Title
Getaran Jiwa –
P.Ramlee Merentas Zaman (Vibes of the
Soul – P.Ramlee Across Time)
Year
2004
Material
Musical Theater with multiple channel video
Duration
1
hour
Performance
- Auditorium USM Cultural Center, USM, 2004
SENARAI
TENAGA PRODUKSI
Penerbit
Universiti Sains Malaysia
Penerbit Bersekutu
Pejabat Pembangunan Seni & Budaya, Pusat Pengajian Seni USM
________________________________________________________________
Artis Jemputan
LIZA HANIM
Orkestra Jemputan
ORKESTRA P.RAMLEE, YAYASAN KESENIAN PULAU PINANG
Penyanyi & Pelakon
MAIZUL EFFENDY BAHARUDDIN
RAMNAH RAMLI
HALIMI MD NOH
AININA JAMAL
NORAZIZAH RUSLI
SAIDI BAHARUM
ROZAIDI HAMI
ROHAIZAL
MOHAMED OTHMAN
R. JEMMY HUSSAIN
Pengarah
HASNUL J SAIDON
Penolong Pengarah
NORHELMI OTHMAN
Konsep & Cerita Asal
HASNUL J SAIDON
Skrip
HASNUL J SAIDON
NORHELMI OTHMAN
RAMNAH RAMLI
ROZANA MOHAMED
Perunding Skrip
Halimi Md. Noh
Penataan Seni &
Pereka Produksi
HASNUL J SAIDON
Penasihat Muzik
MALIK ISMAIL
Penyelaras Muzik
SHAMSURI DARUS
Penggubah Muzik
IDRIS MAT ISA
Penasihat Gerak
ZOLKAFLI ISHAK
Pereka & Penyelaras
Multimedia
TENGKU AZHARI TENGKU AZIZAN
Penata & Penyelaras
Cahaya
YUSRI ABD RAHMAN
ROSLAN CHIN
Pereka & Penyelaras
Set
SAPAREL SALEH
Pereka & Penyelaras
Kostum & Props
TETRIANA AHMED FAUZI
Penyelaras Audio
Art Tune
PTPM USM
________________________________________________________________
Pengurus Produksi
RAMNAH RAMLI
Pengurus Pentas
MOHD YUSUF BAKAR
ZAHARI MOHD NOOR
Pengurus Pemasaran,
Promosi & Logistik
NORAZAH ABDUL AZIZ & YUSUF
Pereka Grafik
ABDUL RAHIM ABD AZIZ
MAIZUL EFFENDY BAHARUDDIN
Penyelaras Kewangan
ZURAIDAH AHMAD
Pembantu Logistik
FADZILAH ISMAIL
AFIFAH MURSYIDA AHMAD
Pembantu Pentas
MOHAMED OTHMAN
R. JEMMY HUSSAIN
ANUAR ZAKARIA
Yang
‘ada’ itu bergetar. Yang bergetar itu sedar.
Yang sedar itu bergetar (menggengam tangan ibarat penumbuk sambil menumbuk dada
mengikut ritma degup jantung).
Getar….jiwa. (melagukan getaran
jiwa sambil tangan terus menumbuk dada).
Yang
dilanda itu adalah hati. Pada hati, ada
cahaya (melihat lilin). Pancarannya
jatuh pada pentas (melihat ke lantai) dan tabir (melihat ke tabir pentas)
menjadi bayang. Kerana ada cahaya, wujud
bayang. Tempat jatuh! dan bermainnya
bayang adalah lautan ujian. Tabirnya…….berlapis-lapis. Mesti diselak, mesti dibuka. Kerana ada dilihat dalam melihat, ada
ditonton (melihat penonton) dalam menonton, ada disaksi dalam menyaksi, ada aku
dalam kamu, ada kamu dalam aku, ada ada dalam tiada.
(Melihat
lilin) Yang dicari itu cahaya, bukannya bayang di atas pentas, atau bayang yang
jatuh di atas tabir. Bukannya bayang.
Bayang memang gelap dan banyak, tapi cahaya hanya Satu….. Hanya satu
(melihat dan menggenggam lilin). ………….
Ada cahaya
singgah hati, ada hati yang dilanda getaran, ada getaran kerana sedar(kembali
menumbuk dada), ada jiwa kerana sedar, ada sedar yang meng’ada’kan aku, dalam kamu,
kamu dalam aku. (geleng-geleng kepala seperti tidak faham dan bingung)
(Melihat
ke atas, arah control room) Sudin!....Satar!....Ramlee! (dalam loghat Jawa persis
Wak dalam filem Pendekar Bujang Lapuk) hari sudah mau hujan……selak ini tabir,
buka ini pentas! Kita mahu main bayang!
