Thursday, 23 May 2013

PESANAN UNTUK ANAK-ANAK PROGRAM TEKNOLOGI & REKABENTUK MEDIA BARU.USM.


Walaupun raya lambat lagi, ni nak minta maafla ya, kalau ada minda dan rasa yg tersekeh, tersentuh, tercalar, tercabar, terhantuk, tersadar, terkezut dan terbelahak sepanjang saya memainkan peranan sebagai kuli dan tukang kebun bertuankan anda semua, makan gaji hasil duit rakyat dan duit yuran yg anda semua bayor. Anda semua adalah amanah utk saya, bos saya. Saya cuma panjangkan apa yg telah dibekalkan ayahanda-bonda dan guru-guru saya dulu, yang memanjangkan bekalan guru-guru mereka, yang diwarisi dari wasiat batin Penghulu kita. Kebun saya bukan subur pada jasad bangunan atau nama institusi atau jenama politik. Kebun saya subur dalam minda dan hati manusia manusia seperti anda semua, yang harapnya dapat saya sentuh dengan kasih sayang antara manusia, walaupun nampak dari segi jasadnya brutal. iSyukur dan terima kasih bebanyak kerana menghargai servis saya sebagai tukang kebun anda. Memang sedap pinjam kredit utk layan prasan, tapi kredit hakiki hanya kepunyaan Allah. Terima kasih la doakan saya, memang saya yang suka layan angin ni perlu disejukkan oleh doa-doa anda semua. Itu semua rezeki yang amat saya hargai, jauh melebihi umpan benda. Saya juga amat bersyukur ditemukan dgn anda semua anak-anak baik yg mungkin selalu didoakan baik-baik oleh kedua-dua ayahanda dan bonda anda semua. Sampaikan salam saya pada mereka. Anda semua kini sudah menjadi inspirasi untuk adik-adik junior utk tahun-tahun mendatang, agar Kebun Media Baru ini akan terus subur menjadi oasis lestari yg membawa kesejahteraan dunia-akhirat utk semua manusia dan seluruh alam. Sekian kuliah untuk malam ini.

No comments:

Post a Comment

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...