your prayers and wishes have been answered, she was accepted.) 

As for Mia, perhaps the following blog entry is still relevant to remind you to be thankful for being granted the gift of life, to fill such gift with gratitude, especially when there were so many fb friends from all walks of life who had prayed for u and sent u good wishes - Luv from Abah. 

Terima kasih semua atas ucapan yg baik baik. Guru-guru kita yg hebat-hebat tapi selalunya tersembunyi, selalu pesan - hebat dan unggul adalah pUJIan, pinjaman sementara yang dividennya di akhirat bergantung kepada bagaimana pinjaman itu dilaburkan (kekadang dileburkan) di dunia. Saya panjangkan je ye. Terima kasih lagi sekali atas kata-kata sejuk utk Amira dan saya, yg dapat la juga kurangkan angin panas dalam diri. Angin panas ni boleh leburkan segala kehebatan dan keunggulan mimpi benda yg dilayan sakan walaupun hanya dipinjam sementara je. Mari semua menuju kejayaan.

No comments:

Post a Comment

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...