GETARAN JIWA : P.RAMLEE MERENTAS ZAMAN
Sebuah teater muzikal multimedia
CATATAN
PENGARAH PROJEK
Apakah P.Ramlee masih relevan dalam konteks perubahan dunia seni
dan hiburan tanah air yang semakin ditekan oleh arus globalisasi dan
teknologi? Apakah warisan kesenimanannya
masih boleh dicerap dan dihayati oleh generasi masa kini yang sudah lali dan
tepu dengan seni hiburan santai yang disimbah oleh media massa?
Masih mampukah getaran seninya merentasi zaman yang semakin rancak
berubah? Adakah cahaya ilhamnya masih boleh diwarisi oleh generasi kini dan
mendatang?
Inilah antara persoalan yang menggerakkan Pejabat Pembangunan
Seni & Budaya (Dewan Budaya) USM untuk mengusahakan sebuah persembahan unik
yang dinamakan “Getaran Jiwa : P.Ramlee Merentas Zaman” (GJ). Persembahan ini
beriltizam menghidupkan getar seni
P.Ramlee dalam bentuk semasa yang menggabungkan elemen teater, konsert muzik
dan multimedia.
Teras kepada persembahan ini merujuk kepada ‘getaran jiwa’ yang
merupakan nadi terpenting dalam warisan karya-karya tinggalan P.Ramlee. Beliau ibarat sebutir ‘cahaya’yang menyentuh
khalayak menerusi kepekaan menggarap getar jiwa masyarakatnya. Segalanya ditempiaskan dalam bayangan watak,
cerita atau kisah, dialog, lagu dan senikata yang dicipta.
Sekiranya bentuk-bentuk zahir sesebuah masyarakat akan sentiasa
berubah, getar jiwanya tetap bergelora dalam arus dan ombak yang sama. Inilah yang memacu dan menyinari warisan
tinggalan P.Ramlee merentas batasan bayangan zaman. Getaran jiwa, nadi, cahaya
dan bayang adalah juga unsur-unsur utama yang diserapkan dalam konsep
persembahan GJ. Unsur-unsur ini juga
dapat diteliti dalam warisan tradisi wayang kulit.
Persembahan Gj juga menjunjung semangat P. Ramlee merentas
sempadan bidang-bidang seni baik seni lakon, seni pentas, seni filem, gubahan
lagu,muzik dan nyanyian. Selain dari merentas bidang, semangat merentas
generasi – kanak-kanak, remaja, dewasa dan tua juga diadaptasikan. Kehebatan P. Ramlee merentas sempadan bidang dan
generasi sewajarnya dijadikan model terbaik untuk sebarang inisiatif seni dan
budaya kontemporari dikalangan generasi seniman masa kini. GJ mengembangkan semangat ini kepada usaha
merentas perbezaan antara dunia filem, pentas, muzik, nyanyian, rekabentuk,
seni halus dan yang terkini – multimedia.
GJ menterjemahkan konsep getar, nadi, cahaya dan bayang dalam
bentuk sebuah cerita yang ringan sebagai wahana atau medium penyampaian mesej.
Seiring dengan keunikan P.Ramlee menyampaikan mesej-mesej berat dalam bentuk
yang bersahaja seperti komedi, GJ cuba menghidupkan keunikan sebegini
menerusi garapan dan pembacaannya terhadap situasi masyarakat semasa di
Malaysia.
Situasi ini merujuk kepada kesan dari tekanan meniti kemajuan
material yang mendadak, arus globalisasi budaya dan ekonomi pasaran liberal,
ledakan teknologi komunikasi, dan keterbukaan hiburan popular yang semakin
membingit.
Situasi masyakarat semasa yang semakin memecah menjadi serpihan
fragmen-fragmen kecil digambarkan menerusi sebuah keluarga ahli korporat
bumiputera yang ghairah dan tenggelam mengejar habuan kebendaan
semata-mata. Keghairahan yang tidak
berpandu ini telah meminggirkan unsur terpenting dalam pembinaan siasah
keluarga dan masyarakat yang sejahtera – yakni jiwa yang sihat dan bersinar disimbah
oleh rasa kasih dan sayang sesama insan.
Watak-watak dan jalan cerita keluarga yang dipapar mencerminkan
serpihan fragmen manusia yang semakin hanyut dalam pemainan bayang kepuasan material
masing-masing. Ibarat lakonan atau kepuraan-puraan yang tidak disedari, bayangan
kepuasan fizikal ini perlu dibuka tabirnya agar kita semua dapat melihat dengan
cahaya mata hati. Pembuka tabir
ditamsilkan menerusi watak seorang pendita pembawa cahaya dan seorang anak
perempuan yang terpaksa bersendiri dalam mencari cahayanya.
Apakah keluarga (atau masyarakat) yang hanyut, gersang dan
pecah-retak sebegini dapat diselamatkan?
Apakah katalis yang dapat menyelamatkannya? Apakah kita perlu menuntut korban yang lebih
ramai? Apakah pengorbanan untuk harga
sebuah kemajuan yang mahu kita gapai dan junjung? Apakah makna kemajuan yang kita pegang? Apakah
sebenarnya yang kita kejar dan cari?
“Getaran Jiwa : P.Ramlee Merentas Zaman” (GJ) diusahakan sebagai
sebahagian dari sambutan 35 tahun Universiti Sains Malaysia (USM). GJ juga merupakan antara aktiviti pengisian
siri program “Demi Masa 2004” yang diusahakan oleh Pejabat Pembangunan Seni
& Budaya, Pusat Pengajian Seni USM untuk sepanjang tahun ini.
“Demi Masa” merupakan sebuah usaha terancang memperkasakan seni
dan budaya dalam sebuah oasis ilmu bernama Universiti Sains Malaysia. Ia beriltizam mengimbangi penekanan universiti
ini terhadap aspek-aspek pembangunan sains dan teknologi dalam mendepani
cabaran semasa dan mendatang.
HASNUL J SAIDON
Pengarah Projek
SINOPSIS
CERITA
Cerita
berkisar sekitar keluarga Nur Lail, seorang kanak-kanak perempuan yang
kesunyian mencari cahaya kasih dalam sebuah keluarga mewah yang hanyut dalam
kerakusan mengejar habuan hidup masing-masing.
Lantaran dipinggirkan, Nur Lail lebih senang bermain dengan computer laptopnya dan hidup antara dunia realiti
dengan dunia siber. Nur Lail juga
sentiasa berbicara sendirian, menjadikan dirinya hidup antara dunia nyata
dengan dunia khayalan atau mimpi.
Ibunya
Wan Muslimah Wan Ketut sentiasa dihimpit oleh tekanan menjaga imej diri dan
keluarga agar dihormati dan disanjungi oleh masyarakat. Bercita-cita untuk membantu suaminya mengejar
status Dato’, Wan Muslimah berpura-pura bahagia walaupun beliau sentiasa
dipinggirkan oleh suaminya yang sibuk mengejar habuan politik, wang dan
wanita. Tekanan ini menjadikan Wan
Muslimah terlalu keras terhadap anak-anak yang semakin hanyut dalam dunia
masing-masing. Walaupun sibuk dengan
kerja-kerja amal dan kebajikan untuk menjaga imej peribadi, dia hidup dalam
kepura-puraan dan gagal dalam menjaga keluarganya.
Jalan
cerita seterusnya meniti rentetan kehidupan Wan Muslimah dengan ahli-ahli
keluarganya yang terpecah ibarat serpih-serpih yang hidup dalam dunia bayang
masing-masing.
Anak
perempuan remajanya Zeti, tenggelam dalam khalayan cinta remaja pra-matang
terlarang dengan jejaka bernama Shak yang tidak disukainya. Anak lelaki sulungnya ‘Mat Rock’ khayal dalam
dunia heavy-metal, pil ekstasi,
budaya metro berpaksi aliran dollar, selera urban alternatif, dan kebebasan dunia mat motor yang tidak
berkiblat. Anak perempuan sulungnya Dina
seorang career woman pula semakin
keras disampuk angin dunia korporat yang gersang jiwa dan sanggup menggadai
maruah diri dan bangsa demi mengaut keuntungan.
Anak lelakinya yang remaja Niko,
hanyut dalam bingit dunia hiburan pop dan simbahan citra tv satelit tidak
bersempadan hingga tidak lagi boleh berkomunikasi secara normal dengan manusia
lain.
Suaminya
Hussein Maidin Putu semakin tewas dalam perjuangan politik dan ekonominya,
dibuai mimpi harta, tahta dan wanita sehingga memaksa Wan Muslimah berjinak
dengan bomoh (yang penipu) untuk mengubati suaminya.
Wan
Muslimah cuba
menyatukan keluarganya yang retak berpecah namun dia sendiri tewas dan hidup
dalam kepura-puraan mengejar bayang penghormatan dan sanjungan masyarakat. Pada masa yang sama, musuh-musuh politik dan
perniagaan suaminya sentiasa menanti untuk membalas dendam, menyebabkan dia
menjadi semakin terhimpit.
Begitupun,
Wan Muslimah tidak menyedari bahawa dia mempunyai sebutir cahaya yang boleh
menyelamatkan keluarganya dari hanyut dalam bayang masing-masing. Apakah dan siapakah yang membawa cahaya
tersebut? Apakah harga yang perlu
dibayar oleh keluarga ini untuk membuka tabir kepuraa-puraan dan menerima
cahaya menerusi mata hati? Apakah sebenarnya yang mereka kejar dan cari? Apa
yang mereka dapat?
SYNOPSIS (ENGLISH)
A homage piece to Tan
Sri P. Ramlee that combined live music and vocal, theater and video art in an experimental stage performance. The work
was composed in a form of a story about a fractured and broken family of a
Malay businessman in Penang.
PERINCIAN
WATAK UNTUK PELAKON DAN PENYANYI
- Nur Lail
Nur Lail atau cahaya
malam adalah watak untuk seorang anak perempuan berusia antara 6 hingga 12
tahun. Nur dilahir dan dikelilingi oleh
kegelapan jiwa-jiwa yang dikepung bayang tuntutan kebendaan. Kegelapan ini dicitrakan dalam bentuk
keluarganya sendiri. Nur ialah anak
bongsu sebuah keluarga ahli korporat Melayu yang dihimpit dan ditewaskan oleh cabaran
memperkasakan peradaban bangsa yang bersifat material semata-mata. Seiring dengan namanya, Nur tertarik kepada
semangat yang membawa cahaya dari getar jiwa yang luhur. Lantaran itu, dia boleh melihat dan
berkomunikasi dengan PC yang tidak boleh dicerap oleh mata kasar manusia.
Secara zahir,
hubungannya dengan PC disinonimkan dengan minatnya kepada mesin PC laptop yang
selalu diribanya. Nur melihat mesin ini sebagai pembawa cahaya (maklumat hadir
dan disalurkan dalam jaringan fiber optic sebagai signal cahaya). Baginya mesin
tersebut adalah cahaya untuknya yang sunyi dalam kegelapan jiwa sebuah keluarga
yang gersang. Nur terawang antara alam
nyata dengan alam siber, juga antara dunia fizikal dengan dunia ghaib.
- Encik Hussein Maidin Ali Putu - Tuan Korporat bakal Dato’
Tuan korporat ini
merupakan seorang usahawan bumiputera yang boleh dikira berjaya. Mewarisi peniagaan bapanya dari generasi
penghijrah Pulau Mutiara yang pertama. Bapa
kepada Nur Lail. Suami kepada Puan Wan Muslimah
Wan Ketut. Berusia dalam lingkungan
50an, berkulit gelap dan berbadan agak gembal dengan perut yang ketara
buncitnya.
Encik Hussein tewas tenggelam
dalam angan-angan korporat dan politik yang sangat tinggi, dipacu pula oleh
nafsu besar hingga bertukar dari seorang peniaga kecil yang berbudi luhur
kepada seorang yang berjiwa bengis, kasar, rakus dan keras. Bermula dari hasrat mulia memerdekakan
bangsa, Encik Hussein bertukar menjadi hamba korporat dan politik wang yang
tidak mengenal halal dan haram, yang hak dengan yang batil. Jiwanya dihijab dan dirasuk oleh ketaksuban
mengejar kemewahan hingga melupai tanggungjawabnya sebagai seorang bapa. Encik Hussein juga dibeban hutang, tuntutan
gaji pekerjanya yang diperah dikerah tanpa belas kasihan, dendam seteru niaga
dan politik yang diainayanya. Beliau
dihanyut oleh arus rasuah, teman-teman wanita dan pujian penyokong-penyokongnya
yang tidak ikhlas.
- Wan Muslimah Wan Ketut
Anak kepada seorang
ulamak dan guru agama dari Pantai Timur.
Berusia dalam lingkungan lewat 30an, berbadan besar namun masih manis
menawan rupawan. Sentiasa menjaga penampilan diri apabila berada ditengah
masyarakat tetapi sangat berserabai apabila berada dalam rumah sendiri.
Walaupun Puan Muslimah
hidup dalam kemewahan yang disediakan oleh Encik Hussein, jiwanya sentiasa
tertekan lantaran sikap suaminya yang semakin lupa diri. Puan Muslimah tersangat taksub dalam menjaga
nama baik dan imej keluarganya sehingga menjadi terlalu keras dalam mendidik
anak-anak. Beliau sentiasa mahu menonjolkan
imej beragama walaupun pada hakikatnya beliau sendiri tidak ikhlas dalam
melaksanakannya. Setiap perkara yang dibuat perlu nampak mulia hanya
semata-mata untuk mendapat pujian dan penghormatan dari masyarakat. Puan Muslimah sibuk melibatkan dirinya dengan
kerja-kerja amal untuk meningkatkan imejnya, walaupun pada hakikatnya beliau sendiri
gagal mendidik anak-anaknya dengan sempurna.
- Dina (Wardina Afifah Hussein Putu)
Anak perempuan Encik
Hussein. Berkulit hitam manis. Seorang ahli korporat wanita berusia dalam
lingkungan lewat 20an. Mempunyai banyak anak syarikat sendiri, termasuk
perniagaan milik bapanya. Berktrampilan
korporat tetapi berjiwa agak keparat. Sanggup
melakukan apa saja demi untuk menjayakan agenda korporatnya. Kesemuanya dilihat
dari sudut Ringgit dan Dollar. Bercakap Melayu dalam loghat Inggeris untuk
menjaga PR. Sentiasa lincah dan petah
menghujah, terutama bila bercakap dengan ibunya. Bersifat oportunis dan sentiasa mencari jalan
pintas mencapai keuntungan walaupun menggadai maruah dan bangsa sendiri.
- Ah Long (boyfriend Dina)
Ah Long ialah anak
seorang peniaga Cina yang berjaya dan berkerja keras. Beliau mewarisi harta dan kemewahan
bapanya. Berusia 30an bergaya ala hero
filem Hong Kong. Merupakan seorang yang lurus dan berjiwa
lembut. Sanggup melakukan apa saja untuk
menggembirakan Dina. Tidak tahu yang
Dina hanya menggunakannya untuk kepentingan perniagaan.
- Mat Rock (Razak Maidin Hussein Putu)
Anak lelaki Encik
Hussein berusia 25 tahun. Berambut
panjang dan berpenampilan rock (seluar jeans ketat, t-shirt dan berjaket
kulit). Meminati muzik rock, seorang pemain gitar utama kumpulan rocknya
sendiri. Tidak mempunyai pekerjaan
tetap. Gemar menonggang motosikal
berkuasa tinggi. Tidak gemar duduk di
rumah, sentiasa merayau, hidup bebas, selamba. Tidak suka mencari masalah
tetapi suka mencuba pelbagai jenis dadah.
- Niko (Norman Maidin Hussein Putu)
Anak lelaki Encik
Hussein berusia 9 tahun. Sangat meminati
sukan X-treme, seorang skateboarder
dan penggemar budaya hip-hop. Apabila
dirumah, sentiasa leka melekat didepan TV menukar-nukar siaran saletit TV untuk
mendapatkan hiburan. Meminati MTV dan
Channel V. Meminati segala jenis gadget
elektronik dan computer.
- Zeti (Zaiton Hussein Putu)
Anak remaja Hussein Putu
dan Muslimah. Berusia awal 20an, berkulit hitam manis. Memakai tudung tetapi suka bergaya dan
berpakaian agak seksi serta ketat.
Berjiwa romantis dan mudah dihanyut oleh perasaan. Nampak sangat bersopan tetapi sebenarnya
untuk mengambil hati ibunya dan menutup sikapnya yang suka berpoya-poya dengan
teman lelaki.
- Shak (Shahrul Khairuddin b. Kulup Manaf)
Shak ialah teman lelaki Zeti
yang kacak bergaya. Berkerja sebagai
artis Dewan Budaya. Berjiwa seni, tetapi
jarang mendapat peluang untuk menyerlahkan bakatnya. Mempunyai ramai teman wanita tetapi sentiasa
dipandang rendah kerana poketnya yang selalu kosong.
- Pretty Boy (Mohd Idris bin Jusoh)
Rakan Mat Rock, jejaka
metro yang lembut dan manis bergaya. Berpenampilan kemas, bersih, profesional
dan berjenama. Mempunyai kulit yang licin dan jauh lebih bijak dari Mat
Rock. Bekerja sebagai seorang eksekutif
pemasaran. Berkawan dengan Mat Rock
kerana meminati gaya
lasak Mat Rock. Meminati irama R&B dan cuba berjinak-jinak sebagai
penyanyi. Suka melepak di Gurney Drive
sambil menghirup kapucino. Berhasrat
menyertai Malaysian Idol.
- Brader Hip-Hop (Awang Hadi bin YB Dato’ Mat Saat)
Seorang lagi rakan Mat
Rock. Anak seorang Dato’. Tidak bekerja. Hidup dilimpahi kemewahan. Meminati budaya hip-hop. Sentiasa tidak bersetuju dengan segala jenis establishment walaupun hidup disuap oleh
hasil dari banyak establishment yang
disanggahnya!
- Hantu Harta
Roh seorang hamba kepada
nafsu harta yang membuat perjanjian dengan seekor jin tanah berlidah panjang
(bajang). Semasa hayatnya suka bermain
loteri haram, sesudah mati terus menjadi kuli kepada si bajang. Kerja menggoda dan menyesat manusia agar
terus dihanyut oleh kemewahan harta-benda.
- Hantu Takhta
Roh seorang hamba
pangkat yang berkawan dengan syaitan untuk mendapat habuan politik. Semasa hayatnya menabur janji palsu dan
menggadai bangsa, sesudah mati dijerat oleh tali syaitan ibarat seekor anjing
suruhan. Kerjanya mematuhi suruhan menggoda manusia menjilat pangkat ibarat
anjing menjilat duburnya sendiri.
- Hantu Wanita
Roh seorang hamba kepada
nafsu seksual yang dihanyut gelora syahwat.
Semasa hayat menghambakan diri kepada kehendak jasad, setelah mati
menjadi hamba suruhan syaitan syahwat untuk menggoda manusia-manusia yang lemah
jiwanya.
- Juri Profesional
Juri-juri untuk
pertandingan karaoke yang sebenarnya bukanlah professional tetapi berlagak
bagai pakar. Hanya pandai mengutuk atas
dasar cemburu dan iri hati, tetapi tidak mahu mengusahakan jalan untuk
memperbaiki keadaan
- Pak Guard Encik Hussein Putu
Seorang jaga yang hidup
tertekan oleh sikap Encik Hussein yang suka membuli dan tidak membayar
gaji. Berdendam dengan Encik
Hussein. Mempunyai rekod jenayah.
- Pak Guard Universiti
SUSUNAN
/ RUNNING ORDER
1
Pembawa masa dan penjaga cahaya
2
Membuka tabir
3
Salam P.Ramlee
4
Getaran Jiwa
5
Merentas zaman – Nur Lail
6
Zeti dan Shak bertanya sama hati
7
Ibu Puan Sri ku
8
Zeti dan Jeritan Batinnya
9
Mat Rock dengan geng do-re-mi
10
Malaysian dodol
11
Dina si wanita korporat, Mat Rock dan Ibu Puan Sri mereka
12
Tan Sri dengan Nasibnya
13
Dina dan AhLong
14
Puan Sri dan Tan Sri main Aci-aci bersama mambang
15
Bomoh Siam Misteri Nusa-alpa
16
Bergegas ke Dewan Budaya
17
Live di Dewan
Budaya
18
Liza Hanim
19
Panggilan Cemas
20
Semangat Nur Lail dengan Penjaga Cahaya
21
Finale - Lagenda
22
Kredit Tenaga Produksi
2004, Ramnah and others performing in "Getaran Jiwa - P.Ramlee Merentas Zaman". |
Stage and set for "Getaran Jiwa" with P. Ramlee Orchestera in front. |
A Virago was also brought on stage for the 'mat motor' character'. |
Team for "Getaran Jiwa", mostly from Dewan Budaya USM, a placed I used to work as the 'gardener'. |
bila tengok balik posting ni, saya tringat waktu kami tengok beramai2 semasa praktikal di MGTF,Ijot x berhenti gelak sebab motor x boleh start..haha..terpaksa ditolak ke luar pentas.. spontan je plakonnye..
ReplyDeletetak tanya
Delete